Thursday, 14 January 2016

bangun tidur

Bila ada kadang kadang.. malam tu kau termimpi seseorang yang kau rasa macam bila bangun rasa nak menangis rindu kan dia . sakit dia macam luka yang diperah limau ke atasnya . bukan ayat aku terlalu jiwang atau nak bermadah berhelah entry kali ni .. tapi itulah yang aku cuba terangkan apa yg dirasakan ... macam lagu dayang nur faizah tu 'walau sedetik rindu mencengkam terasa pedih' . rindu ni bila datang waktu bangun tidur tu dah macam lemah nya semangat nak mulakan hari . hari hari yang dilalui pun rasa kurang ceria .. buat apa pun asyik terfikirkannya .. even bawak kereta or buat apa pun jadi tak boleh nak concentrate .

nak dijadikan cerita haritu asyik memikirnya sampai bawak kereta pun jadi tak tentu arah .. asyik kene hon apa .. member aku pun dok cakap asal aku bawak kete macam orang gila . serious bila hati dan fikiran dah gundah gulana .. ataupun ada masalah .. semua tak boleh buat .. yang menyebabkan aku rasa nak berhentikan kereta kat tepi jalan dan menangis . kat depan orang boleh ja act cool , elok jaa sampai ramai yang cakap aku ni berhati kering . tapi aku tak reti nak luahkan kesedihan aku kat orang . aku tak selalu dapat nak menangis macam orang lain kat depan orang . aku rasakan bila dapat menangis depan orang tu mesti heaven sangat . lepas segalanya . menangis kat orang bukan sebab nak raih simpati cuma nak lepaskan apa yang terpendam dalam hati .. dengan hanya menangis dan tak berkata apa apa dan mendapatkan satu pelukan dah rasa lega sangat lepas tu .  tapi ni masalahnya bila tak boleh nak tunjukkan menyebabkan hati rasa meronta ronta . seolah olah berjalan cool dihadapan orang, bergelak ketawa dengan orang tapi sebenarnya kalau orang boleh nampak the other side of me , boleh nampak apa berlaku dalam hati aku.... betapa meronta ronta aku menangis . seolah olah macam i was screaming in a room yang dipenuhi orang tapi takde sapa yang dengar akan jeritan aku tu . no one . rasa terseksa sebenarnya .

selesai solat subuh lagi aku tak boleh lelapkan mata . aku cuba nak lelapkan mata daripada aku sibuk melayan perasaan tapi sakit hati tu sangat sangat sampai tak boleh nak tidur . aku pusing ke kiri terfikir jugak , pusing kanan terfikir jugak. rasa nak menangis tapi tak boleh hanya mampu menangis dalam hati . pernah kau rasa menangis dalam hati tu macam mana ? betapa sakitnya bila tak boleh lepaskan keluar melalui air mata ?

S pernah cakap dekat aku , bila rindukan seseorang tu , doalah pada Allah lepastu hantar lah mesej kat orang tu . haha selalu aku doa pada Allah moga Allah hantarkan salam rindu aku kepada orang yang aku amat rindui . supaya orang tu pun rasa apa yang aku rasakan .. dan supaya kurangkan sikit rasa rindu tu . memang betul , lepas call atau mesej dan berdoa pada Allah , walaupun tak dapat bertemu muka sudah merawat rasa rindu tu . tapi apakandaya bila kita merindukan orang yang kita tak boleh nk jumpa dia , mesej dia apatah lagi call ...bergantung sangat pada Allah supaya rindu ini tak berpanjangan supaya aku boleh teruskan aktiviti seharian aku dengan penuh keceriaan dan fokus membuat sesuatu kerja .

kadang aku terfikir kuat nya penangan rindu ni . rasa dia lain macam betul . bila dah puas buat macam macam aktiviti sampaikan aktiviti yang tak pernah kau buat pun kau nak buat sebab nak busy kan diri taknak layankan perasaan .. at the end , rindu tu dtg waktu lepas bangun tidur .. masyaAllah ...tu yang aku rasa nak menulis blog . taktau rasa nak cerita kat siapa perasaan rindu yang tak terungkap ni . aku terlalu rindu .

sesungguhnya rindu yang menyakitkan ni betul betul menyakitkan .``

No comments:

Post a Comment