Thursday, 25 July 2019

gastrik tiba tiba menyerang

beberapa bulan sebelum ni aku disahkan ada gastrik. Allahu.

macam mana tau ada gastrik ni?  HAHA at first, aku memang tak terfikir aku kena gastrik. sebab aku sakit kat kawasan dada, bila buat aktiviti sukan sakit dada melampau and rasa tight chest.aku dah mula terfikir, aku ni kena sakit jantung ke. risau jugak, takleh dibiarkan aku gagahkan diri pergi klinik buat check-up walaupun aku takut sangat sangat. first pergi klinik doktor dah cakap kena gastrik and bagi ubat tapi tak berkesan beb, sakit tu masih lagi.... and aku pergi klinik kesihatan pulak makan ubat sana and jaga makan baru berkesan. Alhamdulillah, menjadi pastu aku tak teruskan makan ubat sebab ubat tu pun bila perlu sahaja. Nama ubat tu Ranitidine. ubat kapsule and memang berkesan dari ubat magnesium yang air macam gaviscon tu. untuk aku, bila pedih ulu hati and terasa macam angin penuh sangat satu badan, aku amik magnesium akan ok and tidur malam.. angin tepu rasa tak lepas ni memang sumpah tak boleh tidur.. ok sekarang aku rasa ni. tu yang teringat nak share,

sakit dada tu dia boleh tidur malam tapi seharian kau asyik sakit dada mmang takleh bawak bincang jugak kan.

antara rasa sakit yang aku rasa time gastrik:
1. sakit dada/ tight chest
2. badan rasa penuh angin bukan hanya perut
3. rasa nak muntah
4. cirit birit
5. angin tak lepas kat dada/ulu hati
6. rasa berasid je kat tekak (rasa macam lepas muntah)

so doktor pesan, jangan makan pedas jangan makan benda berminyak dan jangan skip meals. thats it. so aku jaga makan, takde ambik makan berminyak and pedas, makan meang on time. siap download apps reminder untuk makan sebab aku ni selalu lupa makan tu lah antara faktor. ayam tu aku macam bakar letak minyak  zaitun sikit gitu, makan bubur, sushi, kenny rogers . tapi tulah, healthy food ni mahal beb, menangis nak beli semua semua ni hari hari.. pergi giant pun start beli oat, buah and sayur.

sekarang ni bangun pagi je kena terus makan baru boleh mandi and mengemas ke apa. kalau mandi sebelum makan, memang lapar dia perghh... sebab tu aku perlukan biskut atau buah untuk isi perut pagi and pagi tu kalau boleh aku makan banyak and heavy kalau tak pukul 8 makan, pukul 11 dah menggigil.  memang sekarang tak boleh lebih 3 jam perut tak isi apa apa mesti lapar lain macam , so kena makan kerap. haha mula mula rasa leceh jugak nak adakan makanan ni. lagi lagi dah time travel...ayoyo tapi sebaiknya aku makan setiap dua jam dengan benda ringan sementara nak makan time lunch atau dinner so takde perut kosong tibe je menggigil..

antara makanan yang mengenyangkan bagi aku is pisang . serious kalau pagi sebelum nak buat breakfast, makan pisang memang terbaik.. ada energy then boleh start masak untuk makan benda yang lebih berat.
antara yang lain, makan madu, bayam, mango, ikan, sup pun boleh melegakan. mak aku selalu buatkan air rebusan nasi, rebus air lebih sikit waktu masak nasi, bila dah menggelegak, kau amik air yang lebh kau rebus and campur garam kasar (cari yang garam bentuk panjang) then minum, dulu try amalkan menjadi. and minum air halia. ada aku tengok satu video, dia kata minum air kelapa pun ok and makan blueberry, so aku dah beli and nak try.. hope sedap lah hahaha

roti tak pernah buat aku kenyang . serious, kalau time tak kena serangan ni ok ja kenyang tapi bila tengah kena memang tak bolehh .. dia rasa macam kau tak makan pape.

antara makanan yang aku elak bila sakit tapi bila dah rasa macam badan dalam keadaan stabil, aku minum/makan tu pun 2 minggu sekali?  :
1. kopi
2.teh (fav aku teh aisss hm sedih
3. pedas
4. laksa
5. jeruk (memang takde makan dah, in future taktau)

mostly makanan fav aku memang dah tak boleh makan......teh ais, laksa, jeruk, ayam penyet .......

makanan yang buat aku keliru,
1. susu, sebab doc awal aku jumpa dia kata minum susu kalau rasa sakit, bila jumpa yang paling latest kata kalau boleh elakkan.
2. telur
3. bawang putih
2 &3 ni aku banyak baca blog jugak, ada yang kata boleh ada yang kata tak boleh .. ragu ragu.
4. kacang, sebab kena nak dekat raya aku banyak makan kuah kacang tapi so far ok alhamdulillah
5. bihun, aku jadi takut nak makan sebab ada kata bila makan menjadi sakit tapi  hm entahla. aku kejap makan kejap ragu ragu hahaha sebab bila ada event apa apa aku masuk selalu bagi bihun haha bila tak makan kang lapar sangat pun kena gastrik. makan pun nanti sakit macam mana? hahaha dalam dilema.


antara faktor kena gastrik:
1. sebab suka skip meals
2. suka makan pedas
3. stresss

tiga tiga ni memang favourite aku la sepanjaang masa lagi lagi time final tu gastrik datang serang.. susah nak atasi.. tapi part stress ni memang ya. tadi aku dengar talk ni dia cakap dia kena serangan jantung disebabkan stress, kena tebuk apa semua tapi after a year jumpa doktor, dia cakap takda sakit jantung pun. aik tak ke pelik. tapi dia kata tulah stress ni memang boleh menyebabkan macam macam penyakit. aku diserang gastrik lagi this time around sebab stress.. ye weehhhh mula macam tak percaya tapi ya, bila kau try avoid stress dia macam makin baik pulak. magic haha tapi life kan manada tak stress so gastrik ni will come menghantui hahaha tapi aku pun sekarang cuba belajar cara terbaik untuk atasi stress.

kalau korang ada apa apa petua ataupun apa apa nak share pasal gastrik boleh comment below so kita boleh kongsi kongsi ilmu.


No comments:

Post a Comment