Wednesday, 18 December 2013

berdiam diri .

mungkin itu adalah yang terbaik .

bukan tidak mahu berbicara
cuma malas untuk menimbulkan pergaduhan
bertekak sepanjang masa
apa yang dilakukan semua nya salah

mungkin sudah lumrah
ditipu , dikutuk , disisihkan , dibiarkan , difitnah...
walaupun sakit hati
tapi aku memilih untuk berdiam diri
terus berdiam diri......

walaupun apa yang dikatakan itu semuanya salah
aku tetap berdiam diri

kalau nak aku bicarakan satu persatu apa yang kau luahkan
kau akan terdiam
semua yang aku buat ada sebabnya

penat kerana selalu mengalah ..
tetapi dimana usahanya ? tak pernah nampak .
selalu menuduh orang melulu
cuba mencari kesahihannya dahulu
kepercayaan kamu dimana ?
sudah luntur ....
mudah mempercayakan kata kata orang
sampai aku dilupakan
bagai kau baru kenal aku semalam ..

terpaksa menebalkan muka ..
nak cari kebahagiaan bersama dirimu
walaupun engkau tidak suka padaku..

kini aku berasa malu ..
malu kerana masih terhegeh hegeh menginginkan mu...
padahal kamu sedikit pun tidak menginginkanku..
walaupun sedih ..
hidup mesti diteruskan ..
selagi Allah masih ada ..
aku tidak gusar ditinggalkan oleh sesiapa pun ..

perangaimu semakin menghairankan ..
semua yang disampaikan tidak benar sama sekali..

lebih baik rasanya aku berundur diri
bukanlah bererti aku kalah kali ini ..
cuma aku tak mahu kau berpura pura dihadapanku lagi ..
kasihan pada dirimu ..
mesti dikau mahukan hidup sendiri ..

cuba engkau fikirkan balik ..
apa yang kau cakapkan itu semua ada dalam dirimu
jangan menunding jari pada orang lain..
padahal sifat itu sendiri ada dalam dirimu..

kebahagiaan boleh dicari tanpa aku
aku tidaklah diperlukan dalam hidupmu lagi
jangan pernah kata aku berubah ..
sedangkan aku tidak berubah
cuma sikap engkau ...
sikap engkau yang menyebabkan aku harus berubah ..
berhenti memerli ..
itu tidak mengubah apa apa pun..

aku tidak mahu bertelagah
kita tetap kawan ..
cuma berbeza sedikit ...

maafkanlah aku..
jika aku tidak boleh menjadi seperti yang engkau harapkan ..




Tuesday, 17 December 2013

mirror

what do you expect that i want to say ? mirror ? huh ? kisah pasal cermin ke ?
ehemmm , pada suatu malam .. aku tengok cermin .. lepastu aku nampak macam ada sesuatu .... hati aku semakin berdegup kencang ... waktu tu takde orang pun kat rumah ... hanya aku seorang .. aku bukanlah seorang yang berani .. tapi aku kene gagahkan diri ... aku pun tengok sesuatu tu ... tengok tengook ..... ~~~~~~
terkejut aku tengok ada kotoran kat cermin tu .. so aku lap je lah sampai bersih ..

sekian saja cerita aku pasal 'mirror' .

eh nanti lah dulu .. tu bukan kisah benar pun .. rekaan semata mata .. takde kene mengena dengan orang yang hidup mahupun yang dah meninggal dunia .

okay sebenarnya .. pasal cermin ni .. bukan lah pasal cerita hantu ke hape ... it all about us actually . pernah tengok cermin ?

cermin tu sifatnya boleh reflect kan ?


mirror never lies .. yes it is but its only in physical ... dalaman .. kalau kita menangis di dalam hati ? ada ke cermin tunjuk semua yang ada dalam hati kita dan fikiran kita ? tak kan ?

perangai kita ni mencerminkan siapa kita sebenarnya . apa yang kita buat , apa yang kita cakap mencerminkan jugak hati kita ...sometimes kita tak sedar apa yang kita dah buat ataupun cakap ... tapi orang lain boleh nampak ... 



kekadang suka sangat mengata orang yang menampakkan sebenarnya hati kita ni kotor .. asyik nampak kesalahan orang dan tak pernah nak memperbaiki kesilapan sendiri . apa feedback orang terhadap kita ? . 'oh dia ni .. orang tu pun dia boleh mengata apatah aku .. tahtah dia pun mengata aku' . see ? benda macam ni pun boleh buat orang hilang kepercayan kat kita ..

kita kene cermin dulu diri kita sebelum kata orang .. kita tahtah sama je .. bukannya kita baik sangat sampai nak mengata orang . kita nampak kesalahan orang ... kesalahan diri sendiri tak nampak ... mesti nak cari kesalahan orang lain .. tak pernah terfikir ke ? nak tuduh orang dengan pelbagai benda ... tak pernah nak make sure benda tu betul betul benar terus terus tuduh ...


benda macam ni boleh buat orang teraniaya ...serious .. jangan rasa kau je ada masalah .. orang lain takde . jangan rasa kau sorang je ada perasaan .. orang lain takde .. jangan pernah sesekali rasa diri dah cukup hebat .. jangan rasa diri terlalu sempurna sebab nobody is perfect .

biar kita tak cantik atau tak hensem asalkan hati kita baik ..

bila terasa macam nak cari kesalahan orang je .. there has to be something about you that is still not right .. that needs to be fixed .. we all have sins .. don't we ? then do check our hearts .. check our relationship with Allah and our beloved parents .. 




Tuesday, 10 December 2013

masyaallah :')

bismilahirrahmanirrahim ..
saya nak share satu kisah yang menarik ... saya terbaca ni dekat facebook :) . indahnya kehidupan wanita Tarim :) . bacalah kisah ni sampai habis ..




"Sungguh, aku teringin menjadi seperti wanita TARIM." Wanita Tarim sudah terbiasa sejak
daripada kecil dibesarkan dalam lingkungan beragama dan terdedah dengan ulama, majlis
ilmu, maulid dan sebagainya. Sedari kecil mereka didik untuk membaca al-Qur’an oleh
ibubapa mereka. Terdidik dengan akhlak yang mulia. Terjaga pergaulan mereka. Terpelihara
aurat mereka. Bagi mereka setelah mencapai umur baligh, tempat mereka adalah di dalam
rumah. Mereka tidak pernah melihat lelaki asing selain daripada saudara-saudara lelaki dan 
bapa saudara mereka sahaja. Mereka dibesarkan dengan tidak mengenal muzik, tidak 
mengenal kebiadapan dan tidak kenal wajah orang fasiq. Perbualan mereka adalah perbualan
tentang majlis-majlis ilmu, al-Qur’an, adab, akhlak, tasawwuf dan seumpamanya. Begitulah 
keadaan mereka dibesarkan. 
Apabila tiba saat yang sesuai untuk dinikah oleh walinya maka mereka dinikahkan pada 
pasangan yang sesuai. Pilihan keluarga, dan tanpa ada bantahan. Tanpa ada cinta atau 
‘dating’ sebelumnya. Kebiasaannya mereka bernikah diusia yang masih muda, sekitar belasan
 tahun. Begitulah keadaan mereka, cukup terpelihara dan terjaga. Wanita Tarim juga tidak 
pernah menyusahkan suami mereka. Begitu juga dengan para suaminya, tidak menyusahkan
isteri mereka. Bila barang keperluan asas atau harian, seperti beras susu dan sebagainya
 kehabisan, mereka tidak langsung memberitahu suami kerana bimbang pada ketika itu 
mungkin si suami tidak mempunyai wang atau sedang sibuk, maka apa yang mereka lakukan 
adalah dengan meletakkan bungkusan-bungkusan kosong itu pada tempat yang dikira mudah
 dilihat oleh suaminya. Begitu juga para suami, seluruh hajat dan keperluan dapur seperti 
sayur dan sebagainya suami yang belikan. Keadaan ini tidak pula menghalang para isteri 
untuk keluar membeli-belah ke pasar seperti membeli baju atau barang keperluan wanita,
 namun urusan dapur seperti membeli sayur, beras dan lain-lainnya itu merupakan tugas 
suami atau pembantu. Si isteri selalu menghias dan menjadikan kamar tidur harum wangi.
 Bila suaminya pulang, maka pastilah kamar sudah dikemas rapi, indah dan harum. Pakaian 
suami sudah pasti wangi, bilik mandi juga wangi dan semuanya kemas serapi mungkin. 
Kerana wangi-wangian itu mampu membangkitkan suasana yang tenang dan romantik serta 
menambahkan kasih sayang.

Si isteri juga tidak pernah mengangkat dan meninggikan suara pada suami. Mereka tidak 
pernah marah dan tidak pernah cemburu. Bila mereka merasa kesal, mereka akan menangis 
dan mengadu pada suaminya dengan nada yang lirih. Itulah marah mereka. Keadaannya 
sama juga dengan para suami. Mereka tidak pernah marah pada isteri, apalagi mencaci dan
 menghina. Bila suami merasa sangat kesal atas sesuatu perkara, mereka akan menulis 
sepucuk surat kepada isteri dan kemudian mereka akan pergi atau tidur. Kemudian nanti isteri
 akan menjawab pula surat daripada suami tadi, seterusnya suami pula akan menjawab surat 
daripada isteri dan sehingga akhirnya mereka berdua akan tertawa bersama. Indahnya marah 
yang sebegini, marah yang mampu menjadi hiburan, marah yang diakhiri dengan gelak tawa 
tanpa seorang pun daripada mereka memendam rasa. 


Lebih daripada itu, kalau kita sorot secara mendalam tentang kehidupan ahli kota seribu 
ulama ini, kita akan dapati masih banyak lagi keunikan dan seni budi pekerti junjungan mulia
 Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dalam rumah tangga nabawi yang payah untuk kita
 temukan di masa kini, namun dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat Tarim. Inilah 
keberkatan yang ada pada kota Tarim. Di Tarim amat-amat sukar sekali untuk kaum 
perempuannya yang mendedahkan wajahnya di khalayak ramai hatta tatkala mereka bekerja
 di ladang atau mengembala kambing kawasan kering bukit-bukau sekalipun jauh dari 
pandangan kaum lelaki, mereka tetap berabaya dan berniqab/berpurdah hitam. Mereka dapat 
bertahan walaupun di dalam keadaan panas teriknya matahari di negeri Tarim/Hadhramaut 
yang terkenal dengan panasnya. Begitulah perempuan di Tarim. Kepanasan api neraka lebih 
mengerunkan mereka berbanding teriknya pancaran matahari. Dan kaum perempuan di 
Tarim hanya keluar andainya ada keperluan sahaja. Kalau ke pasar atau ke kedai ada 
mahram yang akan menemaninya atau mereka keluar secara bergerombolan. Maka 
terpeliharalah mereka dari sebarang fitnah. Tenang hati kita berada di sana. Sememangnya 
kalau hendak menceritakan perihal penghuni kota Tarim, teramatlah banyaknya. Sesiapa
 yang ingin tahu sedikit daripada kisah masyarakat Tarim bolehlah dibaca dari sebuah buku 
berjudul Bidadari Bumi – 9 Kisah Wanita Sholehah karya Ustazah Halimah al-Aydrus. Atau 
kumpul duit, kemudian berziarahlah ke bumi Tarim untuk melihat dan merasainya sendiri. 




Sumber dari : Ustaz Afdhalludin

aku tetap aku

assalamualaikum semua ,

so do you think i'm changed ? do you know why ? . whatever it is , you must already know the reason why ... i won't say what have you done towards me .. you are the one who should think .



i won't change without any reason . i am just me , Farahin . sorry sebab sabar aku ada limit . i'm just an ordinary girl . i can't be the best and perfect for everyone . i'm sorry . nak puaskan hati semua orang memang susah .. kalau orang tak hargai aku so tell me why should i appreciate them ? perlu dan penting ke ?

well yeah , i do have feelings .. i'm not a doll . i'm just a human being . do respect others feelings ..

i know , it is just sad when people you know become people you knew . we used to talk for hours and how now ? .. its life . people come and go . but dulu i do hope that you are the one who will stay with me no matter what ....

sometimes orang perlukan masa dan ruang untuk tenangkan hati and fikiran dia .. not all people are the same .. cara orang berbeza .





this , mungkin orang akan berubah tapi kenangan takkan berubah .. when you miss someone like so so much .. just ingatlah kenangan bersama mereka .. bila ingat kenangan indah mesti rasa bahagia dan kekadang boleh buat tersenyumm sendiri ..but how sad when it was just a memories.. apa yang semakin menjauhi kita ? itu ialah kenangan .. tapi apa yang best pasal 'kenangan' ni .. kenangan macam cd , bila kita rindu kita boleh putarkan balik kenangan tu ..



you change a lot so i decided to change too .. i have to move on . i won't stop for anybody . i have to tell you that our memories will never fade . it is so hard for me to forget people who gave me so much to remember -- . you know how does it feel ? hmmm... even aku berubah tapi hati aku tak pernah berubah .. 


Monday, 9 December 2013

spm candidates

is it just me or time flying so fast ? rasa macam kejap sangat jadi budak tingkatan lima .. like seriously , spm is over now . finally , dah habis sekolah dah aku ..

semenjak dua menjak ni ,aku asyik kene nightmare :/ . mimpi aku tak boleh jawab paper spm . bila terjaga , i was thinking yang betul ke aku takleh jawab paper spm haih .. mimpi tu menggangu cuti aku :/ .

bukan nightmare cerita aku tapi pasal kehidupan aku jadi budak tingkatan lima .. selama aku jadi budak tingkatan lima .. tak ada feel jadi senior kat sekolah tu sebab ada budak form 6 . kehidupan masa form 5 macam waktu aku form form lain jugak .. suka main main .. even sampai trial pun aku masih main main .. aku manusia normal yang terlalu biasa kat sekolah tu . tak pernah lah aku buli junior aku as my junior are being nice to me . terasa tua di sekolah bila semua junior panggil 'akak' . kalau form 1 dulu asyik panggil orang lain je 'akak' . nampak tak aku dah tua dalam sekolah tu ? (lol) .

stressful life

 couple weeks before spm , aku start belajar biology and do some notes since that is the killer subject for me . my mentor in the class started to explain for so many things and do revision with me and others . rasa stressed hmm Allah je tahu ... start spm (6/11/13) lagilah bertambah stress .. tak cukup tidur sangat .. tidur memang tak lena lah , asyik tebangun setiap 2 jam .. haaaa kau ! ingat senang ke nak hadapi spm ni ? ... maybe it was just me .. nervous sangat hehe .. orang lain maybe relax je .. pukul 10 p.m dah masuk tidur .. but not for me .. kadang kadang , pukul 10 p.m baru sampai rumah dari seminar .. seminar pun hari hari ada sepanjang spm .. seminar banyak membantu aku jugaklah .. my mom kata 'dah pergi seminar , balik rumah rehat lah .. tak payah study sangat .. ' and i was ike ' oh no no , i can't do that ... i have to break a leg . ni spm bukannya periksa biasa . i'm just okay as long as i didn't faint' hahaha. seminar dari 8 pagi sampai malam kadang2 smpai pukul 7 , kadang kadang sampai 4.30 bila time tak ada paper hari tu. if ada paper time haritu , balik tu terus gerak pergi seminar . memang penat dia fuhhhhhh... tapi oleh kerana ada semangat yang membuak buak nak jawab spm . penat macam mana pun aku redah cewah.

caya tak aku demam sepanjang spm ? --' . memule aku sakit tekak then demam lepastu batuk tak henti henti sampai satu harini aku batuk dlm dewan rasa macam tak boleh berhenti .. Allah je tahu waktu tu mcm mana rasanya .. angkat tangan then terus lari ke toilet .. rasa macam nak balik je waktu tu .. tapi aku kene kuatkan semangat .. ni spm , dahla aku tak habis jawab lagi paper tadi .. lepas tu bila batuk dh okay sikit .. aku masuk dewan balik ..setiap malam aku akn terbangun sebab nak batuk je --' .. aku pun tak faham lah dengan batuk ni .. nak batuk sampaikan terjaga .. dh la batuk yang macam hampir separuh nyawa aku pergi .. sampai abang aku masuk bilik aku tnya sapa batuk batuk .. pastu boleh pulak dia kata 'ni dah tak lama dah ni' ..hmph .. mak aku marah sebab aku tak nak makan ubt tp oleh kerana batuk yang semakin melarat dan teruk tu ,... torpakso lah makan juge ... jumpa doktor , doktor bg ubat batuk .. alah biasalah ubat ubat tu tapi ada satu ubat yang dia bagi ni .. ubat tu untuk bagi energy balik .. bila aku makan je , mestii rasa bertenaga .. serious .. doktor suruh makan sekali sehari tapi kekadang aku makan dua kali sehari sbb nak tenaga kononnya hahhaha

gazillion thank you to all the teachers that will never be enough after what they had done . penat lelah ajar semua anak murid tanpa rungutan . thank you again Puan Azza , Puan Fauziah , Puan Mariatul , Puan Tan , Puan Majidah , Puan Hafizah , Puan Syazwani , Ustaz Wan , Ustazah Romsinah , Puan Hanani , Puan Farah , Teacher Sara , En.Syam , En.Ahmad , En.Eza and last but not least Sir Ven :) . I'm gonna miss all of you :') A good teacher can inspire hope , ignite the imagination and instill a love of learning . i spent almost everyday with all the great teachers and i feel so lucky :) . teachers which guided me when i was lost , always supported me when i was weak and also take care of their students like their own children . may Allah shower all of my teachers with His blessings , Ameen :) . mungkin saya terasa penat belajar tetapi bila melihat guru guru yang sentiasa bersemangat mengajar .... membuatkan saya lebih semangat ... 


okay , half of my classmates .. my classmates since 2009 until 2013 except for Ain.. mostly in 5 science  are prefect and i'm proud to be one of them . waktu tu jamuan 5 science .. kami conteng papan putih macam orang berseni 'sangat' padahal hahahaha .. tze-cheng buat kek yang sangat sedap wokay .. and there is so much food that time .

annual dinner

i looked so fat that time .. bahagia katakau hahaha . diorang kata aku dah macam nak kahwin time tu .. abis tu , aku nak pakai tudung hitam diorang kata jangan .. bila pakai tudung tu .. kata macam nak kahwin (lol) actually aku pun rasa benda yang sama .. tudung aku ada manik2 kat atas .. dengan baju aku kombangnyoo ... hahaha tak habis habis kenakan aku ..  'mana suami farah?' .. 

mungkin ni saja kisah yang aku nak ceritakan ... yang penting semua memori bersama budak 5 sains takkan dilupakan ... macam macam ragam dalam kelas .. next year dah mulalah hidup masing masing . jangan ah lupa aku ( T_T )

kepada adik adik yang bakal menghadapi spm .. jangan tiru sama gaya aku dong .. belajar sampai tak cukup tidur .. cukup kan tidur tapi make sure lah korang dah prepared ... kalau tak nanti bahaya spm korang wokaaayy ...takut kalau tak cukup tidur , nnt takleh fokus jawab exam ..  mungkin kita rasa penat belajat tapi takpe .. nanti bila dah dapat hasilnya ... mesti kita akan puas hati tahap abcdefghijkl ! 













Sunday, 8 December 2013

first love .

tajuk yang menggemparkan   .... mungkin hmph

what do you know about first love ? you ada first love ? or do you believe in your first love ? haha what kind of question it is ? hmm --'

for me , first love is the person who you really cared about , the person you cry for haha 'maybe' , the one who listens to your problems and make you feel beautiful, lol .

first love usually starts pada umur yang muda .. macam zaman persekolahan .. zaman sekarang ni , even 11 years old kids also know how to be in love . dalam twitter dah pandai nak 'miss you''love you' and so many things .. i thought umur 13 tahun macam tu baru tahu nak fall in love ...so aku lah yang kuno ni ?



orang ramai kata yang first love paling susah nak dilupakan ...  iye ke ? . itu mungkin sebab kenangan kenangan yang manis dan pahit yang banyak dilaui bersama ... ada juga certain people yang cinta pertama dia sampai ke kahwin dan sampai ke akhir hayat mereka .. omnomnom so sweet :) .



 tapi ada jugak cinta pertama tu hanya cinta monyet je .. tak semestinya cinta pertama akan menjadi cinta terakhir kita ... kan ? .

apa yang penting semua .. kita semua tahu first love kita sapa kan ? iaitu Allah ! :D .. adik adik yang masih sekolah , mesti asyik dengar orang kata jangan lah nak bercinta cinta .. belajar lah dulu .. maybe you said 'eh lantaklah , suka hat akulah' . whatever you say , nanti mesti adik akan terfikir ada betulnya kata kata orang tu ...bukan orang tak kasi bercinta .. i know rasa mencintai dan ingin dicintai itu fitrah but you have to control yourself my dear . kalau tengok dalam akhbar , dalam facebook and semua laman social lah , ramai yang post gambar dengan gf/bf sendiri .. yang sedihnya bila tengok mereka boleh bercium , berpegangan tangan , berpelukan then tulis caption 'hope relay kami berkekalan hingga jannah' hello0ooo awak.. itukan haram ? you know it but why you do that ? because you love your bf/gf like so so so much ? hmmm ... you are not supposed to that .. especially for muslims , korang macam menjatuhkan maruah sebagai seorang islam .. apa orang yang bukan islam akan cakap pulak nanti ? . kalau nak sangat pegang tangan semua tu , kahwin jelah .. kan senang ? pegang tangan dapat pahala , tengok muka pasangan dapat pahala .. banyak pahala dapat kita kutip ... haaaaa kan best cenggitu .

tak salah kalau awak nak suka seseorang tapi kene pandai jaga bataslah ..

bila clash : hmmmmm mulalah patah hati , barulah teringat apa orang kata ... cinta tu menyakitkan , thats why la budak sekolah mcm kurang disarankan untuk 'bercinta' ni kot .bila clash ... meraung sana sini sampaikan ada yang cuba nak bunuh diri ... Allahuakbar , itu baru clash .. belum bercerai lagi ..tak lalu makan dan takde mood dan nangis aje kerjanya ..kalau untuk adik adik yang masih sekolah , bukan ke tu semua boleh jejaskan pelajaran awak .. tambahan pulak kene time exam ... ayo ma ayo pa ... semua akan hancur . it is better for you to focus on ur study :) kan ? hidup pun aman tanpa rasa nak jealous ke , sakit hati ke , patah hati ke ....

perjalanan hidup masih lagi jauh ... jangan lah fikir sangat kepada yang patah hati tu . mungkin Allah nak gantikan yang lebih baik :)

jangan risau .. semua dah ditetapkan jodoh masing masing .. cuma cepat atau lambat saja :)



anyway , for girls , you should beware .. jangan cepat percayakan seseorang .. make sure nice really means nice . lelaki bagi kata pujangga sikit .. haaa mulalah cair macam cokelat ... haaaaarhaarr jaga diri awak baik baik .. jangan biar orang ambik kesempatan dekat awak tu tau .

entry kali ni bukanlah ditujukan untuk sesiapa . bukan lah untuk mengutuk sesiapa atau apa apa niat jahat lah ... cuma sebagai satu nasihat daripada saudara sesama islam and note for myself  .




Saturday, 7 December 2013

Doa

assalamualaikum ,

yes today i would like to write about du'a :D



tipulah kalau seseorang tu tak pernah berdoa kan ? . paling lazim bila dalam kesusahan .. mesti orang akan berdoa supaya diberi bantuan dan sebagainya .. tapi apa yang tak best bila manusia sering kali berdoa pada Allah hanya apabila mereka dalam kesusahan , bila hidup tengah bahagia ... lupa nak ucapkan syukur .. it is not good okay ? berdoa je hari hari .. biar kita tamak dalam berdoa ..Allah suka ...

    "There is nothing more dear to Allah Ta’ala than a servant making dua to him."
    [at Tirmidhi]

bila kita selalu ingat Allah maka Allah akan selalu ingat kita ... kita kan hanya hamba Allah kat muka bumi ni ? kita mana boleh sombong pada Allah . Allah cipta kita . boleh ke manusia cipta manusia juga ? yang betul betul macam manusia yang diciptakan oleh Allah ? TAK AKAN BOLEHHH ... percayalah . Allah Maha Berkuasa .

    "If you ask, ask Allah and if you seek help, seek help from Allah."
    [at Tirmdhi, Ahmad]

udara yang kita hirup ada kene bayar ke ? tak kan ? Allah tak kejam pun .. malah , Allah maha penyayang :) . Allah masih lagi bagi kita masa untuk bertaubat kepadaNya . kalau kita dapat lihat dosa kita .... Allahuakbar , kita takkan pernah berhenti sembahyang dan berdoa di atas tikar sejadah ..kita manusia yang banyak dengan dosa masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk bertaubat .. bertaubat lah jangan menyesal pula nanti ..bertapa penyayangnya Allah masih lagi bagi kita merasai kasih sayang , merasai duduk rumah yang selesa , beri kita pakai pakaian yang selesa walaupun kita banyak buat dosa . tak malu ke kita sebagai manusia terhadap Allah? kenapa mesti tetap melakukan dosa ? kenapa tak cuba berubah ke arah yang lebih baik ? . tulah perlunya doa , berdoa lah pada Allah supaya bantu kita untuk berubah .. berubah untuk lebih mendekatkan diri pada Allah :) . jangan pernah berputus asa dalam berdoa .. Allah pasti akan mendengar setiap doa kita . Do believe in yourself  that Allah knows what is the best for you . He is the best planner ..okay ? mungkin manusia akan cepat berputus asa apabila dah bertahun tahun dia berdoa tetapi masih tak dimakbulkan doannya ..
okay , saya nak cerita something ..
ada seorang wanita yang sentiasa berdoa tentang ciri2 pasangan yang dia ingini .. setelah 10 tahun , akhirnya doa dia dimakbulkan oleh Allah .. semua ciri2 yang dia doakan itu betul betul ada pada seorang lelaki ini dan lelaki ini berkahwin dengan wanita tersebut ...this is a true story .

    "Do not feel hopeless with Du'a, since nobody is to be annihilated with Du'a."
    [ibn Hiban]

sebelum saya akhirkan entry ni ...satu kisah yang ingin diselitkan  ....
mengapa doa tidak dimakbulkan ...

Seorang ahli sufi yang sangat masyur bernama Ibrahim Adham pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah di Iraq . 'mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa?'.
Ibrahim Adham menjawab , 'Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah buta(mati).'
lalu ditanya lagi , 'apa yang boleh mematikan hati ?'
Beliau menjawab , 'ada 10 perkara iaitu :

1. kamu mengetahui hak Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
2. kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak berusaha beramal dengannya .
3. kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya .
4 . kamu mengecapi nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya .
5. kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya .
6. kamu mengaku adanya syurga tetapi kamu tidak beramal untuknya .
7. kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak menghindari darinya.
8. kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya .
9. kamu sibuk mencari dan memikirkan kesalahan dan keburukan orang lain , tetapi kamu lupakan keaiban       kamu sendiri .
10. kamu kebumikan jenazah saudaramu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya .

jika begitu , bagaimana mungkin Allah dapat mengkabulkan doa kamu ?'


 

Thursday, 5 December 2013

jelas sakit .

siapa pernah dengar lagu tu ? haaa first time dengar macam owww bolehh tahaan jugak lagu ni ...hmm not bad ...

cuti cuti macam ni banyak melayan perasaan jiwa yang gundah gulana ni . eh ? haha ...dah , takde pape nak buat .. layan saja aaaa sama perasaan .. tapi aku seriously malas nak fikir masalah bila tengah nak rehat - rehat . tapi kengkadang masalah tu datang bermain di minda ... apa yang harus ku lakukan ?

cuuuuhhhhhhhhh ! kau jauh jauh masalah .. sakit hati lah fikir pasal kau . nanti takde mood .. hmm no no no ... later lah aku fikir . bagi aku ketenangan ......ceh .

JELAS SAKIT bilaa.......

orang yang kita percayakan khianat kepercayaan kita .. oh nooo ! auch ! sakit dol ! asal khianat ? asal ?!!!!
okay enough ehem ehemmmmm ... tapi betul lah kan ? tak boleh ke jangan khianat kepercayaan seseorang tu ? tak boleh dan susah sangat ke ? hmmm . kalau sekali  rasa macam 'huh , it's okay .. cool lah , sabar lah , sabar sabar sabar !' tapiiiii kalau dah banyak kali kene dengan orang yang kita percaya tu ..... wuuuuuuuuuuuuuuuu ~~~~~~ terasa bagai dicincang cingcang hati ni . cehahhhh ayat macam dalam drama tak ? kekeke ... everyone said that sabar pun ada limit and yes that is so true ..sekali dua orang sabar tapi kalau dah dekat sejuta kali kau buat memang kau mengundang malapetaka ah dari dia .

JELAS SAKIT bila ........

things change .. kita memang kene redha dengan semua yang berlaku .. tapi sedih ah bila peoples around you berubah . what i mean is people you loved berubah bukan ke arah kebaikan ke apa .. tapi berubah hmm cemana nak cakap .. okay aku bagi contoh la ,

si Abu selalu bersama dengan Ali walau mana pun diorang pergi macam isi dan kuku ....
tapi .. tetibe Ali berubah
Ali suka bagi macam macam alasan taknak keluar dengan Abu .

okay sekarang faham ?
aku harap korang fahamlah ...

mungkin itu silap diri kita jugak tapi mungkin silap dia ... hmmmmm mungkin silap kita buat dia sakit hati .. kita ada guriskan hati dia ke apaa tanpa kita sedar . kadang kadang apa yang kita cakap kita rasa it's normal but bg diorang ? hmm .. berfikir sebelum bercakap <--- nilah yang selalu diperkatakan oleh orang orang tua kan ? . tapi kalau dia berubah sebab dia tak suka kat kita dah cemana ? haaaaaahaaaaaa aku pun taktau lah cemtu .. perasaan orang kan .. bukan kita boleh terjah dan paksa suruh suka kat kita jee ... tapi kita boleh berdoa ..doa kat Allah supaya hubungan yang terjalin kerana Allah itu akan kekal kan ? . semuanya akan baik jika ada tolak ansur .. dan banyak berbincang ..tapi kan , aku nak cite sikit ni ... kekadang someone need some time nak fikir dan tenangkan hati dia kan ? so biarkan dia tenang dulu then barulah boleh bincang ...yang paling penting ada sifat saling sayang menyayangi .. awh , sifat ni wajib ada dalam sesuatu hubungan yang dijalinkan ...maksud aku yelah , love is powerful .. contohnya macam adik beradik .. kan kita selalu gaduh gaduh dengan abang kakak adik tapi lelama berbaik balik jugak kan ? ni semua sebab kasih sayang yang wujud dalam hati ni ...tengok bertapa kasih sayang ni hebat sebenarnya ....

Allahuakbar .


lamanya !!!!!

ouh ,

terasa begitu lama since aku tak update blog ..
rindu nak menaip ,
tapi malas nak menaip ,
dah nak dekat seminggu habis spm tp bukan nak update blog ...

hmmmmm .. woookaaay , meh aku bagitaw pekerjaan aku sekarang ..first , aku jadi penganggur terhormat dkt rumah .. asyik menanam anggur lah di rumah .. kekeke ... selain itu ak juga jadi bibik sepenuh masa dan bukannya part time lagi wooookay ..

oleh kerana sekarang aku tengah bercuti .. mmm tak lah jauh mana , hanya di kampung halaman :) .. aku mahu berehaat hehe :) rehatkan minda , rehatkan hati and so on ...

kebetulan pulak waktu aku balik time musim buah ... woahhhh sedaaap lah aku makan buah buah seperti rambutan , durian and manggis . paling banyak aku makan durian wuwuwuwuw feveret aku nyok ! . pergi pulau tiga , opah cu ajak mengait buah rambutan kat belakang rumah ... Allah , rambutan merah merah buat aku rasa nak jadi tarzan .. nak panjat pokok and kutip semua buah rambutan tu ...haih tapi apakan daya , aku hanyalah manusia biasa ..

pasal life jadi budak form 5 di sekolah menengah kebangsaan hulu kelang akan ku ceritakan di episod akan datang .. cehah .

banyak yang berubah lepas aku habis spm... yes sangat banyak .

punya lah aku kata nak tido lepas spm puas - puas .. tapi ended up dengan tidur lambat jugak sebab... online lew hahaha ..

macam macam rancangan yang aku planned nak buat lepas spm tp banyak je benda yang tak jadi haha .. nak kerja pun jadi malas .. kata nak kumpul duit kononNYA , tapi teeeeetttttttttttt ... aku rasa macam nak masuk kemahiran je ... what i mean is macam kelas memasak ke , menjahit ke ...so if nanti dh besar .. bila kahwin hehehehehhe aku pandai la jahit baju for my husband and children and boleh masak sesedap ... tak yah la makan kat luar ... okay jauh dah melalut ni .

sekarang aku asyik menghadap laptop mencari kerjaya yang sesuai ... tak pernah jumpenye ... semua benda aku minat .. semua aku nak jadi ...ish susahla cenggitu ...nak jadi doktor ? arkitek ? engineer ? cikgu ? designer ? tapi yang pasti aku tengah kerja sebagai hamba Allah :) .

kadang kadang rasa macam tidur tak lena , mandi tak basah , makan tak kenyang kau ... sebab memikio kan keputusan spm aku ... aiiii seram sejuk denn ...apa yang akan terjadi nanti ? menangis gembira ke aku ? menangis sedih kecewa ke aku ? ke takde perasaan macam pmr dulu ... wuuuuhh ..botak kepala aku nak fikir semua ni . walau apapun result aku nanti , aku kene tetap bersyukur sebab itulah rezeki yang aku dapat .. aku berusaha bukannya tak berusaha .. sekarang tawakal saja :) aku hanya mampu berdoa semoga dapat keputusan yang cemerlang ..

tak sangka yang aku dah habis sekolah .. woi , aku tak perlu pakai baju sekolah lagi lah .. eh betul ke ? macam tak caya je .. haha kadang kadang aku rasa macam nak baca buku tapi eh takyah baca buku ah sekarang ni ...dulu takak baca sungguh sungguh .. dh habis spm baru nak bukak buku ?

okay , malam ni aku nak cuba buat kek ... harap harap ah menjadi kek tu .................