Wednesday, 21 March 2018

kesilapan yang menghantui

ada ?

aku ada .

kesilapan yang lampau seringkali menghantui minda dikala sepi dan mimpi.  Adakalanya menangis dalam mimpi. seringkali aku meminta untuk kembali. terfikir bagaimana aku harus perbaiki semua ini ?
 kesedihan yang berpanjangan kerana dek kesilpan diri sendiri. tapi adakah punya manusia yang suci tanpa dosa ? adakah punya manusia yang tidak  membuat kesilapan ?

andai aku pandai berfikir.
andai aku pandai memujuk.
andai aku pandai membuat keputusan.
andai aku pandai berkata kata....

tentunya semua ini tak akan berlaku.

dulu nya aku seorang yang ceria,
kini seorang yang muram.
dulunya aku suka mencari teman,
kini aku suka bersendirian.
dulunya aku petah bercakap,
kini aku seorang pendiam.

pernah aku berfikir kenapa perubahan yang ketara berlaku dalam diri ini ?
rupanya dek pengalaman hidup yang merubah aku.
rupanya orang sekeliling yang merubah cara aku.
rupanya keperitan itu mengubah segalanya.