entry kali ini mungkin dah agak lama aku coretkan cuma baru harini aku nak publishkan untuk dikongsikan ...
masalah aku cuma satu .. mungkin aku tak reti nak belajar tak tak maksud aku bukan aku tak pernah nak belajar untuk redha cuma nya redha tu sebenarnya sangat sukar untuk aku . melepaskan sesuatu yang sangat berharga untuk diri aku is totally not easy . bukan untuk aku tapi aku rasa untuk semua orang jugak . sakit perit dalam proses nak redha tu masyaAllah ...............................
mulut kadang kadang memang cakap aku redha tapi dilubuk hati yang paling dalam subhanallah ...sebabkan aku tak redha atas semua yang berlaku .. tu yang hidup sentiasa dibelengu kesedihan yang melampau . kepala jadi serabut nak fikirkan itu dan ini .. kenapa payah untuk aku lepaskan semuanya ya Allah ...kalau sikit sikit aku belajar erti redha yang sebenarnya pasti ada hasil suatu hari nanti .. inshaAllah .. tapi masih ........
aku bagi situasi .
contohnya , aku ada kekasih dan satu hari aku putus dengan dia .. tetapi aku tak boleh nak lupakan sikit pun pasal dia ... aku cakap yang aku redha sedangkan aku tak pun sebenarnya ... buktinya , satu album gambar dan conversation yang aku screenshot dengan dia hilang pastu aku mula tak tenang sedih kecewa dan semua perasaan mula bercampur aduk .
adakah kau rasa aku betul betul dah redha ? redha dengan hanya kata kata tak cukup dan sangat tak cukup sebab ternyata hati aku masih lemah dan sangat kritikal ..kalau betul aku redha , kenapa aku perlu jadi macam orang tak tentu arah bila hilang sesuatu benda yang boleh mengingatkan aku kepada dia ? sepatutnya aku patut berfikiran lebih postive . mungkin gambar semua hilang adalah salah satu step yang tak dirancang untuk lupakan dia .. apa yang aku patut aku lakukan adalah ....LEPASKAN SEMUA ..............belajar untuk terima hakikat semuanya sementara dan tak semua orang perlu stay dalam hidup .. dia hadir dalam hidup semestinya ada sebab .. mungkin nak jadikan kau orang yang lebih baik ataupun nak berikan satu pengajaran dalam hidup kau ...bila semua ni berlaku baru aku tahu sebenarnya diri aku ni sebenarnya tak redha sepenuhnya pun ,...aku cuma cakap yang aku redha semata untuk tenangkan diri ...
konsep dia macam yang aku bagi tu la , ala ala gitulah . itu cuma contoh situasi untuk terangkan tentang redha .. aku sendiri boleh cakap pada kawan aku untuk redha akan sesuatu , bila tiba pada aku ...hmmm aku cuba untuk redha .. semuanya pasti ada hikmahnya . kawan aku pernah cakap bila kita dah start redha , semua nya akan jadi okay ...
situasi kawan aku
telah sekian lama dia bercinta , tiba saat .. tanpa diduga kekasih yang amat dia sayangi telah pun dijemput oleh Allah untuk kembali disisiNya .. pada awalnya akan terkejut tak percaya , susah sangat nak redha dan bermacam macam . hari hari menangis , asyik mengingati arwah sampaikan pelajaran semua semakin merosot ..tapi aku pernah cakap kat dia satu hari nanti mesti dia akan rasa sekejapnya masa berlalu dan kau akan cakap yang dah lama dia pergi tinggalkan kau dan waktu tu kau dah boleh terima semuanya tanpa menangis teresak esak . dan dapat terima semua kenyataan dengan lebih tenang , haritu dah genap setahun pemergian arwah dan kawan aku cakap yang dah setahun berlalu dan dulu dia rasa dia betul betul tak boleh hidup tapi sekarang dah boleh jalani hidup seperti sediakala . kan Allah dah kata , takde masalah yang Allah akan bagi diluar kemampuan hambaNya . dan aku percaya tu , aku percaya yang kau kuat nak hadapi semua ni . kau boleh harungi .. cuma dalam proses untuk harungi tu memang payah tapi bila dah berjaya melepasi nya , kau akan lega kawan .. kau boleh redha dengan ujian yang telah diberikan ...
ni sama macam dalam exam juga , semasa hadap nak exam tu berhempas pulas menghafal , memahami , tak cukup tidur semua .. memang payah . belajar tu tak mudah sebab tu dikatakan belajar tu adalah jihad . bila lepas je exam apa yang kita rasa bila dah dapat jawab ? lega kan ...
cuma satu nasihat dari aku dan untuk semua termasuk diri aku . face the fact , redha .. letakkan kepecayaan kepada Allah , kerana dia adalah sebaik baik perancang untuk hidup kita . percayalah , sampai saat hati kita betul betu dapat redha , satu perasaan lega yang tak dapat diungkap dalam hati tu mesti dirasai .
percaya lah dengan Allah , redha itu perlu kawan .
No comments:
Post a Comment