Thursday, 25 July 2019

ubat cacing



benda pelik sebab aku dah lama tak makan ubat cacing yang sepatutnya kita makan setahun sekali ya. aku nak makan pun takut bila macam macam cerita kata nanti cacing keluar panjang la apa la tapi aku gigihkan diri beli sebabkan kawan mempengaruhi suruh beli.

Image result for champs d worm
aku beli ubat cacing champs. rasa coklat je ada dua tablet kunyah kunyah dan telan . semudah abc, ni sesuai untuk budak budak jugak sebab tu dia ada perisa dan packaging dia comel.

sapa yang macam aku, marilah rajinkan diri untuk beli ya, ada jual kat watson harga rm7 lebih macam tu tak silap. mari sihat bersama sama kehkeh laburkan duit setahun sekali


gastrik tiba tiba menyerang

beberapa bulan sebelum ni aku disahkan ada gastrik. Allahu.

macam mana tau ada gastrik ni?  HAHA at first, aku memang tak terfikir aku kena gastrik. sebab aku sakit kat kawasan dada, bila buat aktiviti sukan sakit dada melampau and rasa tight chest.aku dah mula terfikir, aku ni kena sakit jantung ke. risau jugak, takleh dibiarkan aku gagahkan diri pergi klinik buat check-up walaupun aku takut sangat sangat. first pergi klinik doktor dah cakap kena gastrik and bagi ubat tapi tak berkesan beb, sakit tu masih lagi.... and aku pergi klinik kesihatan pulak makan ubat sana and jaga makan baru berkesan. Alhamdulillah, menjadi pastu aku tak teruskan makan ubat sebab ubat tu pun bila perlu sahaja. Nama ubat tu Ranitidine. ubat kapsule and memang berkesan dari ubat magnesium yang air macam gaviscon tu. untuk aku, bila pedih ulu hati and terasa macam angin penuh sangat satu badan, aku amik magnesium akan ok and tidur malam.. angin tepu rasa tak lepas ni memang sumpah tak boleh tidur.. ok sekarang aku rasa ni. tu yang teringat nak share,

sakit dada tu dia boleh tidur malam tapi seharian kau asyik sakit dada mmang takleh bawak bincang jugak kan.

antara rasa sakit yang aku rasa time gastrik:
1. sakit dada/ tight chest
2. badan rasa penuh angin bukan hanya perut
3. rasa nak muntah
4. cirit birit
5. angin tak lepas kat dada/ulu hati
6. rasa berasid je kat tekak (rasa macam lepas muntah)

so doktor pesan, jangan makan pedas jangan makan benda berminyak dan jangan skip meals. thats it. so aku jaga makan, takde ambik makan berminyak and pedas, makan meang on time. siap download apps reminder untuk makan sebab aku ni selalu lupa makan tu lah antara faktor. ayam tu aku macam bakar letak minyak  zaitun sikit gitu, makan bubur, sushi, kenny rogers . tapi tulah, healthy food ni mahal beb, menangis nak beli semua semua ni hari hari.. pergi giant pun start beli oat, buah and sayur.

sekarang ni bangun pagi je kena terus makan baru boleh mandi and mengemas ke apa. kalau mandi sebelum makan, memang lapar dia perghh... sebab tu aku perlukan biskut atau buah untuk isi perut pagi and pagi tu kalau boleh aku makan banyak and heavy kalau tak pukul 8 makan, pukul 11 dah menggigil.  memang sekarang tak boleh lebih 3 jam perut tak isi apa apa mesti lapar lain macam , so kena makan kerap. haha mula mula rasa leceh jugak nak adakan makanan ni. lagi lagi dah time travel...ayoyo tapi sebaiknya aku makan setiap dua jam dengan benda ringan sementara nak makan time lunch atau dinner so takde perut kosong tibe je menggigil..

antara makanan yang mengenyangkan bagi aku is pisang . serious kalau pagi sebelum nak buat breakfast, makan pisang memang terbaik.. ada energy then boleh start masak untuk makan benda yang lebih berat.
antara yang lain, makan madu, bayam, mango, ikan, sup pun boleh melegakan. mak aku selalu buatkan air rebusan nasi, rebus air lebih sikit waktu masak nasi, bila dah menggelegak, kau amik air yang lebh kau rebus and campur garam kasar (cari yang garam bentuk panjang) then minum, dulu try amalkan menjadi. and minum air halia. ada aku tengok satu video, dia kata minum air kelapa pun ok and makan blueberry, so aku dah beli and nak try.. hope sedap lah hahaha

roti tak pernah buat aku kenyang . serious, kalau time tak kena serangan ni ok ja kenyang tapi bila tengah kena memang tak bolehh .. dia rasa macam kau tak makan pape.

antara makanan yang aku elak bila sakit tapi bila dah rasa macam badan dalam keadaan stabil, aku minum/makan tu pun 2 minggu sekali?  :
1. kopi
2.teh (fav aku teh aisss hm sedih
3. pedas
4. laksa
5. jeruk (memang takde makan dah, in future taktau)

mostly makanan fav aku memang dah tak boleh makan......teh ais, laksa, jeruk, ayam penyet .......

makanan yang buat aku keliru,
1. susu, sebab doc awal aku jumpa dia kata minum susu kalau rasa sakit, bila jumpa yang paling latest kata kalau boleh elakkan.
2. telur
3. bawang putih
2 &3 ni aku banyak baca blog jugak, ada yang kata boleh ada yang kata tak boleh .. ragu ragu.
4. kacang, sebab kena nak dekat raya aku banyak makan kuah kacang tapi so far ok alhamdulillah
5. bihun, aku jadi takut nak makan sebab ada kata bila makan menjadi sakit tapi  hm entahla. aku kejap makan kejap ragu ragu hahaha sebab bila ada event apa apa aku masuk selalu bagi bihun haha bila tak makan kang lapar sangat pun kena gastrik. makan pun nanti sakit macam mana? hahaha dalam dilema.


antara faktor kena gastrik:
1. sebab suka skip meals
2. suka makan pedas
3. stresss

tiga tiga ni memang favourite aku la sepanjaang masa lagi lagi time final tu gastrik datang serang.. susah nak atasi.. tapi part stress ni memang ya. tadi aku dengar talk ni dia cakap dia kena serangan jantung disebabkan stress, kena tebuk apa semua tapi after a year jumpa doktor, dia cakap takda sakit jantung pun. aik tak ke pelik. tapi dia kata tulah stress ni memang boleh menyebabkan macam macam penyakit. aku diserang gastrik lagi this time around sebab stress.. ye weehhhh mula macam tak percaya tapi ya, bila kau try avoid stress dia macam makin baik pulak. magic haha tapi life kan manada tak stress so gastrik ni will come menghantui hahaha tapi aku pun sekarang cuba belajar cara terbaik untuk atasi stress.

kalau korang ada apa apa petua ataupun apa apa nak share pasal gastrik boleh comment below so kita boleh kongsi kongsi ilmu.


Sunday, 30 June 2019

Brunei

28/06/2019 - 30/06/2019

ambik flight awal pagi (tiket aku beli mahal sebab bukan time promo), time promo boleh dapat rm140++ return

sampai brunei sewa kereta dengan Green Matrix Rasyid Masran
Rasyid Masran (boleh cari nama ni kat facebook) 
tel no: +673 888 4769
harga kereta: rm300 untuk 3 hari 
jenis kereta: vios 
kereta kami bawa tiptop, pastikan minyak full balik bila nak return ya, harga minyak kat sana murah.
Actually dia pun orang Malaysia jadi tak ada masalah.. dan kalau kau rasa nak minta dia suggest tempat makan best ke apa boleh whatsapp je dia..


jalan kat sana sangat tenang ya bukan macam kl sesakkk alamakkk hahaha rasa nak tinggal sana terus gitu. jalan pun tak banyak simpang siur, guna waze je memang mudah. kitorang jugak dinasihatkan untuk tak bagi horn sesuka hati sebab kat sana tak suka horn ya.

kami test la satu hari bawak lane kanan tapi slow, tapi orang belakang takde cucuk ke, high bam ke malah horn pun takk okkk

jadinya, duduk sana kena banyak bersabar mungkin hehe ... al kisah kat traffic light lampu dah hijau tapi kereta depan tak jalan jalan.. berfikir sampai hangus kami nak horn ke tak.. pastu dah merah balik pastu hijau baru kereta depan jalan.. pergh macam uji kesabaran bukann

ok simcard kat sana kitrang sewa dari Rasyid Masran 9BND . buka hotspot share ramai ramai..Memang tak disarankan untuk beli.

rate waktu aku tukar kat 3.04 BND di avenue K (AntaraDuit) sebab aku baca review situ murah so why not.

aku tukar dalam 170 BND and kat sana ak guna dalam 100 BND sahaja. mungin hotel kat sana mahal sikit tapi makan sana murah yaa! 

makanan sana yangg wajib try nasi katok . makan pagi aku dalam BND2 saja. Ada free time memag kena p pasar gadong sebab banyak pilihan makanan!





kat sana takda bangunan pencakar langit. memang kat sana untuk relax saja. enjoy

penginapan kami di easybox budget hotel (not recommended) sebab bilik dia kecik sangat memang box sungguh, nak masuk bilik air pun kena mengiring beb pastu tak boleh tunduk sebab tak muat, haa kau bayangkan.. iron sana ada tapi tak function langsung. serious aku bagi 1/10. tapi dah kata box + budgt memang itulah kualiti nya. apa yang aku expect kan hahaha kalau korang nak ras tido dalm kotak boleh la try this hotel
harga: 21BND (2 night)

Brunei sebuah negara yang kecil, Rasyid bgtau ambik masa 2 jam dah pergi penghujung BN gitu.. dah sampai Miri, Sarawak.

28/06/2019

  • flight 0630 sampai BN 0905
  • kereta memang amik di airport brunei 
bayar parking 1BND saja, jadi korang kenalah tukar duit kecik siap siap.
  • kami ke royal regalia museum
entrace free, tapi kat depan dah kena simpan bag dalm locker, dalam tu banyak sejarah tentang kesultanan Brunei.  Untuk hari jumaat, dia tutup 2 jam start dari 1130 untuk solat jumaat. bukan tempat ni ja tapi kedai makan pun ya.. kebetulan kami datang hari jumaat, waktu antara solat jumaat tu memang sunyi habis.. nak makan pun takde kedai bukak.. so kami lepak dalam hotel, 1330 baru start keluar cari makan



  • lunch di Aminah Arif Restaurant
kami try ambuyat kat sini, choose yang beginner punya ambuyat so lauk takdela banyak.. ambuyat ni ada banyak lauk. kami makan ambuyat rasa macam tepung jagung yang liat tu tapi panas panas makan sedap je dengan kuah cicah dia (sambal + tempoyak + limau nipis) . Air masak percuma, amik dari coway. sebelum tunggu kedai buka, kami ke shared tea sebaris dengan kedai aminah, beli boba tea kehkeh tapi takleh lawan tealive.


  • Istana Nurul Iman
takde masuk pun, sekadar ambik gambar depan pintu pagar je mampu hehe

  • Masjid Omar Ali Saifuddin
kereta kami park seberang masjid, bayar 2BND. Pagar Bahtera Mahligai tak dapat masuk sebab dia bukak pukul 6pm


  • The Empire Hotel & Country Club Jerudong
korang wajib datang sini untuk tengok matahari terbenam. sumpah lawa teruks. hotel dia pun memang superb.






  • Pasar Malam Gadong
cari makan malam.


29/06/2019

  • Breakfast Nasi Lemak Klasik di Berakas (1BND) air teh ais (1BND)
  • Boat tour di Kampung Ayer
boleh tengok cara kehidupan di sana, boat ni macam taxi kat sana untuk orang awam ke darat, otw nak ke mangrove ada lalu istana nurul iman di bahagian belakang, kat situ pun ada boat persendirian. dia akan berhentikan dekat satu museum jugak nanti so boleh tengok tengok dan ambil gambar di perkampungan situ








  • masjid hassanil bolkiah 



  • lunch di soto babu nini di Kampung Mentiri
makanan sedap, perembahan air minum dia sangat memukau and pemandangan dia paling cun beb. boleh tengok laut sambil makan.. and tak terlepas untuk ambik gambar dekat titi.




  • Yayasan Sultab Haji Hassanal Bolkiah
beli souvenir kat sini. baju, keychain. harga baju kat situ macam kat Brands Outlet gitu. tak mahal sangat


  • Sugarbun
fastfood macam mcD jugak, aku beli burger kat situ sebab dah lapar teroks.. nasib sedapp hehehe

  • Jollibee
spagethi dia memang sedap beb so try la makann, air milo macam mekdi sedappp



  • isi minyak
beratur wweh kereta nak isi minyak memang panjang, malam tu siap drive thru lagi tengok orang isi minyak, kereta tak matikan njin, smpai pam, orang yang jaga pam  tu isikan, bayar kat dia pastu terus jalan.. macam drive thru kann hehe.. tapi kitorang still matikan enjin.. meletop kang sia sia

30/06/2019

balik ke KL


waktu kami p sana masih lagi bulan raya, memang jarang kau tengok kat Malaysia orang pakai baju melayu beserta sampin untuk raya hari lain selain dari hari raya pertama, tapi kat sana mana pergi pun jumpa lelaki pakai satu set baju melayu, memang alahai rasa comeiii je, peramah jugak orang sana, smpai yang jaga kat imigresen tu pun ramah sangat bercerita pasal trip aku kt Brunei.. lama pulak tu macam sembang kedai kopi.. member ingat aku dah kene tahan sebab apa la kan.. rupanya bersembang je hahaha

tulisan sana mostly banyak guna perkataan jawi dan rasa dia saling tak tumpah macam Malaysia.
tapi pengalaman kat sana pun menarikk Alhamdulillah.