pergi sabah selama 4 hari dengan 6 sekawan gitu. naik malindo harga 500++ mahal tapi ada free 30kg + free meals . makanan sedap so rasa berbaloi mungkin? eh tak dahhhh sebab malindo bag baru aku putus talinyaaaaaaaaa aduh sedih aku mengheret bag galas aku sedihh ttahu takkkkkkkkkkk lepas tu claimed kat malindo dia bagi sepuloh hengget je. Saboo jela terus rasa tak berbaloii merugikan aku arghhh okk done
sampai sana kami sewa kereta exora auto which is aku tak recommend langsung bawak kat sana sebab jalan sana berbukit and kereta tu berat, ko bayangkan asyik kene hon je dengan orang belakang sebab slow time naik bukit??? macam bawak lori lah kan .. eh paham la sikit takde sapa nak bawak slow tahap kura kura pun.. consider lah kan..lagi lagi satu jalan je sana pperghh mohon hati hati bawak kereta kat sana ye.. kalau boleh sewa kereta 4WD mesti syokk , aku usya gak orang bawak motor seghonokkk jaaaaa ..
lepas dapat kereta tu kami terus pergi kedai makan order teh ping (teh ais) sedap makanan situ.. lepas makan terus ke jambatan tamparuli.
habis ke tamparuli kami membeli belah di pekan nabalu.. depan pekan nabalu kami bergaambar lah banyak banyakkk
lepas habis bergambar terus ke HOUNON RIDGE FARMSTAY & CAMPING di Bundu Tuhan Sabah. untuk pengetahuan, di Sabah pukul 6 sudah gelap yer .. perjalanan ke tempat penginapan sangat jauh dan pendalaman. memang dah jauh jalan jadi takut sebab dah gelap takde lampu jalan, semua perempuan dalam kereta, tepi semua gaung memang mengucap lah time tu, sampai jumpa satu kedai .. kami tanya jalan ke tempat penginapan dan dia kata betul terus lagi dan jauh lagi... jadi nya rasa lebih selamat lah sebab jalan dah betul, cuma berhati hati jangan bawak laju laju..
akhirnya sampai ke tempat penginapan, alhamdulillah.. kitorang takde bawak apa apa bekal makanan, ingat aarea hotel ada lah tempat makan tapi takde... masha Allah lepas mandi memang kelaparannn.. bising je dalam bilik tu laparrr laparrrr, member suruh tido je untuk hilang lapar sampai esok pagi baru cari makan... aku dah lapar takleh tidooo ..tiba tiba ada orang ketuk bilik (lelaki) 'kamu orang orang lapar ka' cepat cepat kitorang jawab yerrrr tanpa ada segan siluu.. lelaki tu ajak makan sebab geng dia ada buat bbq . fyi, kitorang sewa bilik ada 8 katil so satu bilik tu kami jela, lelaki sabahan tu sewa khemah depan bilik kami.. bising bising diorang dengar la hahaha ok berbalik pada cerita kami semua pakai apa ada and keluar untuk mengisi perut yang lapar..cehh dah nak sampai dekat tempat ramai kawan dia malu malu bebbbb tapi gagahkan diri sebab lapar... mashaAllah nice nyaa diorang masak bagi makan bihun, ayam, hotdog semua macam tetamu pulak dah la kitorang takde bayar apa apa... terima kasih whoever you are.. moga Allah membalas jasa kamu.
sambil makan sambil kongsi kisah tentang Sabah.. diorang ada cakap jalan sabah ni bahaya kalau malam, lori tak selalu pasang lampu and ada orang selalu tahan kereta lepastu menyamun.. yang ni memang waktu nak masuk simpang, ada sorang nenek tahan kereta tapi kawan aku teruskan perjalanan.. aku cuma rasa kesian jela kat nenek tu takut nak apa apa bantuan.. tapi nasib baik tak tolong.. kalau kena rompak naya jee...
alhamdulillah perut kenyang hati riang...
keesokkannya, selepas subuh perghhhhhh air dalam tandas sejuk ya amattt macam mandi aisssss. lepas segar mandi dan takde iron maka pakai lah kami pakaian yang tidak bergosok, alah travel biasalah apedehal ..bergambar waktu sunrise memang superbbbb situ rasa nak stay semalam lagi je sebab tak puas tgk keindahan di situ tapi perjalanan yang terlalu jauh menyukarkan kami, dalam pukul 8 kami check out dan ke kundasang dairy farm .
dalam perjalanan, minyak pulak dah nak habis gaisss, nak cari station minyak memang susah, tak jumpa jumpaa makin gellisah kecut perut semua.. karang tak memasal kene tolak kereta, tapi alhamdulillah jumpaa dia tersorok kat bawah jalan.. memang tak perasan ..ni puun kene tanya orang banyak kali.. so korang kene rajin bertanya, kalau tak sesat jalan...ok hal tu dah settle muncul lagi satu problem bila tetibe tayar kereta bau HANGITT ! wehh kitorg ingat nak terbako ke apa kete tuu risau je sampai call orang yang kami sewa kereta tu, dia cakap memang normal bau tayar hangitt sebab faktor jalan.. sampai kat kundsang bila bukak tingkap kereta, memang semua kereta kitorg bau hangit.. so jadi rasa selamatt lah gituu...
kami p time cuti sekolah memang ramai orang, nak beli aiskrim beratur panjang yaa ampunn..kat sana kami jumpa lagi dengan geng lelaki sabahan yang bagi makan free kat kitorang hahaha kebetulan.. so kat sana banyak lah amik gamboo memang lawa pemandangan nya.. tak rugi pergi..best.
next, destinasi kami ke kinabalu park, mohon pakai baju tebal sikit sebab sejuk jugak sini 13 celcius pergh untuk orang semenanjung Malaysia macam aku ni tak tahan sangat sejuk sejuk ni. tapi memang best kalau ada stamina kuat boleh lah daki gunung kinabaluu wahhh bestnyaaa.. kkitrang bergambar kejap kejap je sebab sejukk tak tahan...
next destination should be hot spring tapi tak jadi sebab orang terlalu ramai kat sana jadi malas jadi kami skip dan terus ke destinasi seterusnya iaitu ke Fish Spa “Tagal” Sg. Moroli, Kg. Luanti Baru, Ranau, Sabah . ikan dia bebesau wehhhhhhh jangan main main. ni bukan spa ikan yang kecik kecik tu.. dia kat sungai ikan sebesar ikan keli yang ampunnn gelii wehh.. waktu sampai tu hujan rintik rintik...takkpe jalan jelahkan .. sampai sampai aku nampak ada sekor ikan terbang kene tendang ngan sorang akak ni.. gamaknye dia geli tuu haaa melambong kooo.. tu jadi kan aku takut, karang abis kene halau aku sepak ikan ikan dia...
dah habis berseronok dengan ikan kami ke sabah tea garden.. pekena air teh duluu perghh paduu beb..
kami meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu dalam 2 jam perjalanan, hujan lebat dengan jalan yang menakutkan memang takmau tidur nya dalam kereta..akhirnya sampai ke KK dan terus makan steamboat thorbaikkkk lepas makan terus balik ke hotel di KK.
keesokkannya seharian kami tour pulau, pulau manukan, pulau sapi dan pulau mamuntik. boleh lah nak snorkeling puas puas and bestnya boleh naik parasailing hipphipp horrayyy . kami p jesselton point untuk beli tiket tour pulau sekali dengan snorkeling and apa apa aktiviti pantai yang korang nak buat nanti. beli makanan siap siap nanti kelaparan bila mandi pantai ni, sunblock jangan lupa bawak. aku main redah je mana fikir apa apa, bak kata orang bare face kahkah terbako kulit den..
petang dah balik kami p tanjung aru beach menikmati sunset situ
pabila malam menjelma kami p cari seafoodddddd yeah kat pasar malam filipino (belakang pasar kraftangan) and p membeli belah kat pasar kraftangan kota kinabalu di Jalan Tun Fuad Stephen dan jalan sekitar bandar KK wuhuuu
padprik di sana
naik bot tu pilih seat yang ada tempat duduk menghala ke depan jangan mengiring duduk depan sekali.. bot laju perghhh aku fikir sikit llagi masuk laut aku ni..chopstick semua dah terbang terbang habis .. dah la aku macam cik kiah jual kain bawak towel lagi dengan pakaian macam tu lagu hadoyai .. i iz redhaa
next day, takda buat apa.. prepare untuk balik ke semenanjung ja bah.. makan pagi dan singgah ke pasar kraftangan sebab depan tu ada orang boleh jahitkan bag galas saya koyak tu rm10 samalah harga yang malindo bagi.. dia dah tahu agaknya orang putus bag bila jahit rm10 je tu claimed dpt rm10 je hahahaha
sampai ketemu laggi di lain entryyy, byebyeee
No comments:
Post a Comment