Tuesday, 10 December 2013

masyaallah :')

bismilahirrahmanirrahim ..
saya nak share satu kisah yang menarik ... saya terbaca ni dekat facebook :) . indahnya kehidupan wanita Tarim :) . bacalah kisah ni sampai habis ..




"Sungguh, aku teringin menjadi seperti wanita TARIM." Wanita Tarim sudah terbiasa sejak
daripada kecil dibesarkan dalam lingkungan beragama dan terdedah dengan ulama, majlis
ilmu, maulid dan sebagainya. Sedari kecil mereka didik untuk membaca al-Qur’an oleh
ibubapa mereka. Terdidik dengan akhlak yang mulia. Terjaga pergaulan mereka. Terpelihara
aurat mereka. Bagi mereka setelah mencapai umur baligh, tempat mereka adalah di dalam
rumah. Mereka tidak pernah melihat lelaki asing selain daripada saudara-saudara lelaki dan 
bapa saudara mereka sahaja. Mereka dibesarkan dengan tidak mengenal muzik, tidak 
mengenal kebiadapan dan tidak kenal wajah orang fasiq. Perbualan mereka adalah perbualan
tentang majlis-majlis ilmu, al-Qur’an, adab, akhlak, tasawwuf dan seumpamanya. Begitulah 
keadaan mereka dibesarkan. 
Apabila tiba saat yang sesuai untuk dinikah oleh walinya maka mereka dinikahkan pada 
pasangan yang sesuai. Pilihan keluarga, dan tanpa ada bantahan. Tanpa ada cinta atau 
‘dating’ sebelumnya. Kebiasaannya mereka bernikah diusia yang masih muda, sekitar belasan
 tahun. Begitulah keadaan mereka, cukup terpelihara dan terjaga. Wanita Tarim juga tidak 
pernah menyusahkan suami mereka. Begitu juga dengan para suaminya, tidak menyusahkan
isteri mereka. Bila barang keperluan asas atau harian, seperti beras susu dan sebagainya
 kehabisan, mereka tidak langsung memberitahu suami kerana bimbang pada ketika itu 
mungkin si suami tidak mempunyai wang atau sedang sibuk, maka apa yang mereka lakukan 
adalah dengan meletakkan bungkusan-bungkusan kosong itu pada tempat yang dikira mudah
 dilihat oleh suaminya. Begitu juga para suami, seluruh hajat dan keperluan dapur seperti 
sayur dan sebagainya suami yang belikan. Keadaan ini tidak pula menghalang para isteri 
untuk keluar membeli-belah ke pasar seperti membeli baju atau barang keperluan wanita,
 namun urusan dapur seperti membeli sayur, beras dan lain-lainnya itu merupakan tugas 
suami atau pembantu. Si isteri selalu menghias dan menjadikan kamar tidur harum wangi.
 Bila suaminya pulang, maka pastilah kamar sudah dikemas rapi, indah dan harum. Pakaian 
suami sudah pasti wangi, bilik mandi juga wangi dan semuanya kemas serapi mungkin. 
Kerana wangi-wangian itu mampu membangkitkan suasana yang tenang dan romantik serta 
menambahkan kasih sayang.

Si isteri juga tidak pernah mengangkat dan meninggikan suara pada suami. Mereka tidak 
pernah marah dan tidak pernah cemburu. Bila mereka merasa kesal, mereka akan menangis 
dan mengadu pada suaminya dengan nada yang lirih. Itulah marah mereka. Keadaannya 
sama juga dengan para suami. Mereka tidak pernah marah pada isteri, apalagi mencaci dan
 menghina. Bila suami merasa sangat kesal atas sesuatu perkara, mereka akan menulis 
sepucuk surat kepada isteri dan kemudian mereka akan pergi atau tidur. Kemudian nanti isteri
 akan menjawab pula surat daripada suami tadi, seterusnya suami pula akan menjawab surat 
daripada isteri dan sehingga akhirnya mereka berdua akan tertawa bersama. Indahnya marah 
yang sebegini, marah yang mampu menjadi hiburan, marah yang diakhiri dengan gelak tawa 
tanpa seorang pun daripada mereka memendam rasa. 


Lebih daripada itu, kalau kita sorot secara mendalam tentang kehidupan ahli kota seribu 
ulama ini, kita akan dapati masih banyak lagi keunikan dan seni budi pekerti junjungan mulia
 Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dalam rumah tangga nabawi yang payah untuk kita
 temukan di masa kini, namun dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat Tarim. Inilah 
keberkatan yang ada pada kota Tarim. Di Tarim amat-amat sukar sekali untuk kaum 
perempuannya yang mendedahkan wajahnya di khalayak ramai hatta tatkala mereka bekerja
 di ladang atau mengembala kambing kawasan kering bukit-bukau sekalipun jauh dari 
pandangan kaum lelaki, mereka tetap berabaya dan berniqab/berpurdah hitam. Mereka dapat 
bertahan walaupun di dalam keadaan panas teriknya matahari di negeri Tarim/Hadhramaut 
yang terkenal dengan panasnya. Begitulah perempuan di Tarim. Kepanasan api neraka lebih 
mengerunkan mereka berbanding teriknya pancaran matahari. Dan kaum perempuan di 
Tarim hanya keluar andainya ada keperluan sahaja. Kalau ke pasar atau ke kedai ada 
mahram yang akan menemaninya atau mereka keluar secara bergerombolan. Maka 
terpeliharalah mereka dari sebarang fitnah. Tenang hati kita berada di sana. Sememangnya 
kalau hendak menceritakan perihal penghuni kota Tarim, teramatlah banyaknya. Sesiapa
 yang ingin tahu sedikit daripada kisah masyarakat Tarim bolehlah dibaca dari sebuah buku 
berjudul Bidadari Bumi – 9 Kisah Wanita Sholehah karya Ustazah Halimah al-Aydrus. Atau 
kumpul duit, kemudian berziarahlah ke bumi Tarim untuk melihat dan merasainya sendiri. 




Sumber dari : Ustaz Afdhalludin

No comments:

Post a Comment