Mohon terkejut sikit lah nampak gambar ni hahaha ..yang penting jangan kecam . saja nak nampakkan braces tu . ni je yang gambar aku ada nampak gigi atas bawah . nak kata aku acah comel tak juga sebab aku pun tak rela nak post gambar ni kat ig atau memana . ni kira gambar berani mati aah aku letak kat blog . biasalah dalam phone pelbagai gambar dan aksi muka yang wujud jadinya for the first time aku tunjukkan gambar ni kerana ianya tepat dan mengena dengan tajuk kali ni . kadang kadang ada yang bertanyakan aku pakai atas je ke , bawah tak pakai ke ? tak tak .. aku pakai atas bawah cumanya .. gusi atas lah lebih panjang dari bawah tu yang nampak gigi atas je lebih bila senyum or bercakap ... gigi bawah nampak cuma sikit sikit je lah . kali ni aku belanja gambar over sikit jah , tunjuk lah gigi atas bawah aku yang melekatnya besi di situ ..
gigi sebelum pakai braces agak teruk sebenarnya . lintang pukang berterabur atas bawah . aku ada gigi taring dulu . ianya menyukarkan aku untuk senyum . kalau perasan gambar before pakai braces mesti pelik sebab aku tak boleh nak senyum betul betul sebab bila nak senyum secara normal , maka keluarlah gigi taringku yang comel itu .. macam drakula pun ada kan kehkeh .
ejekan ? memang banyak sangat ejekan yang aku terima tambahan lagi waktu sekolah rendah . waktu tu kan macam orang pun tak matang lagi . kuat mengejek apa semua memang time tulah memang hangat . ayat yang selalu orang panggil macam gigi kapak , arnab , jongang lah apa lah haa part jongang tu abang aku je yang kuat cakap macam tu . orang lain takde pun . lagi lagi waktu dulu ada hot satu cerita halimah jongang . pergh lagi kaw la dia ejek . nyanyi lagu halimah tu ganti dengan nama aku . sampaikan bila ada 'someone' ni caakap yang dia harap anak dia tak ikut gigi aku . alahaaai apalah salah aku sampai cakap macam tu . kalau dapat gigi macam ni pun boleh pakai braces apa . mana ada manusia yang sempurna . tak ada .
masuk sekolah menengah kurang lah dari segi ejekan ni sebab semua busy dengan hidup dan tak tak busy body sangat pasai orang . mungkinlah . ngumpat tu belakang kira lah . benda normal kene umpat . orang ada mulut lantak pi lah dia nak kata apa . jangan ngumpat sampai aku denga dah ah . kalau tak penumbok lekat sebijik la . haha aku tak sekejam tu .
satu hari waktu kat sekolah menengah aku tanya kat ustazah pasal aku nak pakai braces ni . adakah satu dosa semua . ustazah kata kalau memudaratkan sampai jadi bahan ejekan orang , nak makan susah ke boleh la pakai untuk betulkan balik ..tapi kalau sekadar nak cantik dan gigi tu elok ja tak boleh la ... okay jadinya aku terus plan untuk pakai braces .
sebelum pakai braces , aku tanya pendapat ibu dengan kawan kawan rapat aku .. ibu cukup risau bila dapat tau aku nak pakai braces , dia takut aku rasa sakit ya amat nanti tambahan pulak tengok kat tv pasal braces ni kalau taktahan apa ada something something effect dia dan boleh sengetkan rahang muka if apa tah aku tak berapa clear pasal tu . member aku semua support aku kawkaw nak pakai ni . aku cakap takut nk pakai , diorang kata takpa apa semua , bg kata semangat diorang ada apa ... uish lagi berkobar aku nak pakai nih .
lepas SPM , aku pakai braces dalam bulan 3 tak silap aku 2014 . excited ada lah nak pakai ni .. pergi x ray bahagian mulut ni nak tengok gigi apa .. lepastu dia ada buat acuan letak dalam mulut
haa macam gambar kanan tu lah dia letak acuan lepastu dia keluarkan dan akhirnya nnt jadi macam belah kiri tu . setiap kali appointment , benda tu mesti ada atas meja dentist tu ..dia akan check lah gigi mana yang dah masuk ke dah turun ke dah rapat ke sampai lah elok .. kalau aku dapat ambik gambar aku punya ...akan aku simpan buat tatapan aku smpai ketua nnt haha ..
lepastu , aku kena cabut gigi sampai empat batang . sebenarnya doktor cakap nak cabut ni depends on gigi kau lah macam mana .. ada yang kene cabut satu gigi , ada yang dua , ada yang tiga dan ada juga macam aku empat .. rasanya paling maksimum pun 4 . ada lecturer aku cakap , sebenarnya boleh jaa takyah cabut gigi nak buat braces ni tapi proses dia mungkin agak payah sikit .. so nak cepat dan mudah , cabut gigi lah . dah tak cukup 4 batang gigi dah aku ..apakandaya ..
time cabut gigi ni...masyaAllah proses paling paling sakit bagi aku . member sekolah aku pernah cakap dulu yang cabut gigi tak sakit langsung . dia inject bius pastu tibe tibe je gigi dah cabut . mudah sangat . dia lagi takut nak pakai braces dari cabut gigi . pengalaman aku , aku memang rasa sakit ya amat waktu cabut gigi dari pakai braces . tak silap aku gigi bawah belah kiri aku ni , dia punya akar macam senget sikit sebabtu payah nak cabut . gigi hok ni lah yang paling sakit sekali . dah la time inject bius pun rasanya makkkkkkkk .. halus je jarus masuk gusi ni . ngilu pun ada ..kali kedua dia cucuk dah tak rasa ngilu tu sebab dah mula rasa effect bius tu .. tak rasa separuh muka sampai ke balik ..tapi bila dia tarik je gigi tu aku masih rasa sakit erhh meleleh ayaq mata .. aku cakap lah sakit .. pastu dia cucuk lagi bius ..aku rasa 10 kali aku cakap sakit sepuluh kali dia cucuk bius tu smpai kan pecah bibir aku kat bahagian kene cucuk tu ..tapi still rasa sakit , oleh kerana dah banyak kali aku cakap sakit dan dia cucuk still aku rasa sakit .. aku decide untk diamkan diri dan tahan je ..dia pusing kan muka aku belah kanan , tak boleh juga , lepastu belah kiri pulak ... lepastu dia suruh aku duduk luar sekejap , pastu panggil balik then tarik lagi gigi tu sampai lah satu masa dapat pun tarik ......masyaAllah rasa lega macam lepas lahirkan satu anak . serious tak tipu dengan nurse yang ramai macam ...haaaaa keluarpun gigi dengan muka happy , dan aku lepas dari kesakitan .. perghh .. nasib tu gigi last aku cabut . tiga tiga gigi aku yang sebelum gigi terakhir tu okaylah . tak sesakit proses tu .. yg part inject tu lah sedikit ngilu lepastu cabut tak rasa apa .. yang perit bila balik rumah .......
empat empat gigi aku rasa benda yang sama bila kat rumah .. bila bius dah habis pergh rasa dia sampai otak beb . tak mampu buat apa kecuali tidur balik tu .. bangun je tengok darah dah penuh kat bantal .. tidur mana lah sedar kan . yang paling malu bila time nak otw balik dari klinik , kan kebas rasa muka tu ..tak perasan sungguh la bila darah keluar dari mulut ... sampai ibu tolong lap kan .,. aku macam ehh darah keluar ... tak cukup kapas .. kapas dah penuh darah .. nak balikkk ...
banyak aku telan ubat tahan sakit sebab sakit yang rasa tak tertahan .. aku nak pergi jalan apa so aku akan makan .. kalau tak sakit tu menggangu aku sangat .
move to next step , lepas dah semua gigi cabut ..doktor aku ada pakaikan getah dekat area belakang gigi . aku rasa sebab nak jarakkan sikit gigi tu supaya ada besi ala ala bentuk square tu boleh letak kat setiap belakang gigi . aku dapat tahu yang besi tu macam tulang belakang untuk braces ni tarik dawai pada gigi sebab tu benda ni diapasang kat gigi kedua dripada belakang sekali giginya tu. sesungguhnya aku tak menyabo time tu , aku ingatkan dah boleh pakai braces time tu rupanya belum lagi .. baru pakai getah je .. hampa aku balik waktu tu ...so tunggu next appointment mungkin pakai braces pulok .. lama dah aku tunggu ni .. tu yg tak menyabo rasenye .
ni yang getah aku cakap kan tu .
ni lah 'besi ala ala square ' yang aku dok cakap tu . ada nama scientific nya .. tapi al maklumlah bukan dentist yg bercakap ni .. farahin je tu yang cakap ala kadar jer .
benda alah tu dipasangkan kat gigi kedua sebelum gigi terakhir .
tiba lah masa yang ditunggu tunggu , aku mula pasang braces . yeipeeeeeeee ....rasa takut tu takde sebab rasa seronok mengatasi segalanya . time haritu , member baik aku teman kan aku pasang . sakit tu takde langsung time pasang .. cuma bila dah pakai terasa macam eh takleh tutup mulut lah .. rasa gigi besi terkeluor ..tapi tekalah kaler apa aku dapat waktu first pakai hahahahahahahaha warna yang paling aku tak suka iaitu pink . hot pink pulak tu . masyaAllah . awal awal dulu kan .. aku usya je budak tepi aku , doktor dia siap tanya dia nak pakai warna apa ... tapi sampai aku ... sedih ...sampai laa ni tak pernah doktor tanya ... terus je pakaikan warna yang doktor tu suka agaknya .... me is so sad . kebanyakkan nya aku dapat warna kelabu .. tapi korang yang pakai braces rasa tak apa aku rasa ? warna getah tu macam bertukar lah ... makin lama dia jadi warna lain .. kadang kadang bertukar jadi hijau ... tapi tak always lah bertukar .. dua warna jelah ...awal pakai kelabu , dh pertengahan jadi hijau sampai lah next appointment .. haaa macamtulah .. okay smbg balik part getah biru tadi ....
waktu nak pergi cabut getah biru kat belakang tu .. aku check kat toilet yang rupenye dah hilang satu getah dalam mulut aku .. aku syak dah ada dalam perut .. waktu tu aku pike eh mati la aku nak jawab apa kat doktor ..ada effect ke kalau aku telan getah ni kan ... haih pusing kepala aku pikirkan ... tapi setibanya aku kat klinik , doktor tak cakap apa pun fuhhh lega aku .. aku rasa benda tu normal kot .. ramai juga yang tertelan macam aku ...
rasa macam gigi tertarik sikit lah waktu first pakai dan rasa awkward .. yelah first time ada benda kat gigi camtu kan .. mestilah rasa lain ..hari pertama pakai agaklah , aku dengo orang kata sakit sakit takleh makan apa .. so aku makan lah bubur je apa kan .. tapi keesokkan harinya aku dah mula meronta ronta dan tak boleh terima hakikat bubur adalah menu utama aku hari hari?!! so hari ketiga ke keempat , aku pergi mekdi dan menjamu burger spicy chicken mcdeluxe .gigi rasa sakit sikit je tapi tibai je lah .. aku lapooo ... ngap punya ngap sampai dawai dengan apatu bracket ke apa org panggil yg lekat satu satu kat gigi tu tercabut ...dan terpaksalah call klinik kata benda tu tercabut apa .. yang member aku dok gelak kan aku sebab awal awal aku mana lah tau nak panggil apa alatan alatan dalm mulut ni .. aku cakap lah wayar dh tercabut kt pihak klinik pastu ngekek member aku gelak ...agaknya dia terfikir macam wayar letrik jaa kot..
awal awal pakai memang selalu tercabut benda alah dalm mulut ni . naik fed up aku nk pergi klinik dan betulkan .. dan doktor pun cam nyampah je tengok muka aku asyik nk betulkan alatan ..so far aku pakai tak rasa sakit yang gile gile tu ..awal pakai tu pun rasa macam sakit 2 3 hari je pastu elok dah boleh makan macam biasa .. aku makan pun awal awal tu macam benda benda lembut je dan kunyah lembut je ...alahai..lepas habis appointment yang seterus dan seterusnya pun sama juga .. sakit dua tiga hari sebab dia ketatkan je pastu okay .. aku tibai segala ayam daging . sebelum pakai bracs senanya aku tak makan paru ni tapi lepas pakai braces jadi favourite pulok dah ... terkejut ibu . menjadi jadi pulak nak makan benda liat lepas pakai braces .. tu asyik tercabut je tu .
pengalaman member aku pakai braces memang sakit . awal tu aku pun jadi cuak bila dengar cerita dia kan .. sampai sebulan dia tak boleh makan benda keras .. gigi rasa sakit ..even terkena sudu makan tu kat antara gigi atas dan bawah . rasa macam kene letrik . tapi tak dinafikan sekali sekala awal awal dulu ada aku rasa macam tu waktu 1-2 hari aku baru pakai braces ..
disbabkan sakit tu melampau lampau rasanya ...kawan aku terpaksalah makan guna straw .. bila dia nak habis pakai braces , dia kata dengan aku dah nak habis dunia kesengsaraan dia ..bagi aku , aku rasa macam nak selamanya pakai braces sebab best dan tak rasa sakit pun . lagi lagi bila dah agak lama pakai .. lepas ketatkan braces lepas appointment pun dh tak rasa sakit .. rasa biasa .. mungkin dah sado kehkeh .. tulah tapi dia macam nasib jugak kot .. mungkin ada yang rasa sakit ada yang tak ..
awal awal pakai tu ramai yang tegur .. apa yang kat gigi tu .. kenapa ada besi apa ...waktu awal tu aku kerja part time , memang ramai customer yang tanya .. ada pakcik ni terkejut kenapa aku pakai besi .. dia ingat aku accident atau apa .. mcm selalunya orang accident then kaki kene letak besi macam tu haaa tuu yang pakcik tu ingat aku accident sebabtu doktor letak besi kat gigi . tapi sebenarnya tak pakcik , ni cuma nak betulkan gigi saya je ..
ada juga yang kata membazir saya pakai braces ni tapi sebenarnya saya dapat free je buat ni . buat dekat klinik cahaya suria dekat kotaraya , kuala lumpur . proses nak tunggu tu memang lama tapi berbaloi la . kalau berbayar pun tak silap saya harganya murah sahaja ..saya dapat free sebab ayah saya ..tapi ikut pengalaman saya pakai kerajaan ataupun swasta macam sama saje . setengah orang berpendapat yang pakai kat swasta lebih tak sakit tapi buktinya saya ambik kerajaan tapi saya tak rasa sakit sangat pun waktu pakai braces tapi kawan saya dari swasta pulak rasa sakit . sebenarnya ikut orang jugak lah kot . macam saya cakap mungkin ikut nasib masing masing .. cumanya agak lama masa yang diambil untuk menunggu untuk pakai braces tu . kalau betul nak pakai , boleh je register awal contohnya masa umur 13 tahun ke ..kalau taknak tunggu lama , boleh je pakai dekat swasta cuma harganya sedikit mahal tapi masih juga berbaloi ..
ada satu masa haritu saya pakai getah pada gigi .. bukan getah kat belakang macam yang saya tunjuk tadi tapi getah dari gigi atas ke gigi bawah .
waktu awal pakai benda ni memang sakit lah rasanya sebab lagi tertarik rasa gigi tu tapi saya rindu dah nak pakai getah sebab rasa dia best .. rasa gigi sentiasa tertarik dah rasa terkedalam gigi tu ..bila dah tak pakai , pakai braces biasa tanpa getah rasa macam terkeluar pulak giginya ... tapi serious bila pakai braces saje terasa macam dia menarik gigi keluar pulak maksudnya macam terkedepan gigi tu ..
getah ni memang cepat putus ... waktu makan disarankan bukak lah getah tu pastu dah makan boleh la pasang balik . awal awal memang susah nak pakai getah tapi bila dah lama sikit pakai .... takyah tengok cermin pun boleh pakai haa gituu ... selalunya saya bila bercakap pun boleh putus getah tu hahaha sampai terkena bibir .. sakit juga lah tapi watlek .. getah ada banyak nurse bagi .. so prepare dalam bag in case banyak putus getah tu ... getah ni everyday kene tukar .. jangan pulak guna getah yang sama je everyday sampai getah tu putus kan ... dan waktu gosok gigi pun bukak lah .. kalau tak macam mana nak gosok gigi ..doktor sarankan bila pakai getah ni kene banyak bercakap supaya effect dia lebih okay so banyak nye saya bercakap sebab best , rasa tertarik tarik je getah dalam mulut ..kalau tak bercakap pun..saya akan main mulut .. nganga nganga mulut nak biar terasa tertarik getah antara gigi tu ..
berapa tahun ye aku pakai braces ni ...aku pakai 3 tahun . agak lama lah tapi kalau boleh aku nak lagi lama ... dia depends pada gigi kau la .. kalau macam dah okay okay .. makin kejap lah masanya .. tapi kalau agak teruk sikit .. macam akulah .. kena pakai lama sikit ...
oh lagi satu pasal berus gigi untuk pemakai braces ...
nilah berus yang nak berus celah celah besi yang susah nak diberuskan oleh berus gigi biasa ... aku taktau lah kalau orang lain yang hari hari guna benda ni .. sebab aku 2-3 hari sekali baru guna benda ni so aku tak rasa benda ni penting gila untuk aku bawak kemana mana dan wajib ada dalam bag aku ke apa kalau nak pergi jalan ...cumanya bila nak balik kampung tu kan lama , kalau boleh aku nak bawak la ...berus ni pun aku guna mudah tercabut sampaikan au kene beli banyak banyak ... dan terlalu bnayk stok berus kecik ni kat rumah aku dan rumah sewa aku .
Cuba spot kelainan dalam gambar ni ? hahaha orang yang baru kenal aku mestilah tak dapat cam kan ... nampak tak kat pipi aku dah ada lekuk ? lepas pakai braces ni tetibe wujud pulak lekuk tu . before pakai mana pernah ada walaupun kecik lekuk kat pipi tu ..tapi boleh la .. takde lah aku frust sangat sebab lekuk tu muncul . aku dah lama redha hehe ..
adalah serba sedikit pengalaman yang aku ceritakan pasal braces untk entry kalini .. taknak cabut braces .....aku dah mula sangat sangat selesa benda ni ada dalam mulut kehkeh ... sekian lah ye , assalamualaikum .
No comments:
Post a Comment