- Plan secara tiba tiba tanpa diduga, member saja ajak jalan jalan weekend tapi ter sampai ke Seoul pulakk.. tapi disebabkan tak payah VISA, takpelah nak buat keje gila ko . kalau kene ada visa jangan macam ni ye..
- Tiket airasiax waktu tu rm680 return tu yang berdesup tangan membeli tiket nye. Habis class terus pergi tesco beli makanan nak bawak ke sana , cari baju yang sesuai dengan cuaca.
- Flight duration ke sana dalam 6 jam dan lagi best kalau amik flight malam sebab boleh tidur je takdela rasa lama sangat ye dok. Paling penting bawak pen, aku dah ingat nak bawak tapi lupa hadoi dah menggagau mencari pen hahahaha
- Oh ya, kami p musim bunga. cuaca time tu takdelah sejuk menggigil, nyaman nyaman je.. dalm 10c – 14c . kadang kadang keluar dari guesthouse dah start panas tapi jangan ingat panas berpanjangan tau.. macam kitorg haritu pagi sampai tenghari panas, tapi bila petang pergh sejuk tetibe.. so conclusion bawak je jacket tu yer.
- Untuk subway kat sana korang boleh download apps subway korea. Memang senang tak payah susah susah nak print out maps subway dengan bawak kehulu khilio lagi.. senang tapi battery pastikan full sebelum keluar ye. Lagi satu tambahan kitorg guna google maps .

- Wifi dekat sana tak payah risau sebab merata rata ada wifi free. Serious aku takde beli apa apa simcard atau wifi. Cuma guna public wifi. Video call mak through ws pun padu .
- Sampai je Incheon airport, korang boleh pergi mart untuk beli t-money and topup skali berapa yang korang rasa cukup untuk perjalanan korang. Macam aku topup 25k won ja tapi lepastu tak cukup topup kat machine di subway station sana.
- Toilet sana memang takda paip jadinya jangan lupa bawak botol kosong untuk isi air untuk kegunaan pelaburan dalam toilet nanti. Terkentut sikit pun satu tempat boleh dengarr tu tak caya cuba buat.
- Antara makanan yang aku beli kat tesco macam biasalah brahim’s, bubur knor, Maggie(wajib), ikan bilis mak aku, dann kicap manis botol kecik yang superb (dapat dari orang kahwin)
- Berita baik untuk yang tak boleh hidup tanpa nasi macam aku ni. Dekat korea ada jual paket nasi yang memang sedap walau dimakan begitu saja. Boleh dapatkan kat 7e takpun mart biasa biasa.. paket ni boleh jumpa daalam dua jenis size, satu bulat dan satu lagi petak sikit macam dalm gambar. Kalau yang kecik murah sikit, tak silap dalam 1.2k won.
- Travel adapter bawak tau sebab kat sana lain plug nya.
- Nak share waktu solat kat sana, subuh awal beb.. jaga jaga takut terbabas ni ..
- Rasakan banana uyyu (susu) kat sana memang paduuuu kat sini mahal betul nak beli sebotol pun.. sedapp.. bawak balik rumahh tak sampai sehari dua kotak dah habis….
- Halal food paling banyak kat itaewon, pergi sana untuk dapatkan makanan halal, citarasa orang melayu pun ada
- Pakai kasut yang selesa sebab jalan kat sana banyak berbukit… kasut sangat memainkan peranan.. aku pakai sport shoes ja senang.. tak sakit kaki..

- Escalator sana terbalik dengan kita tau.. kita kalau malas nak jalan berdiri belah kiri.. kalau sana belah kanan tau.. aku asyik kompius bila balik Malaysia haha

Dari airport terus naik train sampai ke
seoul station then tukar train ke sinseoldong station. Ada train dan station
yang klasik, jalan rasa macam zaman dolu dolu. Bila train nak sampai aku asyik
dibuai satu muzik yang comel ja.. haha nak rakam tak sempat.. takpe nanti kamu
ke sana dengaarkan yaa..
Guesthouse aku terletak dekat dengan sinseoldong
station (exit 1) . Nama guesthouse dongdaemun guesthouse, bersih dan selesa.
Ada dua tingkat guesthouse tu. Memang ramai pelancong dari nusantara .jadi
macam tak asing rasanya duduk kat situ. search je kat agoda mesti ada. btw ni number owner dongdaemun tu +35478492 / +0821035478492 (Noah Kang)
ni bukan gelongsor manusia ye hahahaaha ni letak je bag korang atas ni, takde susah susah nak angkut turun tangga ..
Untuk dekat train, korang kena hati hati
part exit. Contoh kitorang kat sinseoldong should be keluar exit 1 untuk lebih
dekat ke sinseoldong tapi ada satu hari tu tiber je nak keluar ke exit 6, ingat
kan sama je rupanya dah smpai ke tempat lain pulak.. lagi lagi tak biasa dengan
kawasan tu hmm gelabah biawak kt alam mana lak aku ni. So aku suggestkan kat
mana pun korang pergi study exit mana jugak yang dekat untuk ke tempat tujuan
korang tu ya..
Malam pertama di seoul kitorang ke
cheonggyecheon stream, kitorg guna google maps untuk ke stream dari jongno 5
(o) ga station. Stream ni sepanjang 10.92km so tak hairan lah kkalau ada orang
bagi arah lain lain.. banyak je station yang berdekatan dengan stream. Boleh
refer map di bawah ya :
Ni antara gambar kat sana sebab malam kan,
takdaa la banyak sangat gambar lawa. Ate guna kamera phone je. Tapi memang air
dia jernih beb, sampai je aku dah tanya member boleh terjun tak hahah aduh
p/s: gambar dari google yang saya jumpa
Semua sporting sangat dan aku enjoy di
malam yang dingin sambil layan lagu korea sambal ditemani orang dewasa menari
nari dan remaja bercinggey eh ? ingat dalam drama je ke romantic gituu rupanya
in real pun memang romantic awh. Single macam ni murung kesepian tengok di
tepian sungai.
Tak jauh dari stream, ada gwangjang mart ..
kami pergi cuci mata tengok market sana..
Esoknya kami ke nami island (wajib pergi)
Sinseoldong station (line biru pekat) à hoegi
station (tukar ke itx train)à gapyeong station
Sampai gapyeong station, tunggu dekat
station bus, nampak bus aku terus tanya p nami island ke sebab ramai je naik
bus tu kan.. then dia kata ya so naik terus.. bayar 6k won (tiket seharian ) so
jangan hilangkan, nanti balik tunjuk je tiket bus tu .. tak payah bayar
dah.last bus tak silap pukul 6.10pm.. tapi ada je taxi kalau korang nak naik
taxi , rasanya taxi lagi murah kalau korang ke nami je tak pergi tempat lain.
Sebab haritu terserempak dengan tourist lain dia ajak naik taxi skali sebab
kalau tongtong dapat murah kan.. tapi time balik malas lah nk keluarkan duit
lagi, baik tunggu bus sebab dah byr mahal kat bus waktu datang ke nami tadi..
Kalau korang yang jenis minat bunga bunga ni boleh la ke Garden of the morning calm naik shuttle bus, cantik tempat
dia.. kami tak p so rasa sedey lakk.. ni tau pun sebab terjumpa aunty kat
airport tu dia cerita pasal tempat ni…takpelah in shaa Allah next time.
gambar dari google
Berbalik pada nami island, tiket nak masuk
skali ferry bukan lagi 8k won tapi 10k won . ada sikit gambar HAHA sikit ke
masa atas ferry , atas pulau nami dan sewaktu dengannye..time pergi hujan
rintik rintik perghh sejuk dia memang seghonokkk aku nikmati .. bukan selalu
kann.. kalau taknak pergi naik ferry ada ja cara lain iaitu naik skyline
zipwire/flyingfox . Nampak menarik kann tapi harga lagi menarikkk tak silap
dalam 44k won !!
Tapi rugi aku satu ja, sebab ter naik
shuttle van pusing pusing nami . kalau naik van ni dia cakap fully korea memang
tak faham tapi kalau tak larat nak jalan naik la ni dan if korang pandai Bahasa
korea lagi best hehe..boleh jugak kalau nak naik train kat nami island tu tapi
train dia tak cover satu pulau nami.. tak silap separuh nami je.. kalau ada
kekuatan jalan la satu pulau kehkeh pergh pulau boleh tahan besau .. penat
jugak jalan tu weh.
Time tengah jalan ada Nampak budak kembar
dengan kakak dia berlari berkejaran .. mula lah berangann aku .. comel nyaa
Mengena time kitorg p tu hari kanak kanak
jadinya situ ada buat show la so kami layanzzzzzzzz
Octopus bibimbap aku tak jumpa so makan kat
Asian cuisine waktu kat nami. Apa ko makan tu lah ko bayar.. takde service
charge mahupun gst xp
Lepas perut kenyang sambung jalan ,
lighting on point gilaaa jadi selfie 12323543 kali k tadi dah share udoh udoh ler
Hari ketiga kami p ewha womans university
di ewha station keluar exit 2/3 pastu jalan terus je dan jumpa terus university
tu… eloklah kome bergambo…dah habis pusing satu university, kami p sinchon area
memang boleh la kalau nak shopping baju yang kerlass gituu tapi harga quite
pricy . tempat dia lebih kurang macam jalan tar la..apa yang aku gemar betul kat sini ialahh stocking diaaaaaaa sebab harga 1k won jeeeeee
sepasang.. nak p sini jalan kaki je dari ewha .. pastu terus jalan kaki ke
hongdae cari makan and cuci mataa lagi..
waktu dekat ewha, ada terjumpa dua orang lelaki Malaysia, sempat lah bersembang.. diorang ada bgtau satu info tentang scam di dongdaemun design plaza, diorang perhatikan ada satu group yang akan aimed tourist untuk culture event diaorang kat situ, meaning diorang akan bg pakai baju hanbok free so mostly tourist akan tertarik tapi dah selesai pakai diorang mintak derma. bila dah bagi sekeping duit, diorang cakap kalau bagi sekeping macam tak elok so kene bagi more than sekeping.. padahal tadi kata nak bg pakai free, bila dah pakai patutnya derma se ikhlas hati lah kan? im not very sure pasal culture sana tapi ni mcm scam je, correct me if im wrong?.. so kena hati hati lah.. and yess waktu p DDP mmg ada jumpa tapi kami cakap ja dah pakai dah hanbok ..
waktu dekat ewha, ada terjumpa dua orang lelaki Malaysia, sempat lah bersembang.. diorang ada bgtau satu info tentang scam di dongdaemun design plaza, diorang perhatikan ada satu group yang akan aimed tourist untuk culture event diaorang kat situ, meaning diorang akan bg pakai baju hanbok free so mostly tourist akan tertarik tapi dah selesai pakai diorang mintak derma. bila dah bagi sekeping duit, diorang cakap kalau bagi sekeping macam tak elok so kene bagi more than sekeping.. padahal tadi kata nak bg pakai free, bila dah pakai patutnya derma se ikhlas hati lah kan? im not very sure pasal culture sana tapi ni mcm scam je, correct me if im wrong?.. so kena hati hati lah.. and yess waktu p DDP mmg ada jumpa tapi kami cakap ja dah pakai dah hanbok ..
boleh try ni cinnamon chocolate churro
bungaaaaaaaaaaaa aduhhh favvv
comel comell semuaaaaa tapi kena tahan nafsuuuu....
Dah habis jalan terus p ke gyeongbokgung
palace di gyeongbokgung station(line oren) exit 5 jalan terus nampak palace.
Fees nak masuk dalam palace 3k won and sewa baju tradisional korea (hanbok) boleh
dapatkan kat luar palace.. aku sewa dekat seberang palace.. mula mula tu
tertanya gak kat mana nak sewa .. last last ikut orang yang pakai hanbok tu mana dia p.. akhirnya jumpaa gak..
dekat dengan palace je..ada banyak banyak kedai.. harga sekali sewa 10k won
Habis kat palace kami jalan kaki ke
insadong untuk beli souvenir ..dah habis ke myeondong pulak.. ni syurga
kosmetik dan skincare. Boleh la habis kan duit kat sini hahaha. makanan halal
pun banyak jumpa kat sini.. kalau nak p myeondong boleh berenti di euljiro 1
(il) ga exit 6.
Hari keempat kami ke itaewonn .. tujuan
adalah untuk pergi seoul central mosque dan cari halal fooddddddddddddd ! sini
memang banyak halal food.. mart yang jual halal food pun ada, restaurant.. siap
pasang lagu zamani lagi.. uncle korea tu pun boleh nyanyi lagu zamani.. ko rasa
!! hahahahaha seronok pulak aku kat situuu…
mesin atm kat luar kedai?
eh nak masukkan gambar aku jugak xp
Waktu dekat masjid, ada sorang lelaki korea
datang bagi bunga dekat aku for no reason, and dia bgtau yang dia tengah
belajar al quran siap tunjuk kat aku al quran dia… tapi belum convert to islam
tetibe aku rasa sebak..moga Allah beri dia hidayah satu hari nanti.
Time makan kat itaewon kami pilih untuk
makan pizza.. korang patut try makan bulgogi pizza dengan sauce dia.. memang
superb beb . alhamdulillah rezeki ada hamba Allah belanja makan untuk hari tu…
makan dengan sauce ni memang superb beb!
extra ice cream for us! yeyyy
Lepas jalan jalan di itaewon, kami ke hanok
village.. memang lawa tempat dia..sebenarnya dari palace gyeongbokgung dah dekat nak g hanok tau..so depends pada korang nak aturkan perjalan korang macam mana ya.. haa kalau korang nak sewa hanbok kat sini
pun ok bergambar dengan hanbok kat sini..harga pun sama ja 10k won..
Hari kelima cuma ke lotte outlet then
prepare untuk fly ke rumah semulaaa..macam macam experience yang aku dapat time
di korea .. ni yang rasa nak pergi travel lagiiiiii nak cari pengalaman ..
banyak orang orang baik yang Allah hadirkan sepanjang aku di Korea.. moga Allah
berikan ganjaran buat mereka .. dan aku yakin ni semua berkat doa dari mak aku
juga… alhamdulillah ya Allah..
ko bayangkan sebab fobia tertinggal bas seperti trip sebelum sebelum ni, dari tengahari 12pm sampai 12am mereput dekat incheon airport kahkahkahkah gila kentang bebbbbbbbb yelah kalau tertinggal flght mampus nak bayar hahahaahahahahahahaha so sebagai langkah berjaga jaga nak taknak secara terpaksa tidur makan semua lah kat airport..
*untuk video boleh tgk dekat twitter saya ye frhn.7
ko bayangkan sebab fobia tertinggal bas seperti trip sebelum sebelum ni, dari tengahari 12pm sampai 12am mereput dekat incheon airport kahkahkahkah gila kentang bebbbbbbbb yelah kalau tertinggal flght mampus nak bayar hahahaahahahahahahaha so sebagai langkah berjaga jaga nak taknak secara terpaksa tidur makan semua lah kat airport..
*untuk video boleh tgk dekat twitter saya ye frhn.7
Much love,
farahin



























































No comments:
Post a Comment