ambik flight awal pagi (tiket aku beli mahal sebab bukan time promo), time promo boleh dapat rm140++ return
sampai brunei sewa kereta dengan Green Matrix Rasyid Masran
Rasyid Masran (boleh cari nama ni kat facebook)
tel no: +673 888 4769
harga kereta: rm300 untuk 3 hari
jenis kereta: vios
kereta kami bawa tiptop, pastikan minyak full balik bila nak return ya, harga minyak kat sana murah.
Actually dia pun orang Malaysia jadi tak ada masalah.. dan kalau kau rasa nak minta dia suggest tempat makan best ke apa boleh whatsapp je dia..
jalan kat sana sangat tenang ya bukan macam kl sesakkk alamakkk hahaha rasa nak tinggal sana terus gitu. jalan pun tak banyak simpang siur, guna waze je memang mudah. kitorang jugak dinasihatkan untuk tak bagi horn sesuka hati sebab kat sana tak suka horn ya.
kami test la satu hari bawak lane kanan tapi slow, tapi orang belakang takde cucuk ke, high bam ke malah horn pun takk okkk
jadinya, duduk sana kena banyak bersabar mungkin hehe ... al kisah kat traffic light lampu dah hijau tapi kereta depan tak jalan jalan.. berfikir sampai hangus kami nak horn ke tak.. pastu dah merah balik pastu hijau baru kereta depan jalan.. pergh macam uji kesabaran bukann
ok simcard kat sana kitrang sewa dari Rasyid Masran 9BND . buka hotspot share ramai ramai..Memang tak disarankan untuk beli.
rate waktu aku tukar kat 3.04 BND di avenue K (AntaraDuit) sebab aku baca review situ murah so why not.
aku tukar dalam 170 BND and kat sana ak guna dalam 100 BND sahaja. mungin hotel kat sana mahal sikit tapi makan sana murah yaa!
makanan sana yangg wajib try nasi katok . makan pagi aku dalam BND2 saja. Ada free time memag kena p pasar gadong sebab banyak pilihan makanan!
kat sana takda bangunan pencakar langit. memang kat sana untuk relax saja. enjoy
penginapan kami di easybox budget hotel (not recommended) sebab bilik dia kecik sangat memang box sungguh, nak masuk bilik air pun kena mengiring beb pastu tak boleh tunduk sebab tak muat, haa kau bayangkan.. iron sana ada tapi tak function langsung. serious aku bagi 1/10. tapi dah kata box + budgt memang itulah kualiti nya. apa yang aku expect kan hahaha kalau korang nak ras tido dalm kotak boleh la try this hotel
harga: 21BND (2 night)
Brunei sebuah negara yang kecil, Rasyid bgtau ambik masa 2 jam dah pergi penghujung BN gitu.. dah sampai Miri, Sarawak.
28/06/2019
- flight 0630 sampai BN 0905
- kereta memang amik di airport brunei
- kami ke royal regalia museum
entrace free, tapi kat depan dah kena simpan bag dalm locker, dalam tu banyak sejarah tentang kesultanan Brunei. Untuk hari jumaat, dia tutup 2 jam start dari 1130 untuk solat jumaat. bukan tempat ni ja tapi kedai makan pun ya.. kebetulan kami datang hari jumaat, waktu antara solat jumaat tu memang sunyi habis.. nak makan pun takde kedai bukak.. so kami lepak dalam hotel, 1330 baru start keluar cari makan
- lunch di Aminah Arif Restaurant
kami try ambuyat kat sini, choose yang beginner punya ambuyat so lauk takdela banyak.. ambuyat ni ada banyak lauk. kami makan ambuyat rasa macam tepung jagung yang liat tu tapi panas panas makan sedap je dengan kuah cicah dia (sambal + tempoyak + limau nipis) . Air masak percuma, amik dari coway. sebelum tunggu kedai buka, kami ke shared tea sebaris dengan kedai aminah, beli boba tea kehkeh tapi takleh lawan tealive.
- Istana Nurul Iman
takde masuk pun, sekadar ambik gambar depan pintu pagar je mampu hehe
- Masjid Omar Ali Saifuddin
kereta kami park seberang masjid, bayar 2BND. Pagar Bahtera Mahligai tak dapat masuk sebab dia bukak pukul 6pm
- The Empire Hotel & Country Club Jerudong
korang wajib datang sini untuk tengok matahari terbenam. sumpah lawa teruks. hotel dia pun memang superb.
- Pasar Malam Gadong
cari makan malam.
29/06/2019
- Breakfast Nasi Lemak Klasik di Berakas (1BND) air teh ais (1BND)
- Boat tour di Kampung Ayer
boleh tengok cara kehidupan di sana, boat ni macam taxi kat sana untuk orang awam ke darat, otw nak ke mangrove ada lalu istana nurul iman di bahagian belakang, kat situ pun ada boat persendirian. dia akan berhentikan dekat satu museum jugak nanti so boleh tengok tengok dan ambil gambar di perkampungan situ
- masjid hassanil bolkiah
- lunch di soto babu nini di Kampung Mentiri
makanan sedap, perembahan air minum dia sangat memukau and pemandangan dia paling cun beb. boleh tengok laut sambil makan.. and tak terlepas untuk ambik gambar dekat titi.
- Yayasan Sultab Haji Hassanal Bolkiah
beli souvenir kat sini. baju, keychain. harga baju kat situ macam kat Brands Outlet gitu. tak mahal sangat
- Sugarbun
fastfood macam mcD jugak, aku beli burger kat situ sebab dah lapar teroks.. nasib sedapp hehehe
- Jollibee
spagethi dia memang sedap beb so try la makann, air milo macam mekdi sedappp
- isi minyak
beratur wweh kereta nak isi minyak memang panjang, malam tu siap drive thru lagi tengok orang isi minyak, kereta tak matikan njin, smpai pam, orang yang jaga pam tu isikan, bayar kat dia pastu terus jalan.. macam drive thru kann hehe.. tapi kitorang still matikan enjin.. meletop kang sia sia
30/06/2019
balik ke KL
waktu kami p sana masih lagi bulan raya, memang jarang kau tengok kat Malaysia orang pakai baju melayu beserta sampin untuk raya hari lain selain dari hari raya pertama, tapi kat sana mana pergi pun jumpa lelaki pakai satu set baju melayu, memang alahai rasa comeiii je, peramah jugak orang sana, smpai yang jaga kat imigresen tu pun ramah sangat bercerita pasal trip aku kt Brunei.. lama pulak tu macam sembang kedai kopi.. member ingat aku dah kene tahan sebab apa la kan.. rupanya bersembang je hahaha
tulisan sana mostly banyak guna perkataan jawi dan rasa dia saling tak tumpah macam Malaysia.
tapi pengalaman kat sana pun menarikk Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment