Thursday, 25 July 2019

ubat cacing



benda pelik sebab aku dah lama tak makan ubat cacing yang sepatutnya kita makan setahun sekali ya. aku nak makan pun takut bila macam macam cerita kata nanti cacing keluar panjang la apa la tapi aku gigihkan diri beli sebabkan kawan mempengaruhi suruh beli.

Image result for champs d worm
aku beli ubat cacing champs. rasa coklat je ada dua tablet kunyah kunyah dan telan . semudah abc, ni sesuai untuk budak budak jugak sebab tu dia ada perisa dan packaging dia comel.

sapa yang macam aku, marilah rajinkan diri untuk beli ya, ada jual kat watson harga rm7 lebih macam tu tak silap. mari sihat bersama sama kehkeh laburkan duit setahun sekali


gastrik tiba tiba menyerang

beberapa bulan sebelum ni aku disahkan ada gastrik. Allahu.

macam mana tau ada gastrik ni?  HAHA at first, aku memang tak terfikir aku kena gastrik. sebab aku sakit kat kawasan dada, bila buat aktiviti sukan sakit dada melampau and rasa tight chest.aku dah mula terfikir, aku ni kena sakit jantung ke. risau jugak, takleh dibiarkan aku gagahkan diri pergi klinik buat check-up walaupun aku takut sangat sangat. first pergi klinik doktor dah cakap kena gastrik and bagi ubat tapi tak berkesan beb, sakit tu masih lagi.... and aku pergi klinik kesihatan pulak makan ubat sana and jaga makan baru berkesan. Alhamdulillah, menjadi pastu aku tak teruskan makan ubat sebab ubat tu pun bila perlu sahaja. Nama ubat tu Ranitidine. ubat kapsule and memang berkesan dari ubat magnesium yang air macam gaviscon tu. untuk aku, bila pedih ulu hati and terasa macam angin penuh sangat satu badan, aku amik magnesium akan ok and tidur malam.. angin tepu rasa tak lepas ni memang sumpah tak boleh tidur.. ok sekarang aku rasa ni. tu yang teringat nak share,

sakit dada tu dia boleh tidur malam tapi seharian kau asyik sakit dada mmang takleh bawak bincang jugak kan.

antara rasa sakit yang aku rasa time gastrik:
1. sakit dada/ tight chest
2. badan rasa penuh angin bukan hanya perut
3. rasa nak muntah
4. cirit birit
5. angin tak lepas kat dada/ulu hati
6. rasa berasid je kat tekak (rasa macam lepas muntah)

so doktor pesan, jangan makan pedas jangan makan benda berminyak dan jangan skip meals. thats it. so aku jaga makan, takde ambik makan berminyak and pedas, makan meang on time. siap download apps reminder untuk makan sebab aku ni selalu lupa makan tu lah antara faktor. ayam tu aku macam bakar letak minyak  zaitun sikit gitu, makan bubur, sushi, kenny rogers . tapi tulah, healthy food ni mahal beb, menangis nak beli semua semua ni hari hari.. pergi giant pun start beli oat, buah and sayur.

sekarang ni bangun pagi je kena terus makan baru boleh mandi and mengemas ke apa. kalau mandi sebelum makan, memang lapar dia perghh... sebab tu aku perlukan biskut atau buah untuk isi perut pagi and pagi tu kalau boleh aku makan banyak and heavy kalau tak pukul 8 makan, pukul 11 dah menggigil.  memang sekarang tak boleh lebih 3 jam perut tak isi apa apa mesti lapar lain macam , so kena makan kerap. haha mula mula rasa leceh jugak nak adakan makanan ni. lagi lagi dah time travel...ayoyo tapi sebaiknya aku makan setiap dua jam dengan benda ringan sementara nak makan time lunch atau dinner so takde perut kosong tibe je menggigil..

antara makanan yang mengenyangkan bagi aku is pisang . serious kalau pagi sebelum nak buat breakfast, makan pisang memang terbaik.. ada energy then boleh start masak untuk makan benda yang lebih berat.
antara yang lain, makan madu, bayam, mango, ikan, sup pun boleh melegakan. mak aku selalu buatkan air rebusan nasi, rebus air lebih sikit waktu masak nasi, bila dah menggelegak, kau amik air yang lebh kau rebus and campur garam kasar (cari yang garam bentuk panjang) then minum, dulu try amalkan menjadi. and minum air halia. ada aku tengok satu video, dia kata minum air kelapa pun ok and makan blueberry, so aku dah beli and nak try.. hope sedap lah hahaha

roti tak pernah buat aku kenyang . serious, kalau time tak kena serangan ni ok ja kenyang tapi bila tengah kena memang tak bolehh .. dia rasa macam kau tak makan pape.

antara makanan yang aku elak bila sakit tapi bila dah rasa macam badan dalam keadaan stabil, aku minum/makan tu pun 2 minggu sekali?  :
1. kopi
2.teh (fav aku teh aisss hm sedih
3. pedas
4. laksa
5. jeruk (memang takde makan dah, in future taktau)

mostly makanan fav aku memang dah tak boleh makan......teh ais, laksa, jeruk, ayam penyet .......

makanan yang buat aku keliru,
1. susu, sebab doc awal aku jumpa dia kata minum susu kalau rasa sakit, bila jumpa yang paling latest kata kalau boleh elakkan.
2. telur
3. bawang putih
2 &3 ni aku banyak baca blog jugak, ada yang kata boleh ada yang kata tak boleh .. ragu ragu.
4. kacang, sebab kena nak dekat raya aku banyak makan kuah kacang tapi so far ok alhamdulillah
5. bihun, aku jadi takut nak makan sebab ada kata bila makan menjadi sakit tapi  hm entahla. aku kejap makan kejap ragu ragu hahaha sebab bila ada event apa apa aku masuk selalu bagi bihun haha bila tak makan kang lapar sangat pun kena gastrik. makan pun nanti sakit macam mana? hahaha dalam dilema.


antara faktor kena gastrik:
1. sebab suka skip meals
2. suka makan pedas
3. stresss

tiga tiga ni memang favourite aku la sepanjaang masa lagi lagi time final tu gastrik datang serang.. susah nak atasi.. tapi part stress ni memang ya. tadi aku dengar talk ni dia cakap dia kena serangan jantung disebabkan stress, kena tebuk apa semua tapi after a year jumpa doktor, dia cakap takda sakit jantung pun. aik tak ke pelik. tapi dia kata tulah stress ni memang boleh menyebabkan macam macam penyakit. aku diserang gastrik lagi this time around sebab stress.. ye weehhhh mula macam tak percaya tapi ya, bila kau try avoid stress dia macam makin baik pulak. magic haha tapi life kan manada tak stress so gastrik ni will come menghantui hahaha tapi aku pun sekarang cuba belajar cara terbaik untuk atasi stress.

kalau korang ada apa apa petua ataupun apa apa nak share pasal gastrik boleh comment below so kita boleh kongsi kongsi ilmu.


Sunday, 30 June 2019

Brunei

28/06/2019 - 30/06/2019

ambik flight awal pagi (tiket aku beli mahal sebab bukan time promo), time promo boleh dapat rm140++ return

sampai brunei sewa kereta dengan Green Matrix Rasyid Masran
Rasyid Masran (boleh cari nama ni kat facebook) 
tel no: +673 888 4769
harga kereta: rm300 untuk 3 hari 
jenis kereta: vios 
kereta kami bawa tiptop, pastikan minyak full balik bila nak return ya, harga minyak kat sana murah.
Actually dia pun orang Malaysia jadi tak ada masalah.. dan kalau kau rasa nak minta dia suggest tempat makan best ke apa boleh whatsapp je dia..


jalan kat sana sangat tenang ya bukan macam kl sesakkk alamakkk hahaha rasa nak tinggal sana terus gitu. jalan pun tak banyak simpang siur, guna waze je memang mudah. kitorang jugak dinasihatkan untuk tak bagi horn sesuka hati sebab kat sana tak suka horn ya.

kami test la satu hari bawak lane kanan tapi slow, tapi orang belakang takde cucuk ke, high bam ke malah horn pun takk okkk

jadinya, duduk sana kena banyak bersabar mungkin hehe ... al kisah kat traffic light lampu dah hijau tapi kereta depan tak jalan jalan.. berfikir sampai hangus kami nak horn ke tak.. pastu dah merah balik pastu hijau baru kereta depan jalan.. pergh macam uji kesabaran bukann

ok simcard kat sana kitrang sewa dari Rasyid Masran 9BND . buka hotspot share ramai ramai..Memang tak disarankan untuk beli.

rate waktu aku tukar kat 3.04 BND di avenue K (AntaraDuit) sebab aku baca review situ murah so why not.

aku tukar dalam 170 BND and kat sana ak guna dalam 100 BND sahaja. mungin hotel kat sana mahal sikit tapi makan sana murah yaa! 

makanan sana yangg wajib try nasi katok . makan pagi aku dalam BND2 saja. Ada free time memag kena p pasar gadong sebab banyak pilihan makanan!





kat sana takda bangunan pencakar langit. memang kat sana untuk relax saja. enjoy

penginapan kami di easybox budget hotel (not recommended) sebab bilik dia kecik sangat memang box sungguh, nak masuk bilik air pun kena mengiring beb pastu tak boleh tunduk sebab tak muat, haa kau bayangkan.. iron sana ada tapi tak function langsung. serious aku bagi 1/10. tapi dah kata box + budgt memang itulah kualiti nya. apa yang aku expect kan hahaha kalau korang nak ras tido dalm kotak boleh la try this hotel
harga: 21BND (2 night)

Brunei sebuah negara yang kecil, Rasyid bgtau ambik masa 2 jam dah pergi penghujung BN gitu.. dah sampai Miri, Sarawak.

28/06/2019

  • flight 0630 sampai BN 0905
  • kereta memang amik di airport brunei 
bayar parking 1BND saja, jadi korang kenalah tukar duit kecik siap siap.
  • kami ke royal regalia museum
entrace free, tapi kat depan dah kena simpan bag dalm locker, dalam tu banyak sejarah tentang kesultanan Brunei.  Untuk hari jumaat, dia tutup 2 jam start dari 1130 untuk solat jumaat. bukan tempat ni ja tapi kedai makan pun ya.. kebetulan kami datang hari jumaat, waktu antara solat jumaat tu memang sunyi habis.. nak makan pun takde kedai bukak.. so kami lepak dalam hotel, 1330 baru start keluar cari makan



  • lunch di Aminah Arif Restaurant
kami try ambuyat kat sini, choose yang beginner punya ambuyat so lauk takdela banyak.. ambuyat ni ada banyak lauk. kami makan ambuyat rasa macam tepung jagung yang liat tu tapi panas panas makan sedap je dengan kuah cicah dia (sambal + tempoyak + limau nipis) . Air masak percuma, amik dari coway. sebelum tunggu kedai buka, kami ke shared tea sebaris dengan kedai aminah, beli boba tea kehkeh tapi takleh lawan tealive.


  • Istana Nurul Iman
takde masuk pun, sekadar ambik gambar depan pintu pagar je mampu hehe

  • Masjid Omar Ali Saifuddin
kereta kami park seberang masjid, bayar 2BND. Pagar Bahtera Mahligai tak dapat masuk sebab dia bukak pukul 6pm


  • The Empire Hotel & Country Club Jerudong
korang wajib datang sini untuk tengok matahari terbenam. sumpah lawa teruks. hotel dia pun memang superb.






  • Pasar Malam Gadong
cari makan malam.


29/06/2019

  • Breakfast Nasi Lemak Klasik di Berakas (1BND) air teh ais (1BND)
  • Boat tour di Kampung Ayer
boleh tengok cara kehidupan di sana, boat ni macam taxi kat sana untuk orang awam ke darat, otw nak ke mangrove ada lalu istana nurul iman di bahagian belakang, kat situ pun ada boat persendirian. dia akan berhentikan dekat satu museum jugak nanti so boleh tengok tengok dan ambil gambar di perkampungan situ








  • masjid hassanil bolkiah 



  • lunch di soto babu nini di Kampung Mentiri
makanan sedap, perembahan air minum dia sangat memukau and pemandangan dia paling cun beb. boleh tengok laut sambil makan.. and tak terlepas untuk ambik gambar dekat titi.




  • Yayasan Sultab Haji Hassanal Bolkiah
beli souvenir kat sini. baju, keychain. harga baju kat situ macam kat Brands Outlet gitu. tak mahal sangat


  • Sugarbun
fastfood macam mcD jugak, aku beli burger kat situ sebab dah lapar teroks.. nasib sedapp hehehe

  • Jollibee
spagethi dia memang sedap beb so try la makann, air milo macam mekdi sedappp



  • isi minyak
beratur wweh kereta nak isi minyak memang panjang, malam tu siap drive thru lagi tengok orang isi minyak, kereta tak matikan njin, smpai pam, orang yang jaga pam  tu isikan, bayar kat dia pastu terus jalan.. macam drive thru kann hehe.. tapi kitorang still matikan enjin.. meletop kang sia sia

30/06/2019

balik ke KL


waktu kami p sana masih lagi bulan raya, memang jarang kau tengok kat Malaysia orang pakai baju melayu beserta sampin untuk raya hari lain selain dari hari raya pertama, tapi kat sana mana pergi pun jumpa lelaki pakai satu set baju melayu, memang alahai rasa comeiii je, peramah jugak orang sana, smpai yang jaga kat imigresen tu pun ramah sangat bercerita pasal trip aku kt Brunei.. lama pulak tu macam sembang kedai kopi.. member ingat aku dah kene tahan sebab apa la kan.. rupanya bersembang je hahaha

tulisan sana mostly banyak guna perkataan jawi dan rasa dia saling tak tumpah macam Malaysia.
tapi pengalaman kat sana pun menarikk Alhamdulillah.







Saturday, 8 September 2018

akibat braces

haaaaa harini nak cerita siket tentang akibat akibat dari pakai braces .. ada pros and cons yer untuk aku, tak tau lah berlaku atau tak dekat pemakai braces yang lain..

kelebihan mungkin sebab 
1. gigi dah cantikk 
2. gigi dah cantiikk
3. gigi dah cantikkkkkkk

kekurangan dia banyak dari kelebihan .. haa tu lah dulu time teen punya lah membuak buak rasa nak pakai tu sampai tak kisah apa berlaku pun , sakit aku yang tanggung cehahhh acah ko ye sekarang baru rasa , ibu cakap ko tak nak dengoo sekarang padan mukaaa rasain looo.. tapi yelah dulu gigi tak lawa asyik kena ejek, rasa down kann tu yang push untuk aku pakai jugak..

apa apa pun aku redha je sebab semua dah jadi nak tak nak kena hadap..

1.  PER PER macam mana nak sebut, rasa macam mandible ko bergesel gesel... maknanye bahagian dlm gusi ko asyik rasa bergesel je bila time makan, kalau duduk dekat ngan aku ko dengar lah cara aku makan  .. ketak ketuk ketak ketuk bunyi nye.. pernah dengo orang solat nak sujud ada bunyi bergesel tulang tak?? haa macam tulah bunyi nye... sepanjang makan ada bunyi.. kalau ada bunyi tu maknanya  kita yang merasa ni mestilah terasa kann.. haaa awal awal tu rasa macam hhmmphh maacam ni ke ko nak hadap sampai ketua farahinnn T_T

2. PER DU nak makan buah kena potong potong, mana ada aku rasa nikmat makan buah terus gigit gigit macam tu .. nak sangat pakai braces kan, hadap lahh chorr

3. PER ..... (alamak tak khatam lagi ajaran perkara nye) setiap kali makan benda keras, contohnye makan daging, bila ko tarik guna gigi terasa gigi dah lari kedepan, takut pulak rasa nyaa terus pegang gigi.. elok ke tak gigi aku ni hmmm terus dihantui begituu jadinya potong keecik kecik mudah masuk mulut, tak payah nak tarik tarik jiwa selamattt

4. kadang kadang terasa gigi macam bergerak bila kau main tolak tolak dengan lidah.. scaryy makk

nasihat sebagai bekas pemakai braces yang bukan fake braces, kalau gigi dah okay fikir fikir kan lah akibat dia yang nak kene tanggung whole life kamu, kalau gigi terabur teruk tu takpeelah kan asyik kene bahan je sapa sanggup beb .. pakai lah tapi kita kene hadap sama sama lah risiko nye.. setiap apa Allah bagi kita tuu dah cukup sempurna untuk kita. senang ada gigi kapak nak pelahap apa punn ye idokk.. sekarang gigi dah 'lembut' kena penjagaan lebih baik laa .. kita yang nak ubah ciptaan Tuhan, tanggung lah akibatnye.

bayangkan yang pakai braces hok betul pun ada consequence dia, bayangkan kalau fake braces? so untuk sesiapa yang bercadang untuk pakai fake braces, hentikan lah niat anda. silap hari bulan kene buang semua gigi, pakai gigi palsu haaaaa sayangi lah gigi anda. jangan disebabkan nak ikut trend, nak nampak cantik, rosakkan pemberian Tuhan. jaga seeloknya okay? hargai apa yang anda ada sekarang, boleh gigit gigit epal macam tu, boleh makan daging tarik tarik guna gigi depannn wahhh betapa aku rindukann semua tuu.

korang yang nak pakai fake braces kene ada sifat engineer sikit, tak pentingkan rupa tapi fungsi baik semuanya cantekkk . 

smileeeeeeeee











Tips ke Seoul Korea 5D5N


  • Plan secara tiba tiba tanpa diduga, member saja ajak jalan jalan weekend tapi ter sampai ke Seoul pulakk.. tapi disebabkan tak payah VISA, takpelah nak buat keje gila ko .  kalau kene ada visa jangan macam ni ye..
  • Tiket airasiax waktu tu rm680 return tu yang berdesup tangan membeli tiket nye. Habis class terus pergi tesco beli makanan nak bawak ke sana , cari baju yang sesuai dengan cuaca.
  • Flight duration ke sana dalam 6 jam dan lagi best kalau amik flight malam sebab boleh tidur je takdela rasa lama sangat ye dok. Paling penting bawak pen, aku dah ingat nak bawak tapi lupa hadoi dah menggagau mencari pen hahahaha
  • Oh ya, kami p musim bunga. cuaca time tu takdelah sejuk menggigil, nyaman nyaman je.. dalm 10c – 14c .  kadang kadang keluar dari guesthouse dah start panas tapi jangan ingat panas berpanjangan tau.. macam kitorg haritu pagi sampai tenghari panas, tapi bila petang pergh sejuk tetibe.. so conclusion bawak je jacket tu yer.
  • Untuk subway kat sana korang boleh download apps subway korea. Memang senang tak payah susah susah nak print out maps subway dengan bawak kehulu khilio lagi.. senang tapi battery pastikan full sebelum keluar ye. Lagi satu tambahan kitorg guna google maps .
                        

  • Wifi dekat sana tak payah risau sebab merata rata ada wifi free. Serious aku takde beli apa apa simcard atau wifi. Cuma guna public wifi. Video call mak through ws pun padu .
  • Sampai je Incheon airport, korang boleh pergi mart untuk beli t-money and topup skali berapa yang korang rasa cukup untuk perjalanan korang. Macam aku topup 25k won ja tapi lepastu tak cukup topup kat machine di subway station sana.

  • Toilet sana memang takda paip jadinya jangan lupa bawak botol kosong untuk isi air untuk kegunaan pelaburan dalam toilet nanti. Terkentut sikit pun satu tempat boleh dengarr tu tak caya cuba buat.
  • Antara makanan yang aku beli kat tesco macam biasalah brahim’s, bubur knor, Maggie(wajib), ikan bilis mak aku, dann kicap manis botol kecik yang superb (dapat dari orang kahwin)
  • Berita baik untuk yang tak boleh hidup tanpa nasi macam aku ni. Dekat korea ada jual paket nasi yang memang sedap walau dimakan begitu saja. Boleh dapatkan kat 7e takpun mart biasa biasa.. paket ni boleh jumpa daalam dua jenis size, satu bulat dan satu lagi petak sikit macam dalm gambar. Kalau yang kecik murah sikit, tak silap dalam 1.2k won.

  • Travel adapter bawak tau sebab kat sana lain plug nya.

  • Nak share waktu solat kat sana, subuh awal beb.. jaga jaga takut terbabas ni ..

  • Rasakan banana uyyu (susu) kat sana memang paduuuu kat sini mahal betul nak beli sebotol pun.. sedapp.. bawak balik rumahh tak sampai sehari dua kotak dah habis….

  • Halal food paling banyak kat itaewon, pergi sana untuk dapatkan makanan halal, citarasa orang melayu pun ada

  •  Pakai kasut yang selesa sebab jalan kat sana banyak berbukit… kasut sangat memainkan peranan.. aku pakai sport shoes ja senang.. tak sakit kaki..
                   
  • Escalator sana terbalik dengan kita tau.. kita kalau malas nak jalan berdiri belah kiri.. kalau sana belah kanan tau.. aku asyik kompius bila balik Malaysia haha
                  


Dari airport terus naik train sampai ke seoul station then tukar train ke sinseoldong station. Ada train dan station yang klasik, jalan rasa macam zaman dolu dolu. Bila train nak sampai aku asyik dibuai satu muzik yang comel ja.. haha nak rakam tak sempat.. takpe nanti kamu ke sana dengaarkan yaa..
Guesthouse aku terletak dekat dengan sinseoldong station (exit 1) . Nama guesthouse dongdaemun guesthouse, bersih dan selesa. Ada dua tingkat guesthouse tu. Memang ramai pelancong dari nusantara .jadi macam tak asing rasanya duduk kat situ. search je kat agoda mesti ada. btw ni number owner dongdaemun tu +35478492 / +0821035478492 (Noah Kang)



ni bukan gelongsor manusia ye hahahaaha ni letak je bag korang atas ni, takde susah susah nak angkut turun tangga ..





Untuk dekat train, korang kena hati hati part exit. Contoh kitorang kat sinseoldong should be keluar exit 1 untuk lebih dekat ke sinseoldong tapi ada satu hari tu tiber je nak keluar ke exit 6, ingat kan sama je rupanya dah smpai ke tempat lain pulak.. lagi lagi tak biasa dengan kawasan tu hmm gelabah biawak kt alam mana lak aku ni. So aku suggestkan kat mana pun korang pergi study exit mana jugak yang dekat untuk ke tempat tujuan korang tu ya..
Malam pertama di seoul kitorang ke cheonggyecheon stream, kitorg guna google maps untuk ke stream dari jongno 5 (o) ga station. Stream ni sepanjang 10.92km so tak hairan lah kkalau ada orang bagi arah lain lain.. banyak je station yang berdekatan dengan stream. Boleh refer map di bawah ya :
Ni antara gambar kat sana sebab malam kan, takdaa la banyak sangat gambar lawa. Ate guna kamera phone je. Tapi memang air dia jernih beb, sampai je aku dah tanya member boleh terjun tak hahah aduh

p/s: gambar dari google yang saya jumpa

Semua sporting sangat dan aku enjoy di malam yang dingin sambil layan lagu korea sambal ditemani orang dewasa menari nari dan remaja bercinggey eh ? ingat dalam drama je ke romantic gituu rupanya in real pun memang romantic awh. Single macam ni murung kesepian tengok di tepian sungai.






Tak jauh dari stream, ada gwangjang mart .. kami pergi cuci mata tengok market sana..
Esoknya kami ke nami island (wajib pergi)
Sinseoldong station (line biru pekat)  à hoegi station (tukar ke itx train)à gapyeong station
Sampai gapyeong station, tunggu dekat station bus, nampak bus aku terus tanya p nami island ke sebab ramai je naik bus tu kan.. then dia kata ya so naik terus.. bayar 6k won (tiket seharian ) so jangan hilangkan, nanti balik tunjuk je tiket bus tu .. tak payah bayar dah.last bus tak silap pukul 6.10pm.. tapi ada je taxi kalau korang nak naik taxi , rasanya taxi lagi murah kalau korang ke nami je tak pergi tempat lain. Sebab haritu terserempak dengan tourist lain dia ajak naik taxi skali sebab kalau tongtong dapat murah kan.. tapi time balik malas lah nk keluarkan duit lagi, baik tunggu bus sebab dah byr mahal kat bus waktu datang ke nami tadi..






Kalau korang yang jenis minat bunga bunga ni boleh la ke Garden of the morning calm naik shuttle bus, cantik tempat dia.. kami tak p so rasa sedey lakk.. ni tau pun sebab terjumpa aunty kat airport tu dia cerita pasal tempat ni…takpelah in shaa Allah next time.


gambar dari google

Berbalik pada nami island, tiket nak masuk skali ferry bukan lagi 8k won tapi 10k won . ada sikit gambar HAHA sikit ke masa atas ferry , atas pulau nami dan sewaktu dengannye..time pergi hujan rintik rintik perghh sejuk dia memang seghonokkk aku nikmati .. bukan selalu kann.. kalau taknak pergi naik ferry ada ja cara lain iaitu naik skyline zipwire/flyingfox . Nampak menarik kann tapi harga lagi menarikkk tak silap dalam 44k won !!





Tapi rugi aku satu ja, sebab ter naik shuttle van pusing pusing nami . kalau naik van ni dia cakap fully korea memang tak faham tapi kalau tak larat nak jalan naik la ni dan if korang pandai Bahasa korea lagi best hehe..boleh jugak kalau nak naik train kat nami island tu tapi train dia tak cover satu pulau nami.. tak silap separuh nami je.. kalau ada kekuatan jalan la satu pulau kehkeh pergh pulau boleh tahan besau .. penat jugak jalan tu weh.
Time tengah jalan ada Nampak budak kembar dengan kakak dia berlari berkejaran .. mula lah berangann aku .. comel nyaa
Mengena time kitorg p tu hari kanak kanak jadinya situ ada buat show la so kami layanzzzzzzzz
Octopus bibimbap aku tak jumpa so makan kat Asian cuisine waktu kat nami. Apa ko makan tu lah ko bayar.. takde service charge mahupun gst xp
Lepas perut kenyang sambung jalan , lighting on point gilaaa jadi selfie 12323543 kali k tadi dah share udoh udoh ler

Hari ketiga kami p ewha womans university di ewha station keluar exit 2/3 pastu jalan terus je dan jumpa terus university tu… eloklah kome bergambo…dah habis pusing satu university, kami p sinchon area memang boleh la kalau nak shopping baju yang kerlass gituu tapi harga quite pricy . tempat dia lebih kurang macam jalan tar la..apa yang aku gemar betul kat sini ialahh stocking diaaaaaaa sebab harga 1k won jeeeeee sepasang.. nak p sini jalan kaki je dari ewha .. pastu terus jalan kaki ke hongdae cari makan and cuci mataa lagi..

waktu dekat ewha, ada terjumpa dua orang lelaki Malaysia, sempat lah bersembang.. diorang ada bgtau satu info tentang scam di dongdaemun design plaza, diorang perhatikan ada satu group yang akan aimed tourist untuk culture event diaorang kat situ, meaning diorang akan bg pakai baju hanbok free so mostly tourist akan tertarik tapi dah selesai pakai diorang mintak derma. bila dah bagi sekeping duit, diorang cakap kalau bagi sekeping macam tak elok so kene bagi more than sekeping.. padahal tadi kata nak bg pakai free, bila dah pakai patutnya derma se ikhlas hati lah kan? im not very sure pasal culture sana tapi ni mcm scam je, correct me if im wrong?.. so kena hati hati lah.. and yess waktu p DDP mmg ada jumpa tapi kami cakap ja dah pakai dah hanbok ..






boleh try ni cinnamon chocolate churro


bungaaaaaaaaaaaa aduhhh favvv

comel comell semuaaaaa tapi kena tahan nafsuuuu....




Dah habis jalan terus p ke gyeongbokgung palace di gyeongbokgung station(line oren) exit 5 jalan terus nampak palace. Fees nak masuk dalam palace 3k won and sewa baju tradisional korea (hanbok) boleh dapatkan kat luar palace.. aku sewa dekat seberang palace.. mula mula tu tertanya gak kat mana nak sewa .. last last ikut orang yang pakai  hanbok tu mana dia p.. akhirnya jumpaa gak.. dekat dengan palace je..ada banyak banyak kedai.. harga sekali sewa 10k won








Habis kat palace kami jalan kaki ke insadong untuk beli souvenir ..dah habis ke myeondong pulak.. ni syurga kosmetik dan skincare. Boleh la habis kan duit kat sini hahaha. makanan halal pun banyak jumpa kat sini.. kalau nak p myeondong boleh berenti di euljiro 1 (il) ga exit 6.



Hari keempat kami ke itaewonn .. tujuan adalah untuk pergi seoul central mosque dan cari halal fooddddddddddddd ! sini memang banyak halal food.. mart yang jual halal food pun ada, restaurant.. siap pasang lagu zamani lagi.. uncle korea tu pun boleh nyanyi lagu zamani.. ko rasa !! hahahahaha seronok pulak aku kat situuu…






mesin atm kat luar kedai?

eh nak masukkan gambar aku jugak xp







Waktu dekat masjid, ada sorang lelaki korea datang bagi bunga dekat aku for no reason, and dia bgtau yang dia tengah belajar al quran siap tunjuk kat aku al quran dia… tapi belum convert to islam tetibe aku rasa sebak..moga Allah beri dia hidayah satu hari nanti.



Time makan kat itaewon kami pilih untuk makan pizza.. korang patut try makan bulgogi pizza dengan sauce dia.. memang superb beb . alhamdulillah rezeki ada hamba Allah belanja makan untuk hari tu…

makan dengan sauce ni memang superb beb!

extra ice cream for us! yeyyy


Lepas jalan jalan di itaewon, kami ke hanok village.. memang lawa tempat dia..sebenarnya dari palace gyeongbokgung dah dekat nak g hanok tau..so depends pada korang nak aturkan perjalan korang macam mana ya.. haa kalau korang nak sewa hanbok kat sini pun ok bergambar dengan hanbok kat sini..harga pun sama ja 10k won..







Dah habis jalan kat hanok village, kami p dongdaemun design plaza sampai la ke malam..








Hari kelima cuma ke lotte outlet then prepare untuk fly ke rumah semulaaa..macam macam experience yang aku dapat time di korea .. ni yang rasa nak pergi travel lagiiiiii nak cari pengalaman .. banyak orang orang baik yang Allah hadirkan sepanjang aku di Korea.. moga Allah berikan ganjaran buat mereka .. dan aku yakin ni semua berkat doa dari mak aku juga… alhamdulillah ya Allah..

ko bayangkan sebab fobia tertinggal bas seperti trip sebelum sebelum ni, dari tengahari 12pm sampai 12am mereput dekat incheon airport kahkahkahkah gila kentang bebbbbbbbb yelah kalau tertinggal flght mampus nak bayar hahahaahahahahahahaha so sebagai langkah berjaga jaga nak taknak secara terpaksa tidur makan semua lah kat airport..

*untuk video boleh tgk dekat twitter saya ye frhn.7

Much love,
farahin