Saturday, 30 December 2017

tempat menarik di sabahhbahhh 4D3N

memandangkan dah lama p sabah tapi baru sekarang nak update and yeahhh nilah dia aku share apa yang ingat ingat okay. pelupa makin teruk allahuakbar .

pergi sabah selama 4 hari dengan 6 sekawan gitu. naik malindo harga 500++ mahal tapi ada free 30kg + free meals . makanan sedap so rasa berbaloi mungkin? eh tak dahhhh sebab malindo bag baru aku putus talinyaaaaaaaaa aduh sedih aku mengheret bag galas aku sedihh ttahu takkkkkkkkkkk lepas tu claimed kat malindo dia bagi sepuloh hengget je. Saboo jela terus rasa tak berbaloii merugikan aku arghhh okk done







sampai sana kami sewa kereta exora auto which is aku tak recommend langsung bawak kat sana sebab jalan sana berbukit and kereta tu berat, ko bayangkan asyik kene hon je dengan orang belakang sebab slow time naik bukit??? macam bawak lori lah kan .. eh paham la sikit takde sapa nak bawak slow tahap kura kura pun.. consider lah kan..lagi lagi satu jalan je sana pperghh mohon hati hati bawak kereta kat sana ye.. kalau boleh sewa kereta 4WD mesti syokk , aku usya gak orang bawak motor seghonokkk jaaaaa ..

lepas dapat kereta tu kami terus pergi kedai makan order teh ping (teh ais) sedap makanan situ.. lepas makan terus ke jambatan tamparuli.





habis ke tamparuli kami membeli belah di pekan nabalu.. depan pekan nabalu kami bergaambar lah banyak banyakkk




lepas habis bergambar terus ke HOUNON RIDGE FARMSTAY & CAMPING di Bundu Tuhan Sabah. untuk pengetahuan, di Sabah pukul 6 sudah gelap yer .. perjalanan ke tempat penginapan sangat jauh dan pendalaman. memang dah jauh jalan jadi takut sebab dah gelap takde lampu jalan, semua perempuan dalam kereta, tepi semua gaung memang mengucap lah time tu, sampai jumpa satu kedai .. kami tanya jalan ke tempat penginapan dan dia kata betul terus lagi dan jauh lagi... jadi nya rasa lebih selamat lah sebab jalan dah betul, cuma berhati hati jangan bawak laju laju..

akhirnya sampai ke tempat penginapan, alhamdulillah.. kitorang takde bawak apa apa bekal makanan, ingat aarea hotel ada lah tempat makan tapi takde... masha Allah lepas mandi memang kelaparannn.. bising je dalam bilik tu laparrr laparrrr, member suruh tido je untuk hilang lapar sampai esok pagi baru cari makan... aku dah lapar takleh tidooo ..tiba tiba ada orang ketuk bilik (lelaki) 'kamu orang orang lapar ka' cepat cepat kitorang jawab yerrrr tanpa ada  segan siluu.. lelaki tu ajak makan sebab geng dia ada buat bbq . fyi, kitorang sewa bilik ada 8 katil so satu bilik tu kami jela, lelaki sabahan tu sewa khemah depan bilik kami.. bising bising diorang dengar la hahaha ok berbalik pada cerita kami semua pakai apa ada and keluar untuk mengisi perut yang lapar..cehh dah nak sampai dekat tempat ramai kawan dia malu malu bebbbb tapi gagahkan diri sebab lapar... mashaAllah nice nyaa diorang masak bagi makan bihun, ayam, hotdog semua macam tetamu pulak dah la kitorang takde bayar apa apa... terima kasih whoever you are.. moga Allah membalas jasa kamu.




sambil makan sambil kongsi kisah tentang Sabah.. diorang ada cakap jalan sabah ni bahaya kalau malam, lori tak selalu pasang lampu and ada orang selalu tahan kereta lepastu menyamun.. yang ni memang waktu nak masuk simpang, ada sorang nenek tahan kereta tapi kawan aku teruskan perjalanan.. aku cuma rasa kesian jela kat nenek tu takut nak apa apa bantuan.. tapi nasib baik tak tolong.. kalau kena rompak naya jee...

alhamdulillah perut kenyang hati riang...

keesokkannya, selepas subuh perghhhhhh air dalam tandas sejuk ya amattt macam mandi aisssss. lepas segar mandi dan takde iron maka pakai lah kami pakaian yang tidak bergosok, alah travel biasalah apedehal ..bergambar waktu sunrise memang superbbbb situ rasa nak stay semalam lagi je sebab tak puas tgk keindahan di situ tapi perjalanan yang terlalu jauh menyukarkan kami, dalam pukul 8 kami check out dan ke kundasang dairy farm .






dalam perjalanan, minyak pulak dah nak habis gaisss, nak cari station minyak memang susah, tak jumpa jumpaa makin gellisah kecut perut semua.. karang tak memasal kene tolak kereta, tapi alhamdulillah jumpaa dia tersorok kat bawah jalan.. memang tak perasan ..ni puun kene tanya orang banyak kali.. so korang kene rajin bertanya, kalau tak sesat jalan...ok hal tu dah settle muncul lagi satu problem bila tetibe tayar kereta bau HANGITT ! wehh kitorg ingat nak terbako ke apa kete tuu risau je sampai call orang yang kami sewa kereta tu, dia cakap memang normal bau tayar hangitt sebab faktor jalan.. sampai kat kundsang bila bukak tingkap kereta, memang semua kereta kitorg bau hangit.. so jadi rasa selamatt lah gituu...

kami p time cuti sekolah memang ramai orang, nak beli aiskrim beratur panjang yaa ampunn..kat sana kami jumpa lagi dengan geng lelaki sabahan yang bagi makan free kat kitorang hahaha kebetulan.. so kat sana banyak lah amik gamboo memang lawa pemandangan nya.. tak rugi pergi..best.









next, destinasi kami ke kinabalu park, mohon pakai baju tebal sikit sebab sejuk jugak sini 13 celcius pergh untuk orang semenanjung Malaysia macam aku ni tak tahan sangat sejuk sejuk ni. tapi memang best kalau ada stamina kuat boleh lah daki gunung kinabaluu wahhh bestnyaaa.. kkitrang bergambar kejap kejap je sebab sejukk tak tahan...



next destination should be hot spring tapi tak jadi sebab orang terlalu ramai kat sana jadi malas jadi kami skip dan terus ke destinasi seterusnya iaitu ke Fish Spa “Tagal” Sg. Moroli, Kg. Luanti Baru, Ranau, Sabah . ikan dia bebesau wehhhhhhh jangan main main. ni bukan spa ikan yang kecik kecik tu.. dia kat sungai ikan sebesar ikan keli yang ampunnn gelii wehh.. waktu sampai tu hujan rintik rintik...takkpe jalan jelahkan .. sampai sampai aku nampak ada sekor ikan terbang kene tendang ngan sorang akak ni.. gamaknye dia geli tuu haaa melambong kooo.. tu jadi kan aku takut, karang abis kene halau aku sepak ikan ikan dia...


dah habis berseronok dengan ikan kami ke sabah tea garden.. pekena air teh duluu perghh paduu beb..


kami meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu dalam 2 jam perjalanan, hujan lebat dengan jalan yang menakutkan memang takmau tidur nya dalam kereta..akhirnya sampai ke KK dan terus makan steamboat thorbaikkkk lepas makan terus balik ke hotel di KK.

keesokkannya seharian kami tour pulau, pulau manukan, pulau sapi dan pulau mamuntik. boleh lah nak snorkeling puas puas and bestnya boleh naik parasailing hipphipp horrayyy . kami p jesselton point untuk beli tiket tour pulau sekali dengan snorkeling and apa apa aktiviti pantai yang korang nak buat nanti. beli makanan siap siap nanti kelaparan bila mandi pantai ni, sunblock jangan lupa bawak. aku main redah je mana fikir apa apa, bak kata orang bare face kahkah terbako kulit den..











petang dah balik kami p tanjung aru beach menikmati sunset situ




 pabila malam menjelma kami p cari seafoodddddd yeah kat pasar malam filipino (belakang pasar kraftangan) and p membeli belah kat pasar kraftangan kota kinabalu  di Jalan Tun Fuad Stephen dan jalan sekitar bandar KK wuhuuu


padprik di sana



naik bot tu pilih seat yang ada tempat duduk menghala ke depan jangan mengiring duduk depan sekali..  bot laju perghhh aku fikir sikit llagi masuk laut aku ni..chopstick semua dah terbang terbang habis .. dah la aku macam cik kiah jual kain bawak towel lagi dengan pakaian macam tu lagu hadoyai .. i iz redhaa

next day, takda buat apa.. prepare untuk balik ke semenanjung ja bah.. makan pagi dan singgah ke pasar kraftangan sebab depan tu ada orang boleh jahitkan bag galas saya koyak tu rm10 samalah harga yang malindo bagi.. dia dah tahu agaknya orang putus bag bila jahit rm10 je tu claimed dpt rm10 je hahahaha


sampai ketemu laggi di lain entryyy, byebyeee

Thursday, 14 September 2017

Perempuan sangat complicated ?

MashaAllah,  memang Allah dah ciptakan perempuan ni sangat complicated dan bersifat keanak anakan. Dan kamu lelaki mesti nak kahwin dengan perempuan dan semestinya akan menghadap.dengan perangai tu.  Memang annoying tp percaya lah semua perempuan mcm tu..  jangan nk terlalu condemn perempuan ni mcm sakai la apa lah sebab complicated sangat.  Kalau betul nak tegur dengan sikap perempuan yang kuat merajuk pun diract message la kat dia bgtau apa yang kau tak puas hati sangat.. settlekan.  Bukan dengan cara screenshot dan sebarkan dengan caption kau yang nak kutuk perempuan in PUBLIC dengan ayat carutan tu. Seriously walau kau nk condemn perempuan tu,  perempuan lain pun akan terasa.  Tak bolehla buat mcm tu nak malukan orang in public atau apa.  Baik kau gunakan 9 akal yg ada pada kau untuk berfikir dan buat keputusan yang betul . Kau cakap macam tu bukannya orang akan lebih sokong kau dengan cara kau.  Tapi orang lain akan fikir negatif terhadap kau.  Kalau kau boleh cakap macam tu,  ibu kau ? Bukan wanita yg akan selalu merajuk dengan ayah kau?  Tak fikir apa orang fikir kau pun sendiri kutuk mak kau tanpa kau sedari?  .

Nak nasihatkan tak apa.  Its not wrong at all,  nasihat lah tapi ada ayat yang baik..  dengan cara yang baik sebab fikir apa yg kau akan post , definitely orang akan baca. Jangan sampai nak guriskan hati orang lain pulak.  Kalau takde benda yang baik untuk dicakap better diam.  Memang sekarang ni kau diam dan hanya menaip tapi dalam kita menaip kalau kita menyebarkan aib orang atau mengutuk orang lain bukan kepada seorang tapi boleh satu dunia tahu just with one tweet/ayat kau , tak berdosa besar ke?  . Serious you have a lot of things to do rather than nak condemn orang lain , buat dosa 24 hours.

Kene fikir jugak,  kita condemn nak buat apa sebenarnya ? Nak semua orang tahu kelemahan seseorang tu?  Nak kutuk orang biar semua orang tahu dia ni macam mana?  Atau nak cari publisiti murahan dengan ayat/tweet/caption  yg acah hipster supaya semua akan share / retweet dan sebagainya yang sampai akan mengangkat kau jadi orang famous di alam maya?  . Fikir.  Fikir dan teruskan berfikir.

Ada baiknya kalau pergi bukak internet search pasal perempuan dan mendalami pasal wanita.  Sebab wanita jugak yg awak akan kahwin nnt.  Tak salah nak belajar ttg wanita malah tu akan lebih bagus sebb permpuan kan complicated.  So if nak bercinta dengan perempuan kene belajar dulu lah macam mana perangai yang akan kau hadapi nanti dan cuba terima dengan hati terbuka .

Hidupni kejap je.  Jangan terlalu buang masa untuk nk ikut trend jadi hipster nak buat ayat ayat acah hipster nk buat quote sendiri yg nak beribu juta like/retweet.  Wasting your time.  Serious tak tipu.  Bilakau dh besar,  kau sendiri akan start berfikir pasal semua ni.  Dah tua apa yg kau nak dalam hidup? Adakah kau rasa terlalu nk kejarkan publisiti dan hipster ni akan jamin hidup kau?  Adakah follower kau semua akan bantu kau time susah ? Dengan tweet dan ayat ayat kau adakah bagi faedah kat orang lain atau kau tgh menyebarkan dosa hari hari tanpa kau sedar?

Aku tak ada niat nk tujukan pada sesiapa pun entry ni,  dan ni bukan khas untuk lelaki malah perempuan dan jugak diri aku sendiri.  Supaya lebih berhati hati dalam dunia yang cepat meng viralkan sesuatu berita dengan mudah.  Dan terlalu mudah nya nk berbuat dosa yang berterusan.  Start berfikir dari sekarang.  Tujuan ada media sosial untuk buat kerja,  sebarkan dakwah dan benda yang baik baik.  Kalau betul ada masalah ngan orang tu tak payah follow dia.  Jangan ikut perkembangan dia.  Dan kqlau tak puas hati direct je cakap ngan dia.  Jangan terus nak kutuk kat media sosial.  Fikirkan lah pahala kita pun belum tentu cukup apatah lagi nk buat dosa yang kita in shaa Allah boleh cuba elakkan.

Kalau ada , delete lah tweet ke apa yang tak sepatutnya.  baik kita fikir tujuan kita hidup kat dunia.  Nak beramal. Kita boleh pergi cari duit,  pergi belajar , pergi tolong orang,  bahagian ibu ayah,  adik beradik dan sebagainya... betul apa kann daripada bazirkan masa dok menghadap media sosial 24/7 hanya untuk kutuk orang,  tengok orang mengumpat pastu join , tengok gambar yg buat kita tambah dosa.  Nnt mak mertua minta hantaran tinggi dh susah nak cari duit.  Baik cari dari sekarang kan?  Kumpul siap siap. Daripada nnt nk acah hipstur depan mak mertua,  bukannya depa suka.  Bukannya hipstur/condemn orang  boleh bagi anak dia makan.. hadap media sosial 24/7 nanti tanggungjawab pun boleh terabai.  Sekarang yelah mngkn berjiwa remaja yang rasa takde apa nak buat so hadap media sosial 24/7 . Tapi bila dah kawin?  Kalau masih pada tabiat yg sama?  Suami / isteri / anak mesti terabai.  Cubalah kurangkan dan banyak hadapi hidup yang real kat luar.

Bagi aku,  nak share tentang life kau dengan kawan kawan kau dekat media sosial tak salah pun.  Sebab tu salah satu cara nak eratkan silaturrahim kau antara kawan kawan lama kau.  Tapi jangan lah smpai buat benda yang tak patut contohnya condemn orang .. okay?

Moga kita sama sama dapat menggunakan mwdia sosial dengan baik,  in shaa Allah.

Tuesday, 12 September 2017

Singapore 2D1N



  2017 July 7-8
sebelum ke singapore ada benda yang korang kena tau..

1. singapore is a fine city
sumber dari google

so kena hati hati lah ye, jangan sesuka hati buat macam kat negara sendiri ..

2. study subway map


ni memudahkan korang untuk kemana mana ..




7 July

Ambik bas dari terminal bersepadu selatan  ke larkin, pukul 12.00 pg so ssampai larkin dlm pkul 4.30pg. plan naik bas tu tidur lah tapi dah lama tak jumpa member memang potpet je sampai ke larkin. Yang lawaknya nya waktu nak tukar tiket bas sebab ada technical problem.. kakak kat kaunter boleh mintak passport lak, ate nampook teman ni macam oghang luorr kee.. IC cukup lerr..kahkahkah
Bas dari larkin ke singapore start operasi pukul 5.30 pg mcm tu. So kami lepak makan dulu kat kedai mamak, cuci muka sikit yela dah ghopee hantu kak limah dah mengkome oii..



Utk ke queenstreet terminal singapore kami naik Bus 170. ada je pilihan lain selain Bus 170 korang blh naik Bas CW2, Causeway, SJE bus. First, Bas ni akan stop utk immigration malaysia. Kita kena turun jgn tinggalkan barang dalam bas sbb kita akn naik Bus170 yg lain. Tiket jgn buang ok.. Klau tak kena beli tiket baru kan dah bazioo . benda lawak jadi lagi bila kena marah dengan driver bus tuuuuu .. wehhhhh first time kot mana la tau tiket tu keluar dari mana .. dah bayar tetibe pakcik bus dengan nada kuat cakap ‘ haaaa tiket bas amik kat manaa!!’  berpusing pusing weh kitorang berdua kat depan tu dengan beg besauuu  nak cari tiket bass tu keluar dari mana , pastu ada abang duduk belakang seat driver tu perlahan lahan tunjuk kat mana tiket tu keluar… wehhhhhhh maluuuu satu bas tengokkkkkk semua bawak beg kecik macam nak p kerjaaa kami ja bawak bag besar macam nak duduk sebulannnnnn Allahuakbar.





Settle kat immigration malaysia.. Naik bas utk ke immigration singapore pulak. beratur je dah nak sejam lebih. Serentak dgn org pergi kerja kan. Kat sini la korang kena isi white card. Kat sini IC dah tak laku.. semua kene passport yaa, sekali lagi serikk pulak naik bas dengan bag besorr beratur lama dan Panjang dengan bag galas yang besor ko rasaaaaa .. tak larat nak galas aku seret je sampai tempat cop tu... lagi sekali bawak pen yee jangan lupaaaaaaaaa

lepas settle kat immigration singapore, beratur lagi naik bas ke queenstreet terminal. Perjalanan ke sana dlm 50minit. Kami turun kat queenstreet sbb hotel kami dekat situ je berapa minit je jalan kaki. Kami menginap kat Nuve Hotel.. mahai hotel nye tu mampu semalam je nak.. rm294.14 per night tapi bilik dia memang cantik . terffikir nak stay sini sebab dekat dengan masjid Sultan. Bila pilih bilik dekat dengan masjid perasaan rasa selamat jee tu ada dalam hatii..Selain dekat dengan masjid, hotel ni betul2 dekat dengan haji lane, kampung glam dan mrt  bugis (200m)..Servis bagus sangat . Check in pukul 2 tapi kami sampai awal, diaorg bagi kami tumpang beg … nasib lahhh boleh jenjalannn tengok muka dari semalam dengan mekap dah mencair dan mata yang layuu tak bolehh sorok dahh. Sambil jalan tu dah tengahari sebelum check in pukul 2 pergi makan tengahari dekat seberang kedai murtabak zamzam yang famous dekat Singapore. Anyway, kedai ni betul betul dekat dengan masjid sultan. Kami tak makan murtabak sebab dah kenyang and acah nak jimatt rugii beb.. nanti korang kene try tau.. nak try malam tu dah tutup sebab berjalan dia hmmm lama nauuu tapi recommended la makan kat tempat kami makan tuu sdappppp . yang penting jangan lah suka convert duit sana dengan duit kita .. yelah dah makan tengahari kalau tukar duit sana ke myr dah jadi rm40 sorg.. makan tengahari je baruu perghh so lepas ni tutup mata je nilai myr .. dah ko budget banyak tu untuk ke sesuatu tempat ko pikir nilai sana jelaa hahaha





















Alhamdulillah kami dpt check in awal sebelum pkul 2, so dapat la rehatkan badan and mandi wangi wangi siket sebelum brjalan ke marina bay pulak. Dari hotel jalan kaki 200m ke mrt bugis. Naik mrt bugis dan turun di station raffles place. Kat sini la korang blh jalan2 ke merlion park, esplanade and ke garden by the bay..mula mula sampai tu dalam mall, lepastu jalan keluar and pusing ke belakang bangunan dan tadaaaa haha kami guna google maps sebab pening jugak memula.
Lepak lepak dulu makan ice cream tapi waktu ni aku masih pakai retainer 24hrs so mampu tengok jelah member makan aiskrimm . teringin tapi malas betul nak bukak retainer ni.. serba tak kene.. beauty is pain gais…






 Jalan sikit lagi jumpa  merlion park tengok banyak helicopter masa tu and malam tu ada konsert apa tah so kami lepak menikmati angina Singapore gituu sambal layan diorg ada rehearsal band. Petang tu, aku minum air mineral tapi tetibe rasa air aku  macam asid wehh.. rasa masam bergass risau aku karang aku telan air ni, mati pulak aku kat negara orang.. nak ludah serba salah negara tu bersih sangat.. mana nak buang weh air dalam mulut niiiii .. haihh sabo jelaa lepas dapat tahu tu air dia isi air sparkling tp tak bgtau aku… Waktu tu aku tertukar botol dengan Nana hmmmpphh rupanya botol dia p bubuh air tuu no wonder laaaaaaaa

















































Next, kami jalan jalan ke esplanade, marina bay and masuk ke gardens by the bay and cloud forest . Memang best beb pergi sini, tiket ni kami beli dari agen Malaysia so dapat murah .. print je tiket and redeem kat sana syookkk. Tengok la gambar kat bawah baru tau menariknye dekat siniiiii tak rugiiii
balik ke mrt bugis kami sempat singgah bugist street. Nak tgk souvenir apa yg blh dibeli. Seberang je dari mrt bugis. Tapi  tak de beli apa pon sbb harga souvenir kat kampung glam lagi murah. Aku tak suka shopping takde lah tertarik tapi bila dah lama tgk member pakai baju Singapore dok tanya dia takde beli lebih ke baju.. rasa rugi tak beli pulakk hadoi this girl la . malam tu, tak larat jalan pun sama .. penat jalan pagi.. malam kaki cramp hadoiiiiiiii
balik hotel kami makan roti dan kurma ayam adabi. Sebab penat sgt brjalan nak mkn pun tak lalu. Nana bawak nasi dalam plastic kami masak dalam tempat pemanas air tu je. Sedap ajeee

 maps dan itinerari menjadi mangsa lapik


cara jimat taknak sewa iron hahaha


 8 July
Kami keluar hotel dlm pkul 10 am. Singgah kampung glam dulu nak beli souvenir pastu terus ke Universal Studios Singapore!!!
mrt bugis - outram park - harbour front - sentosa express (beratur panjang kat sinii and train sini macam monorail kat Malaysia).Untuk naik sentosa express kena beli tiket lain.. Tiket tu sekali beli saja korang boleh pusing 1 sentosa island.
Tiket uss pun kami beli dari Malaysia..sampai uss kami tunggu agen tiket yang kami beli tu.. penat nak cari wifi sbb nak contact akak agent tu so better korang beli simkad lah pegi sana takde lah jadi macam kitorang lama benoo nak contact ngan akak tu sebab takde wifi connection..so sebab harga murahh kami masuk uss pun macam orang kelas ketiga ler..tunggu nak naik roller coaster berjam wehh memang dah nak give upp tapi gigihkan diri last last naik tak sampai seminit pun punyalah lajuu .. lagi laju dari roller coaster kat times square .. masyaAllah, jantung aku dah tertinggal kat bawah dah waktu tuu gilaa koo!! Ada duit lebih byr mahal sikit la kalau nak layanan first class gituu takyah tunggu lama lama, masuk studio pengambaran dapat duduk depan sekali haaa syokk kann.. apa apa pun alhamdulillah untuk rezeeki yang Allah bagi.. dapat ler merasa ye idok.. kami kat USS sampai pkul 4.30pm je lepas tu da siap2 utk balik malaysia.. 
















Add caption













Nasihat saya keluar la awal dari singapore.. Kalau tak terlepas bas macam kami hahahahaha ni trip yang ke berapa tertinggal bas.. ada jelah problem nyee zzZZZzZ .. Nak tunggu bas untuk ke Immigration lama betull.. Panjang beeraturr perghh tapi nasib ramai yang baik hati tau kami dah lambat nak naik bas dari Malaysia so bagi kami naik bas duluuu.. so sweet, may Allah bless all of you cuma  pakcik jual tiket bas tu garang nau.. lagi sekali kene marah sebab Nana dah bayar tapi lupa nak amik tiket.. member dah jalan, terus pakcik tu jerit haduiii semua pandang.. aku kat belakang tolong amikkan tiket dia la sambil cakap kat pakcik tu, takpe biar saya yang amikkan tiket dia, jangan lah jerit ….hmmmm asyik kene marah pulak kkat Singapore hehehe … cerita time habis dari immigration Singapore lawak wehh kitorang naik bas pekerja biru tu, bayar $2 sebab taknak tunggu lama sebab takut tertinggal bas yang kat larkin tu lah kononnye last last jadi bangla .. kene berdiri weh .. tempat duduk situ full . terjadinye nak naik bas tu sebab ramai yang berlari tau nak naik bas tu, kami pun apa lagi lari la tanya pakcik driver p larkin tak..hadoi takleh lupaa.. dengan jammed nye .. berdiri lah ko sampai ke larkin. Sementara tunggu bas, aku ada jumpa sorang aunty ni, sembang ttg anak dia study kat Singapore, mak dating nak tengok anak sanggup naik bas berdiri berlari dengan bag besar.. aduh teringat ibu kat rumah.. besar pengorbanan ibu yang kita nampak.. T_T 

sekian entry untuk trip saya ke singapore

ig: @uss_tiketß kami beli dari sini
Tiket USS =Rm195
Tiket garden by the bay + cloud forest=Rm70

Malaysia:
Bas larkin ke queenstreet (Bus170)=Rm2.50
Sarapan = Rm5

Singapore:
Tiket mrt = $10.4
Sentosa express=$4
Tiket bas singapore-larkin=$3.3

 Much love,
farahin