Monday, 11 January 2016

Cuti sem

         Malam ni nak cakap rajin takde lah rajin mana .. nak cakap malas agaklah tapi memandangkan time final haritu beriya sangat lah aku nak update blog nak kemaskini everything termasuklah lagu lagu yang ada dalam phone aku tu so aku rasa dah tiba masanya aku nak realisasikan azam dan impian aku sewaktu final yang membuak buak tu . eh termasuklah nak main game the sims aku tu . dah berapa lama tak hadap laptop lelama semata main benda tu . serious lah , kalau dah start je main the sims memang tak sedar kau rupenya dah 5 jam mengahadap game tu saje .. tanpa makan , minum , pergi toilet dan sewaktu dengannya . rasa macam ai baru lima minit aku minit ghupenye dah 5 jam . leka sangat, serious tak tipu . tak caye cubalah main .

           Nak buat ala ala paper exam lah cara penulisan kali ni . okay aku nak cerita apa ye pasal entry kali ni hahahahaha lupa dah . haritu time final kemain lagi ko dok pikir ayat ayat nak tulis . tulah syaitonnnn buat habis masa kat situ je . masa untuk study dah habis ke situ je . masyaAllah . boleh la cerita pasal kahwin kan sempena member aku dah 2 orang baya aku dah melangsungkan perkahwinan diorang . Ikha bulan 12 tahun lepas , Ida 9 Jan 2016 ni . Tu yang aku cakap member aku , kalau nak aku kahwin tahun depan , aku kene tukar nama Iyin lah . faham tak ? hahaha sebab dedua member yang dah kahwin ni nama bermula dengan huruf 'I' je ..ada tuah nama huruf 'I' ni dapat jodoh awal hehe ..alhamdulillah , dua dua dah pun bergelar isteri orang , muda lagi , cantik lagi . moga jodoh diorang kuat sampai ke syurga Allah . takde apa hadiah yang aku boleh bagi melainkan doa .

         Aku bila nak kahwin ?  soalan killer yang bakal aku dan rakan rakan dan manusia manusia yang masih bujang akan ditanya . Semua ni ketentuan Allah belaka . kalau jodoh dah sampai , insyaAllah Allah akan permudahkan segala galanya . Aku takde lah rasa macam teringin sangat nak kahwin pada umur aku sekarang sebab aku tak rasa aku ready lagi . dah la aku ni annoying sangat , bangun awal pun payah , mengemas , memasak apa pun masih ke laut . ceritanya aku nak uruskan diri pun masih kelaut nikan pula nak uruskan orang lain . memang tak boleh lagi . walaupun umur dah cecah puluhan tapi aku masih rasa keanak anakan lagi . masih dimanjakan oleh ibu , abang abang aku lagi . Orang lain yang kahwin awal mesti dah ready segalanya dari segi fizikal dan mental . dan dah boleh uruskan diri dan lebih matured sebab tu jodoh dia cepat kan .

         Aku ada plan dah untuk hidup aku cewah . tak salah nak plan hidup kan , Allah akan tentukan everything . kita hanya mampu merancang . keramaianya bila pergi jumpa kawan kawan ibu mesti diorang cakap sambil belajar ni cari carilah someone kan ..haa faham faham lah maksud mereka kan .. macam nanti lepas habis belajar boleh terus kahwin je macam tu kan . tapi memandangkan pada hidup aku ni so far takde pulak aku nak buka pintu hati untuk sesiapa . takde dah rasa nak ada crush lagi ke apa . nothing . aku takde terfikir nak cari sesiapa pun lagi nak isi dalam hati aku ni . cukup lah hidup dengan berkawan semua . tu je dah cukup untuk aku .

            Whatsapp aku seriously krik krik and i don't mind at all .. sometimes memang i didn't bring my phone pun bila keluar , pergi ambik exam ke apa . bawak pun if takut ada emergency call macam tu . lagipun memang kene dengan aku sebab aku tak suka mesej orang . adakah aku je yang rasa macam tu ? kalau orang tak start conversation , memang susah sangat lah aku nk start kan . melainkan ada hal penting . memang aku banyak cakap tapi au tak suka menaip kat handphone tu dan kering idea nak mesej orang ...sebabtu kebanayakan kawan kawan lama kebanyakkan nya aku lost contact . aku memang tak minat mesej . tu bernasiblah ada wechat , instagram where i post my pictures , status so dari situ kekadang adalah macam connection juga ngan member member , diorang boleh tau perkembangan aku dan aku pun dapat tau perkembangan diorang . tulah aku mintak maaf sangat kalau nampak macam sombong ke apa ,.. bukan sombong cuma tak reti nak mesej  lebih lebih ..

          sometimes jealous tu adalah dekat orang yang rajin sangat mesej kan .. kawan kawan lama pun contact hari hari cerita itu ini ... dan aku tengok jelah member aku yang mesej mesej tu and i wish i could be like that ... mesti semua orang suka kan macam tu ...kawan kawan pun seronok cerita itu ini .. yang aku bila dah rapat pun ngan orang tu bila dia dah pindah atau jauh dari aku mulalah hilang terus dari aku ,.. macam kawan biasa sangat .. tu pun kekadang cam stranger dah terus kalau tak jumpa apa ...pernah lah jugak aku cuba mesej betul betul ngan orang dan acah jadi pperamah dalam mesej ... tapi berkesan cuma dalam 2 hari .. lepastu memang out balik . aku rimas banyak mesej .. tapi ada yang certain org yg lain . contohnya orang yang aku betul betul rapat dah lama , dan aku sayang gila gila tu memang dia mesej apa pun aku jd excited dan aku akan mesej dia sikit jugak walaupun tak hari hari tapi taklah meleret sangat mesejnya sebab aku kan kurang berminat pada arah tu .. baik call , so bercerita macam tu lagi best kehkeh ...

           Apa lagi aktiviti yang menarik boleh dilakukan eh cuti sem macam ni ? tolong lah ajak aku nak keluar memana ... nak pergi hiking ke mandi swimming pool ke , pergi mandi air terjun ke , jumpa arissa ke , balik kampung ke , holiday ke , scuba ke , lepak ke , makan ke , bercerita ke . tapi so far aku balik dari kajang je mamang full masa aku kat rumah , takde lagilah masa yang terlalu mereput tu . sampai penat nak tidoq dua hari straight ja tau tak . tidur setakat 3 jam mana bermakna untuk si kaki tidur macam aku ... bila final tu yang kene hadap tidur 3 jam .. sakit pale hotok ku .  pergh pergh .

        Start awal 2016 ni , dua berita  kematian yang aku terima . al fatihah untuk opah sedara aku dan ayah kawan aku yang dah kembali ke rahmatullah . moga roh mereka sentiasa dirahmati Allah dan tergolong dalam orang orang yang beriman . ameen . setiap yang bernyawa tu pasti akan merasai mati . kita sebagai hamba Allah kene sentiasa bersedia . setiap kali aku memandang jenazah , aku terfikir , bagaimana kalau yang aku tengok ni adalah rupa aku . aku yang terbujur kaku di situ .. Allahuakbar , matikanlah aku dalam keadaan yang baik baik . tarik lah nyawa aku bila amalan aku sudah cukup untuk masuk ke syurgaMu ya Allah .. aku selalu leka  dengan keindahan duniaMu , bantulah aku untuk menjadi hambaMu yang sentiasa taat pada perintahMu ya Allah .. ameen .



           


No comments:

Post a Comment