Thursday, 14 January 2016

bangun tidur

Bila ada kadang kadang.. malam tu kau termimpi seseorang yang kau rasa macam bila bangun rasa nak menangis rindu kan dia . sakit dia macam luka yang diperah limau ke atasnya . bukan ayat aku terlalu jiwang atau nak bermadah berhelah entry kali ni .. tapi itulah yang aku cuba terangkan apa yg dirasakan ... macam lagu dayang nur faizah tu 'walau sedetik rindu mencengkam terasa pedih' . rindu ni bila datang waktu bangun tidur tu dah macam lemah nya semangat nak mulakan hari . hari hari yang dilalui pun rasa kurang ceria .. buat apa pun asyik terfikirkannya .. even bawak kereta or buat apa pun jadi tak boleh nak concentrate .

nak dijadikan cerita haritu asyik memikirnya sampai bawak kereta pun jadi tak tentu arah .. asyik kene hon apa .. member aku pun dok cakap asal aku bawak kete macam orang gila . serious bila hati dan fikiran dah gundah gulana .. ataupun ada masalah .. semua tak boleh buat .. yang menyebabkan aku rasa nak berhentikan kereta kat tepi jalan dan menangis . kat depan orang boleh ja act cool , elok jaa sampai ramai yang cakap aku ni berhati kering . tapi aku tak reti nak luahkan kesedihan aku kat orang . aku tak selalu dapat nak menangis macam orang lain kat depan orang . aku rasakan bila dapat menangis depan orang tu mesti heaven sangat . lepas segalanya . menangis kat orang bukan sebab nak raih simpati cuma nak lepaskan apa yang terpendam dalam hati .. dengan hanya menangis dan tak berkata apa apa dan mendapatkan satu pelukan dah rasa lega sangat lepas tu .  tapi ni masalahnya bila tak boleh nak tunjukkan menyebabkan hati rasa meronta ronta . seolah olah berjalan cool dihadapan orang, bergelak ketawa dengan orang tapi sebenarnya kalau orang boleh nampak the other side of me , boleh nampak apa berlaku dalam hati aku.... betapa meronta ronta aku menangis . seolah olah macam i was screaming in a room yang dipenuhi orang tapi takde sapa yang dengar akan jeritan aku tu . no one . rasa terseksa sebenarnya .

selesai solat subuh lagi aku tak boleh lelapkan mata . aku cuba nak lelapkan mata daripada aku sibuk melayan perasaan tapi sakit hati tu sangat sangat sampai tak boleh nak tidur . aku pusing ke kiri terfikir jugak , pusing kanan terfikir jugak. rasa nak menangis tapi tak boleh hanya mampu menangis dalam hati . pernah kau rasa menangis dalam hati tu macam mana ? betapa sakitnya bila tak boleh lepaskan keluar melalui air mata ?

S pernah cakap dekat aku , bila rindukan seseorang tu , doalah pada Allah lepastu hantar lah mesej kat orang tu . haha selalu aku doa pada Allah moga Allah hantarkan salam rindu aku kepada orang yang aku amat rindui . supaya orang tu pun rasa apa yang aku rasakan .. dan supaya kurangkan sikit rasa rindu tu . memang betul , lepas call atau mesej dan berdoa pada Allah , walaupun tak dapat bertemu muka sudah merawat rasa rindu tu . tapi apakandaya bila kita merindukan orang yang kita tak boleh nk jumpa dia , mesej dia apatah lagi call ...bergantung sangat pada Allah supaya rindu ini tak berpanjangan supaya aku boleh teruskan aktiviti seharian aku dengan penuh keceriaan dan fokus membuat sesuatu kerja .

kadang aku terfikir kuat nya penangan rindu ni . rasa dia lain macam betul . bila dah puas buat macam macam aktiviti sampaikan aktiviti yang tak pernah kau buat pun kau nak buat sebab nak busy kan diri taknak layankan perasaan .. at the end , rindu tu dtg waktu lepas bangun tidur .. masyaAllah ...tu yang aku rasa nak menulis blog . taktau rasa nak cerita kat siapa perasaan rindu yang tak terungkap ni . aku terlalu rindu .

sesungguhnya rindu yang menyakitkan ni betul betul menyakitkan .``

Wednesday, 13 January 2016

BRACES


Mohon terkejut sikit lah nampak gambar ni hahaha ..yang penting jangan kecam . saja nak nampakkan braces tu . ni je yang gambar aku ada nampak gigi atas bawah . nak kata aku acah comel tak juga sebab aku pun tak rela nak post gambar ni kat ig atau memana . ni kira gambar berani mati aah aku letak kat blog . biasalah dalam phone pelbagai gambar dan aksi muka yang wujud jadinya for the first time aku tunjukkan gambar ni kerana ianya tepat dan mengena dengan tajuk kali ni . kadang kadang ada yang bertanyakan aku pakai atas je ke , bawah tak pakai ke ? tak tak .. aku pakai atas bawah cumanya .. gusi atas lah lebih panjang dari bawah tu yang nampak gigi atas je lebih bila senyum or bercakap ... gigi bawah nampak cuma sikit sikit je lah .  kali ni aku belanja gambar over sikit jah , tunjuk lah gigi atas bawah aku yang melekatnya besi di situ ..

gigi sebelum pakai braces agak teruk sebenarnya . lintang pukang berterabur atas bawah . aku ada gigi taring dulu . ianya menyukarkan aku untuk senyum . kalau perasan gambar before pakai braces mesti pelik sebab aku tak boleh nak senyum betul betul sebab bila nak senyum secara normal , maka keluarlah gigi taringku yang comel itu .. macam drakula pun ada kan kehkeh . 

ejekan ? memang banyak sangat ejekan yang aku terima tambahan lagi waktu sekolah rendah . waktu tu kan macam orang pun tak matang lagi . kuat mengejek apa semua memang time tulah memang hangat . ayat yang selalu orang panggil macam gigi kapak , arnab , jongang lah apa lah haa part jongang tu abang aku je yang kuat cakap macam tu . orang lain takde pun . lagi lagi waktu dulu ada hot satu cerita halimah jongang . pergh lagi kaw la dia ejek . nyanyi lagu halimah tu ganti dengan nama aku . sampaikan bila ada 'someone' ni caakap yang dia harap anak dia tak ikut gigi aku . alahaaai apalah salah aku sampai cakap macam tu . kalau dapat gigi macam ni pun boleh pakai braces apa . mana ada manusia yang sempurna . tak ada .

masuk sekolah menengah kurang lah dari segi ejekan ni sebab semua busy dengan hidup dan tak tak busy body sangat pasai orang . mungkinlah . ngumpat tu belakang kira lah . benda normal kene umpat . orang ada mulut lantak pi lah dia nak kata apa .  jangan ngumpat sampai aku denga dah ah . kalau tak penumbok lekat sebijik la . haha aku tak sekejam tu . 

satu hari waktu kat sekolah menengah aku tanya kat ustazah pasal aku nak pakai braces ni . adakah satu dosa semua . ustazah kata kalau memudaratkan sampai jadi bahan ejekan orang , nak makan susah ke boleh la pakai untuk betulkan balik ..tapi kalau sekadar nak cantik dan gigi tu elok ja tak boleh la ... okay jadinya aku terus plan untuk pakai braces .

sebelum pakai braces , aku tanya pendapat ibu dengan kawan kawan rapat aku .. ibu cukup risau bila dapat tau aku nak pakai braces , dia takut aku rasa sakit ya amat nanti tambahan pulak tengok kat tv pasal braces ni kalau taktahan apa ada something something effect dia dan boleh sengetkan rahang muka if apa tah aku tak berapa clear pasal tu . member aku semua support aku kawkaw nak pakai ni . aku cakap takut nk pakai , diorang kata takpa apa semua , bg kata semangat diorang ada apa ... uish lagi berkobar aku nak pakai nih .

lepas SPM , aku pakai braces dalam bulan 3 tak silap aku 2014 . excited ada lah nak pakai ni .. pergi x ray bahagian mulut ni nak tengok gigi apa .. lepastu dia ada buat acuan letak dalam mulut


 haa macam gambar kanan tu lah dia letak acuan lepastu dia keluarkan dan akhirnya nnt jadi macam belah kiri tu . setiap kali appointment , benda tu mesti ada atas meja dentist tu ..dia akan check lah gigi mana yang dah masuk ke dah turun ke dah rapat ke sampai lah elok .. kalau aku dapat ambik gambar aku punya ...akan aku simpan buat tatapan aku smpai ketua nnt haha ..

lepastu , aku kena cabut gigi sampai empat batang . sebenarnya doktor cakap nak cabut ni depends on gigi kau lah macam mana .. ada yang kene cabut satu gigi , ada yang dua , ada yang tiga dan ada juga macam aku empat .. rasanya paling maksimum pun 4 . ada lecturer aku cakap , sebenarnya boleh jaa takyah cabut gigi nak buat braces ni tapi proses dia mungkin agak payah sikit .. so nak cepat dan mudah , cabut gigi lah . dah tak cukup 4 batang gigi dah aku ..apakandaya .. 

time cabut gigi ni...masyaAllah proses paling paling sakit bagi aku . member sekolah aku pernah cakap dulu yang cabut gigi tak sakit langsung . dia inject bius pastu tibe tibe je gigi dah cabut . mudah sangat . dia lagi takut nak pakai braces dari cabut gigi . pengalaman aku , aku memang rasa sakit ya amat waktu cabut gigi dari pakai braces . tak silap aku gigi bawah belah kiri aku ni , dia punya akar macam senget sikit sebabtu payah nak cabut . gigi hok ni lah yang paling sakit sekali . dah la time inject bius pun rasanya makkkkkkkk .. halus je jarus masuk gusi ni . ngilu pun ada ..kali kedua dia cucuk dah tak rasa ngilu tu sebab dah mula rasa effect bius tu .. tak rasa separuh muka sampai ke balik ..tapi bila dia tarik je gigi tu aku masih rasa sakit erhh meleleh ayaq mata .. aku cakap lah sakit .. pastu dia cucuk lagi bius ..aku rasa 10 kali aku cakap sakit sepuluh kali dia cucuk bius tu smpai kan pecah bibir aku kat bahagian kene cucuk tu ..tapi still rasa sakit , oleh kerana dah banyak kali aku cakap sakit dan dia cucuk still aku rasa sakit .. aku decide untk diamkan diri dan tahan je ..dia pusing kan muka aku belah kanan , tak boleh juga , lepastu belah kiri pulak ... lepastu dia suruh aku duduk luar sekejap , pastu panggil balik then tarik lagi gigi tu sampai lah satu masa dapat pun tarik ......masyaAllah rasa lega macam lepas lahirkan satu anak . serious tak tipu dengan nurse yang ramai macam ...haaaaa keluarpun gigi dengan muka happy , dan aku lepas dari kesakitan .. perghh .. nasib tu gigi last aku cabut . tiga tiga gigi aku yang sebelum gigi terakhir tu okaylah . tak sesakit proses tu .. yg part inject tu lah sedikit ngilu lepastu cabut tak rasa apa .. yang perit bila balik rumah .......

empat empat gigi aku rasa benda yang sama bila kat rumah .. bila bius dah habis pergh rasa dia sampai otak beb . tak mampu buat apa kecuali tidur balik tu .. bangun je tengok darah dah penuh kat bantal .. tidur mana lah sedar kan . yang paling malu bila time nak otw balik dari klinik , kan kebas rasa muka tu ..tak perasan sungguh la bila darah keluar dari mulut ... sampai ibu tolong lap kan .,. aku macam ehh darah keluar ... tak cukup kapas .. kapas dah penuh darah .. nak balikkk ...

banyak aku telan ubat tahan sakit sebab sakit yang rasa tak tertahan .. aku nak pergi jalan apa so aku akan makan .. kalau tak sakit tu menggangu aku sangat .

move to next step , lepas dah semua gigi cabut ..doktor aku ada pakaikan getah dekat area belakang gigi . aku rasa sebab nak jarakkan sikit gigi tu supaya ada besi ala ala bentuk square tu boleh letak kat setiap belakang gigi . aku dapat tahu yang besi tu macam tulang belakang untuk braces ni tarik dawai pada gigi sebab tu benda ni diapasang kat gigi kedua dripada belakang sekali giginya tu. sesungguhnya aku tak menyabo time tu , aku ingatkan dah boleh pakai braces time tu rupanya belum lagi .. baru pakai getah je .. hampa aku balik waktu tu ...so tunggu next appointment mungkin pakai braces pulok .. lama dah aku tunggu ni .. tu yg tak menyabo rasenye .


ni yang getah aku cakap kan tu . 


ni lah 'besi ala ala square ' yang aku dok cakap tu . ada nama scientific nya .. tapi al maklumlah bukan dentist yg bercakap ni .. farahin je tu yang cakap ala kadar jer .


benda alah tu dipasangkan kat gigi kedua sebelum gigi terakhir .

tiba lah masa yang ditunggu tunggu , aku mula pasang braces . yeipeeeeeeee ....rasa takut tu takde sebab rasa seronok mengatasi segalanya . time haritu , member baik aku teman kan aku pasang . sakit tu takde langsung time pasang .. cuma bila dah pakai terasa macam eh takleh tutup mulut lah .. rasa gigi besi terkeluor ..tapi tekalah kaler apa aku dapat waktu first pakai hahahahahahahaha warna yang paling aku tak suka iaitu pink . hot pink pulak tu . masyaAllah . awal awal dulu kan .. aku usya je budak tepi aku , doktor dia siap tanya dia nak pakai warna apa ... tapi sampai aku ... sedih ...sampai laa ni tak pernah doktor tanya ... terus je pakaikan warna yang doktor tu suka agaknya .... me is so sad . kebanyakkan nya aku dapat warna kelabu .. tapi korang yang pakai braces rasa tak apa aku rasa ? warna getah tu macam bertukar lah ... makin lama dia jadi warna lain .. kadang kadang bertukar jadi hijau ... tapi tak always lah bertukar .. dua warna jelah ...awal pakai kelabu , dh pertengahan jadi hijau sampai lah next appointment .. haaa macamtulah .. okay smbg balik part getah biru tadi ....

waktu nak pergi cabut getah biru kat belakang tu .. aku check kat toilet yang rupenye dah hilang satu getah dalam mulut aku .. aku syak dah ada dalam perut .. waktu tu aku pike eh mati la aku nak jawab apa kat doktor ..ada effect ke kalau aku telan getah ni kan ... haih pusing kepala aku pikirkan ... tapi setibanya aku kat klinik , doktor tak cakap apa pun fuhhh lega aku .. aku rasa benda tu normal kot .. ramai juga yang tertelan macam aku ...

rasa macam gigi tertarik sikit lah waktu first pakai dan rasa awkward .. yelah first time ada benda kat gigi camtu kan .. mestilah rasa lain ..hari pertama pakai agaklah , aku dengo orang kata sakit sakit takleh makan apa .. so aku makan lah bubur je apa kan .. tapi keesokkan harinya aku dah mula meronta ronta dan tak boleh terima hakikat bubur adalah menu utama aku hari hari?!! so hari ketiga ke keempat , aku pergi mekdi dan menjamu burger spicy chicken mcdeluxe .gigi rasa sakit sikit je tapi tibai je lah .. aku lapooo ... ngap punya ngap sampai dawai dengan apatu bracket ke apa org panggil yg lekat satu satu kat gigi tu tercabut ...dan terpaksalah call klinik kata benda tu tercabut apa .. yang member aku dok gelak kan aku sebab awal awal aku mana lah tau nak panggil apa alatan alatan dalm mulut ni .. aku cakap lah wayar dh tercabut kt pihak klinik pastu ngekek member aku gelak ...agaknya dia terfikir macam wayar letrik jaa kot..

awal awal pakai memang selalu tercabut benda alah dalm mulut ni . naik fed up aku nk pergi klinik dan betulkan .. dan doktor pun cam nyampah je tengok muka aku asyik nk betulkan alatan ..so far aku pakai tak rasa sakit yang gile gile tu ..awal pakai tu pun rasa macam sakit 2 3 hari je pastu elok dah boleh makan macam biasa .. aku makan pun awal awal tu macam benda benda lembut je dan kunyah lembut je ...alahai..lepas habis appointment yang seterus dan seterusnya pun sama juga .. sakit dua tiga hari sebab dia ketatkan je pastu okay .. aku tibai segala ayam daging . sebelum pakai bracs senanya aku tak makan paru ni tapi lepas pakai braces jadi favourite pulok dah ... terkejut ibu . menjadi jadi pulak nak makan benda liat lepas pakai braces .. tu asyik tercabut je tu .

pengalaman member aku pakai braces memang sakit . awal tu aku pun jadi cuak bila dengar cerita dia kan .. sampai sebulan dia tak boleh makan benda keras .. gigi rasa sakit ..even terkena sudu makan tu kat antara gigi atas dan bawah . rasa macam kene letrik . tapi tak dinafikan sekali sekala awal awal dulu ada aku rasa macam tu waktu 1-2 hari aku baru pakai braces .. 
disbabkan sakit tu melampau lampau rasanya ...kawan aku terpaksalah makan guna straw .. bila dia nak habis pakai braces , dia kata dengan aku dah nak habis dunia kesengsaraan dia ..bagi aku , aku rasa macam nak selamanya pakai braces sebab best dan tak rasa sakit pun . lagi lagi bila dah agak lama pakai .. lepas ketatkan braces lepas appointment pun dh tak rasa sakit .. rasa biasa .. mungkin dah sado kehkeh .. tulah tapi dia macam nasib jugak kot .. mungkin ada yang rasa sakit ada yang tak ..

awal awal pakai tu ramai yang tegur .. apa yang kat gigi tu .. kenapa ada besi apa ...waktu awal tu aku kerja part time , memang ramai customer yang tanya .. ada pakcik ni terkejut kenapa aku pakai besi .. dia ingat aku accident atau apa .. mcm selalunya orang accident then kaki kene letak besi macam tu haaa tuu yang pakcik tu ingat aku accident sebabtu doktor letak besi kat gigi . tapi sebenarnya tak pakcik , ni cuma nak betulkan gigi saya je ..

ada juga yang kata membazir saya pakai braces ni tapi sebenarnya saya dapat free je buat ni . buat dekat klinik cahaya suria dekat kotaraya , kuala lumpur . proses nak tunggu tu memang lama tapi berbaloi la . kalau berbayar pun tak silap saya harganya murah sahaja ..saya dapat free sebab ayah saya ..tapi ikut pengalaman saya pakai kerajaan ataupun swasta macam sama saje . setengah orang berpendapat yang pakai kat swasta lebih tak sakit tapi buktinya saya ambik kerajaan tapi saya tak rasa sakit sangat pun waktu pakai braces tapi kawan saya dari swasta pulak rasa sakit . sebenarnya ikut orang jugak lah kot . macam saya cakap mungkin ikut nasib masing masing .. cumanya agak lama masa yang diambil untuk menunggu untuk pakai braces tu . kalau betul nak pakai , boleh je register awal contohnya masa umur 13 tahun ke ..kalau taknak tunggu lama , boleh je pakai dekat swasta cuma harganya sedikit mahal tapi masih juga berbaloi ..

ada satu masa haritu saya pakai getah pada gigi .. bukan getah kat belakang macam yang saya tunjuk tadi tapi getah dari gigi atas ke gigi bawah .


waktu awal pakai benda ni memang sakit lah rasanya sebab lagi tertarik rasa gigi tu tapi saya rindu dah nak pakai getah sebab rasa dia best .. rasa gigi sentiasa tertarik dah rasa terkedalam gigi tu ..bila dah tak pakai , pakai braces biasa tanpa getah rasa macam terkeluar pulak giginya ... tapi serious bila pakai braces saje terasa macam dia menarik gigi keluar pulak maksudnya macam terkedepan gigi tu ..
getah ni memang cepat putus ... waktu makan disarankan bukak lah getah tu pastu dah makan boleh la pasang balik . awal awal memang susah nak pakai getah tapi bila dah lama sikit pakai .... takyah tengok cermin pun boleh pakai haa gituu ... selalunya saya bila bercakap pun boleh putus getah tu hahaha sampai terkena bibir .. sakit juga lah tapi watlek .. getah ada banyak nurse bagi .. so prepare dalam bag in case banyak putus getah tu ... getah ni everyday kene tukar .. jangan pulak guna getah yang sama je everyday sampai getah tu putus kan ... dan waktu gosok gigi pun bukak lah .. kalau tak macam mana nak gosok gigi ..doktor sarankan bila pakai getah ni kene banyak bercakap supaya effect dia lebih okay so banyak nye saya bercakap sebab best , rasa tertarik tarik je getah dalam mulut ..kalau tak bercakap pun..saya akan main mulut .. nganga nganga mulut nak biar terasa tertarik getah antara gigi tu ..

berapa tahun ye aku pakai braces ni ...aku pakai 3 tahun . agak lama lah tapi kalau boleh aku nak lagi lama ... dia depends pada gigi kau la .. kalau macam dah okay okay .. makin kejap lah masanya .. tapi kalau agak teruk sikit .. macam akulah .. kena pakai lama sikit ...

oh lagi satu pasal berus gigi untuk pemakai braces ...


nilah berus yang nak berus celah celah besi yang susah nak diberuskan oleh berus gigi biasa ... aku taktau lah kalau orang lain yang hari hari guna benda ni .. sebab aku 2-3 hari sekali baru guna benda ni so aku tak rasa benda ni penting gila untuk aku bawak kemana mana dan wajib ada dalam bag aku ke apa kalau nak pergi jalan ...cumanya bila nak balik kampung tu kan lama , kalau boleh aku nak bawak la ...berus ni pun aku guna mudah tercabut sampaikan au kene beli banyak banyak ... dan terlalu bnayk stok berus kecik ni kat rumah aku dan rumah sewa aku .


Cuba spot kelainan dalam gambar ni ? hahaha orang yang baru kenal aku mestilah tak dapat cam kan ... nampak tak kat pipi aku dah ada lekuk ? lepas pakai braces ni tetibe wujud pulak lekuk tu . before pakai mana pernah ada walaupun kecik lekuk kat pipi tu ..tapi boleh la .. takde lah aku frust sangat sebab lekuk tu muncul . aku dah lama redha hehe .. 

 adalah serba sedikit pengalaman yang aku ceritakan pasal braces untk entry kalini .. taknak cabut braces .....aku dah mula sangat sangat selesa benda ni ada dalam mulut kehkeh ... sekian lah ye , assalamualaikum .








Tuesday, 12 January 2016

dah sekali rasa nak lagi

apa yang dah sekali rasa nak lagi ?apa lagi kalau bukan menulis blog . dah start menulis mula lah pelbagai idea datang mencurah . masyaAllah panas sekarang makin menjadi jadi . rasa nak sentiasa duduk dalm toilet dan mandi saje . berpeluh sampai keluar lah peluh jantan kateko ..dahaga nya pun dah tahap serious . nak minum air je selalu . kita yang minum air tak banyak ni pun dah bertukar jadi peminum air yang setia .. satu cerek mak aku boleh aku kerjakan dalam sehari ,.. dah takmau bagi peluang kat orang lain . nampak beno selfish nye kan hahaha takdelah .. kite share lah , sharing kan caring ...cuma tulah .. air kat rumah memang tak pernah lah tak tinggal botol kosong saje ...

Nyamuk aedes ni pun kan kuat membiak lah musim camni jadi kan ... mintak lah semua bekerjasama untuk membersihkan dan juga tak menyimpan air yang bertakung dirumah yang boleh menyebabkan nyamuk itu membiak .. sekian dari dato dr. farahin . aiceceh . takde , it is a serious thing . jaga lah , yang dah pernah kena dengue mesti takmau kena lagi kan ? haa tau tak sakit kene cucuk jarum doktor tu cemana hmmm taktau nak cerita lah . baik kita bertindak sebelum terkena . kalau nak menakung air yang jernih seperti air masak di dalam perut anda itu amatlah dialu alukan tapi kalau kat bekas bekas yang ada kat rumah awak tu .. buang lah ..jangan nak gatai ternak nyamuk .. mungkin ada yang rasakan nyamuk tu comei utk dijadikan haiwan ternakan ke ? tidak tidak .. dia tak akan pernah jadi yang boleh baik dan bekerjasama ngan awak malah dia boleh membunuh diri serta keluarga awak . jadi hapuskan ia .  masyaAllah serious macam speaker yg dijemput pulak untk memberi ulasan mengenai nyamuk kehkeh .. tapi nilah sedikit innformation yang perlu saya sampaikan memandangkan kemungkinan besar saya akan graduate dan menjadi seorang pegawai kesihatan yang akan mungkin memberi ceramah di kawasan persekitaran rumah awak , ataupun mungkin ber fogging saya di sekitar rumah awak ? haaaa ayat tu dah ada kan .. practice lah ni .. tak lama lagi nak practical dah haha

bangun awal pagi je terus start mengemas rumah . bagi berapa jam je untuk tidur maka bangun je semestinya rumah akan bersepah macam kapal karam , kat atas meja ada cawan , tempat habuk rokok yg dipenuhi habuk rokok , pinggan , kuali tak bercuci , katil yang tak berkemas , langsir yang dh lintang pukang sengetnya ..  yang paling menyedihkan dan merobekkan hati aku bila pergi dapur nak buang sampah lepahtu nampok beg kertas mekdi ... rugi nya lahai tidoq awal , kalau tak boleh lah pau sikit mekdi nye tu .. ni selalu je tinggalkan sisa kat dalm tong sampah ... kesedihan lah aku nak mengemas ... tapi nasiblah ada tinggalkan air milo dalam peti walaupun kuantiti yang sedikit hahaha ...dah siap mengemas rumah , lipat kain , jemur kain dan sewaktu dengan nya mulalah sesi uruskan abang pertama aku .. dia sekarang dh stay rumah ibu je pulok .. oleh kerana kak fiza(kakak ipar aku) dah pergi kerja awal ... aku lah yang kena uruskan abang aku ... nak carikan spend*** dia , singlet dia apa sampai lah dia keluar dari pintu rumah .. lepastu start lah aku memasak makan tengahari ...lepastu uruskan abang ketiga aku nak pergi kerja pula ...bagi dia makan apa ..baju dia nak carikan , sediakan , kengkadang nak digosokkan .. al maklumlah dapat semua abang hok manjo belako .... nak disediakan everything .. sampaikan dia duduk je dekat meja ..'adik , ambikkan nasi' sampailah nasi tersedia depan dia ...

kadang kadang terfikir bestnya jadi lelaki .. semua benda orang sediakan .. aku duduk rumah dah macam uruskan 2 laki . tak cukup tangan beb . aku dok pikir lah macam mana kalau aku kahwin dua lelaki serentak kahkah which is never happen sebab perempuan mana boleh kahwin dua sekali gus kan .. tapi kalau boleh kan .. tak terurus lah kau . ni baru uruskan abang sekali sekala bila balik cuti sem ... kalau uruskan suami dan anak lagi ... waaa dengan kerja lagi waaaa , dengan kerja rumah lagi kita yang uruskan waaaaaaaaaaa....... i can't imagine my life in future . sangat lah salute pada ibu dan wanita diluar sana yang boleh dikatakan sebagai superwomen yang buat kerja non stop . dan bertapa tabah dan cekal nya .

okaylah , saya habiskan entry kali ni kat sini sahaja . sekian . xoxo


Redha

entry kali ini mungkin dah agak lama aku coretkan cuma baru harini aku nak publishkan untuk dikongsikan ...

masalah aku cuma satu .. mungkin aku tak reti nak belajar tak tak maksud aku bukan aku tak pernah nak belajar untuk redha cuma nya redha tu sebenarnya sangat sukar untuk aku . melepaskan sesuatu yang sangat berharga untuk diri aku is totally not easy . bukan untuk aku tapi aku rasa untuk semua orang jugak . sakit perit dalam proses nak redha tu masyaAllah ...............................

mulut kadang kadang memang cakap aku redha tapi dilubuk hati yang paling dalam subhanallah ...sebabkan aku tak redha atas semua yang berlaku .. tu yang hidup sentiasa dibelengu kesedihan yang melampau . kepala jadi serabut nak fikirkan itu dan ini .. kenapa payah untuk aku lepaskan semuanya ya Allah ...kalau sikit sikit aku belajar erti redha yang sebenarnya pasti ada hasil suatu hari nanti .. inshaAllah .. tapi masih ........

aku bagi situasi .
contohnya , aku ada kekasih dan satu hari aku putus dengan dia .. tetapi aku tak boleh nak lupakan sikit pun pasal dia ... aku cakap yang aku redha sedangkan aku tak pun sebenarnya ... buktinya , satu album gambar dan conversation yang aku screenshot dengan dia hilang pastu aku mula tak tenang sedih kecewa dan semua perasaan mula bercampur aduk .

adakah kau rasa aku betul betul dah redha ? redha dengan hanya kata kata tak cukup dan sangat tak cukup sebab ternyata hati aku masih lemah dan sangat kritikal ..kalau betul aku redha , kenapa aku perlu jadi macam orang tak tentu arah bila hilang sesuatu benda yang boleh mengingatkan aku kepada dia ? sepatutnya aku patut berfikiran lebih postive . mungkin gambar semua hilang adalah salah satu step yang tak dirancang untuk lupakan dia .. apa yang aku patut aku lakukan adalah ....LEPASKAN SEMUA ..............belajar untuk terima hakikat semuanya sementara dan tak semua orang perlu stay dalam hidup .. dia hadir dalam hidup semestinya ada sebab .. mungkin nak jadikan kau orang yang lebih baik ataupun nak berikan satu pengajaran dalam hidup kau ...bila semua ni berlaku baru aku tahu sebenarnya diri aku ni sebenarnya tak redha sepenuhnya pun ,...aku cuma cakap yang aku redha semata untuk tenangkan diri ...

konsep dia macam yang aku bagi tu la , ala ala gitulah . itu cuma contoh situasi untuk terangkan tentang redha .. aku sendiri boleh cakap pada kawan aku untuk redha akan sesuatu , bila tiba pada aku ...hmmm aku cuba untuk redha .. semuanya pasti ada hikmahnya . kawan aku pernah cakap bila kita dah start redha , semua nya akan jadi okay ...

situasi kawan aku

telah sekian lama dia bercinta , tiba saat .. tanpa diduga kekasih yang amat dia sayangi telah pun dijemput oleh Allah untuk kembali disisiNya .. pada awalnya akan terkejut tak percaya , susah sangat nak redha dan bermacam macam . hari hari menangis , asyik mengingati arwah sampaikan pelajaran semua semakin merosot ..tapi aku pernah cakap kat dia satu hari nanti mesti dia akan rasa sekejapnya masa berlalu dan kau akan cakap yang dah lama dia pergi tinggalkan kau dan waktu tu kau dah boleh terima semuanya tanpa menangis teresak esak . dan dapat terima semua kenyataan dengan lebih tenang  , haritu dah genap setahun pemergian arwah dan kawan aku cakap yang dah setahun berlalu dan dulu dia rasa dia betul betul tak boleh hidup tapi sekarang dah boleh jalani hidup seperti sediakala . kan Allah dah kata , takde masalah yang Allah akan bagi diluar kemampuan hambaNya . dan aku percaya tu , aku percaya yang kau kuat nak hadapi semua ni . kau boleh harungi .. cuma dalam proses untuk harungi tu memang payah tapi bila dah berjaya melepasi nya , kau akan lega kawan .. kau boleh redha dengan ujian yang telah diberikan ...

ni sama macam dalam exam juga , semasa hadap nak exam tu berhempas pulas menghafal , memahami , tak cukup tidur semua .. memang payah . belajar tu tak mudah sebab tu dikatakan belajar tu adalah jihad . bila lepas je exam apa yang kita rasa bila dah dapat jawab ? lega kan ...

cuma satu nasihat dari aku dan untuk semua termasuk diri aku . face the fact , redha .. letakkan kepecayaan kepada Allah , kerana dia adalah sebaik baik perancang untuk hidup kita . percayalah , sampai saat hati kita betul betu dapat redha , satu perasaan lega yang tak dapat diungkap dalam hati tu mesti dirasai .

percaya lah dengan Allah , redha itu perlu kawan .

Monday, 11 January 2016

Cuti sem

         Malam ni nak cakap rajin takde lah rajin mana .. nak cakap malas agaklah tapi memandangkan time final haritu beriya sangat lah aku nak update blog nak kemaskini everything termasuklah lagu lagu yang ada dalam phone aku tu so aku rasa dah tiba masanya aku nak realisasikan azam dan impian aku sewaktu final yang membuak buak tu . eh termasuklah nak main game the sims aku tu . dah berapa lama tak hadap laptop lelama semata main benda tu . serious lah , kalau dah start je main the sims memang tak sedar kau rupenya dah 5 jam mengahadap game tu saje .. tanpa makan , minum , pergi toilet dan sewaktu dengannya . rasa macam ai baru lima minit aku minit ghupenye dah 5 jam . leka sangat, serious tak tipu . tak caye cubalah main .

           Nak buat ala ala paper exam lah cara penulisan kali ni . okay aku nak cerita apa ye pasal entry kali ni hahahahaha lupa dah . haritu time final kemain lagi ko dok pikir ayat ayat nak tulis . tulah syaitonnnn buat habis masa kat situ je . masa untuk study dah habis ke situ je . masyaAllah . boleh la cerita pasal kahwin kan sempena member aku dah 2 orang baya aku dah melangsungkan perkahwinan diorang . Ikha bulan 12 tahun lepas , Ida 9 Jan 2016 ni . Tu yang aku cakap member aku , kalau nak aku kahwin tahun depan , aku kene tukar nama Iyin lah . faham tak ? hahaha sebab dedua member yang dah kahwin ni nama bermula dengan huruf 'I' je ..ada tuah nama huruf 'I' ni dapat jodoh awal hehe ..alhamdulillah , dua dua dah pun bergelar isteri orang , muda lagi , cantik lagi . moga jodoh diorang kuat sampai ke syurga Allah . takde apa hadiah yang aku boleh bagi melainkan doa .

         Aku bila nak kahwin ?  soalan killer yang bakal aku dan rakan rakan dan manusia manusia yang masih bujang akan ditanya . Semua ni ketentuan Allah belaka . kalau jodoh dah sampai , insyaAllah Allah akan permudahkan segala galanya . Aku takde lah rasa macam teringin sangat nak kahwin pada umur aku sekarang sebab aku tak rasa aku ready lagi . dah la aku ni annoying sangat , bangun awal pun payah , mengemas , memasak apa pun masih ke laut . ceritanya aku nak uruskan diri pun masih kelaut nikan pula nak uruskan orang lain . memang tak boleh lagi . walaupun umur dah cecah puluhan tapi aku masih rasa keanak anakan lagi . masih dimanjakan oleh ibu , abang abang aku lagi . Orang lain yang kahwin awal mesti dah ready segalanya dari segi fizikal dan mental . dan dah boleh uruskan diri dan lebih matured sebab tu jodoh dia cepat kan .

         Aku ada plan dah untuk hidup aku cewah . tak salah nak plan hidup kan , Allah akan tentukan everything . kita hanya mampu merancang . keramaianya bila pergi jumpa kawan kawan ibu mesti diorang cakap sambil belajar ni cari carilah someone kan ..haa faham faham lah maksud mereka kan .. macam nanti lepas habis belajar boleh terus kahwin je macam tu kan . tapi memandangkan pada hidup aku ni so far takde pulak aku nak buka pintu hati untuk sesiapa . takde dah rasa nak ada crush lagi ke apa . nothing . aku takde terfikir nak cari sesiapa pun lagi nak isi dalam hati aku ni . cukup lah hidup dengan berkawan semua . tu je dah cukup untuk aku .

            Whatsapp aku seriously krik krik and i don't mind at all .. sometimes memang i didn't bring my phone pun bila keluar , pergi ambik exam ke apa . bawak pun if takut ada emergency call macam tu . lagipun memang kene dengan aku sebab aku tak suka mesej orang . adakah aku je yang rasa macam tu ? kalau orang tak start conversation , memang susah sangat lah aku nk start kan . melainkan ada hal penting . memang aku banyak cakap tapi au tak suka menaip kat handphone tu dan kering idea nak mesej orang ...sebabtu kebanayakan kawan kawan lama kebanyakkan nya aku lost contact . aku memang tak minat mesej . tu bernasiblah ada wechat , instagram where i post my pictures , status so dari situ kekadang adalah macam connection juga ngan member member , diorang boleh tau perkembangan aku dan aku pun dapat tau perkembangan diorang . tulah aku mintak maaf sangat kalau nampak macam sombong ke apa ,.. bukan sombong cuma tak reti nak mesej  lebih lebih ..

          sometimes jealous tu adalah dekat orang yang rajin sangat mesej kan .. kawan kawan lama pun contact hari hari cerita itu ini ... dan aku tengok jelah member aku yang mesej mesej tu and i wish i could be like that ... mesti semua orang suka kan macam tu ...kawan kawan pun seronok cerita itu ini .. yang aku bila dah rapat pun ngan orang tu bila dia dah pindah atau jauh dari aku mulalah hilang terus dari aku ,.. macam kawan biasa sangat .. tu pun kekadang cam stranger dah terus kalau tak jumpa apa ...pernah lah jugak aku cuba mesej betul betul ngan orang dan acah jadi pperamah dalam mesej ... tapi berkesan cuma dalam 2 hari .. lepastu memang out balik . aku rimas banyak mesej .. tapi ada yang certain org yg lain . contohnya orang yang aku betul betul rapat dah lama , dan aku sayang gila gila tu memang dia mesej apa pun aku jd excited dan aku akan mesej dia sikit jugak walaupun tak hari hari tapi taklah meleret sangat mesejnya sebab aku kan kurang berminat pada arah tu .. baik call , so bercerita macam tu lagi best kehkeh ...

           Apa lagi aktiviti yang menarik boleh dilakukan eh cuti sem macam ni ? tolong lah ajak aku nak keluar memana ... nak pergi hiking ke mandi swimming pool ke , pergi mandi air terjun ke , jumpa arissa ke , balik kampung ke , holiday ke , scuba ke , lepak ke , makan ke , bercerita ke . tapi so far aku balik dari kajang je mamang full masa aku kat rumah , takde lagilah masa yang terlalu mereput tu . sampai penat nak tidoq dua hari straight ja tau tak . tidur setakat 3 jam mana bermakna untuk si kaki tidur macam aku ... bila final tu yang kene hadap tidur 3 jam .. sakit pale hotok ku .  pergh pergh .

        Start awal 2016 ni , dua berita  kematian yang aku terima . al fatihah untuk opah sedara aku dan ayah kawan aku yang dah kembali ke rahmatullah . moga roh mereka sentiasa dirahmati Allah dan tergolong dalam orang orang yang beriman . ameen . setiap yang bernyawa tu pasti akan merasai mati . kita sebagai hamba Allah kene sentiasa bersedia . setiap kali aku memandang jenazah , aku terfikir , bagaimana kalau yang aku tengok ni adalah rupa aku . aku yang terbujur kaku di situ .. Allahuakbar , matikanlah aku dalam keadaan yang baik baik . tarik lah nyawa aku bila amalan aku sudah cukup untuk masuk ke syurgaMu ya Allah .. aku selalu leka  dengan keindahan duniaMu , bantulah aku untuk menjadi hambaMu yang sentiasa taat pada perintahMu ya Allah .. ameen .



           


Monday, 4 January 2016

2016

sedar tak sedar dah ketahun 2016 dah , umur pun dah ke angka 20 tahun ni .. dh takde belasan tahun . ini mungin dah dikatakan sebagai dewasa .. takde dah nak panggil remaja (teenagers) . macam tak percaya jugak selam 2015 ni aku tak pernah sekali pun terlintas nak menulis blog . dah lama betul tak sentuh dan menaip pepanjang macam ni sambil memerah idea untuk dikongsikan . ni pun tercetus nak menulis balik bila tengok housemate asyik menghapdet blog .. aku pun rasa macam nak la hidupkan dan mewarnai semula blog ni . sedar tak sedar , last aku update pasal alam universiti dan sekarang aku dah final untuk last sem before to the final sem . macam kejap je baru masuk tibe tibe nak habis diploma . ni pun sebab berkat short sem yang ditawarkan dekat universiti aku . memang aku sarankan sangat untuk ambik short sem sebab tak membazir waktu nk belajar kan . walaupun cuti nya disingkatkan , maksudnya ..bila semua pelajar unikl bercuti sem selama tiga bulan..kau menghabiskan tiga bulan tu dengan short sem ..seronok ambik short sem sebenarnya .. time short sem la pointer meningkat sebab subjek dia tak sebanyak long sem . so final pun kejap je .. relax der ..kalau long sem cam ni memang pedih perit sangat nak menghadap smpai betul betul nak muntah asyik hadap buku , bila jawab exam .....semua yang dah hafal lupa ..okayyyyyyyyyyyyy...tu memang menyakitkan hati yang menyebabkan aku rasa nak menangis sepanjang hidup haaaaa...aku ada lagi 3 paper nak habis .. memang citenya subjek tough sangat sangat dah habis .. tu memang lega tp aku mengharapkan lulus jaaa tapi bila fikir balik apa yang aku jawab kat kertas kertas tadi masyaAllah .. seribu penyesalan otak taknak berfungsi time jawab exam , dengan nervous melampau , tangan berpeluh ...nak pegang pen pun payah , licin jadinya .. sabar sajalah . paling tak cukup ialah tidur . betul cakap orang , waktu kecik kecik sampai kene paksa suruh tidur tak nak tidur ... dah besar ni masyaAllah betapa hargainya walaupun seminit dapat tidur . jam menunjukkan 2.06 pagi dan aku masih menaip ....aku tak boleh nak tidur sebab rasa nak menaip , baru je habis study .. biasanya , aku tak update blog , aku akan study smpai 2.30 pagi dan akan bangun dalam pukul 5 atau 6 . tapi pada hakikatnya aku set jam pukul 4 pagi tapi biasalah susah nak bangun awal sangat ni .. lagi lagi tidur kat toto idaman bersama bear besar dan bantal busuk aku . rabak mata bangun pagi tu , aku hafal hafal sikit last last tidur balik ... tah asyik nak tidur aje kerjanya ... pastu bangun baca balik pastu tidur dan benda tu berputar setiap kali final . rumah pun dah macam kapal pecah . tak tersusun segala nota nota aku yang bertaburan di ruang tamu bersama laptop , handbag , bag pergi kelas , toto idaman , selimut , bear dan bantal busuk . aku mengaharapakan aku buka mata esok , dah habis final ... tolong lah ... penat nyaaaaaaaaa time final ni . sebeanarnya aku nak menaip panjang lagi untuk entry kali ni tapi masa mencemburui .. esok aku ada paper food protection . doakan aku ya . next punya entry aku cerita pasal sambungan yang aku dah pikir nak cerita ni .. mengaharapkan kerajinan menaip serajin di malam final yang penuh dengan kesyahduan ini . ......................